Tuesday 28 February 2017

Community Attachment - Retail Pharmacy

Assalamualaikum

Hai korang! How are you? I'm fine (kot). Haa, kenapa ada 'kot' ya di belakang ayat? Sebenarnya aku tengah cuti sem sekarang ni. Tapi 4 minggu daripada cuti itu telah digunakan untuk kitorang buat praktikal. 

Cakap pasal praktikal, dulu aku selalu share cerita praktikal farmasi waktu kat hospital. Best kot. Sejak masuk degree, dah kurang sikit cerita berkenaan pharmacy. Padahal, ramai adik-adik yang emel aku tanya semua pasal pharmacy. Mana yang sempat aku reply tu, sempat lah. Mana yang tak sempat tu minta maaf ya. Sampaikan ada jugak parents diorang emel aku nak tanya buku-buku pharmacy. 

Okay, sekarang KakTeena nak cerita sikit praktikal kali ni. Ini adalah praktikal pertama kitorang sejak jadi pharmacy student (Degree). Kali ni kitorang kena attach kat kedai-kedai farmasi. So, farmasi yang KakTeena attach ni dekat je dengan rumah. 

Tadaaa!!! Viva Care Pharmacy!!!

Bagi aku seronok juga attach kat sini, macam-macam kes kita boleh tahu. Kebanyakan kes-kes demam, batuk, selesema, gatal-gatal. Kena tahu juga dos ubat untuk kanak-kanak dan dewasa (based on their weight). Yang aku rasa lain sikit retail pharmacy dan hospital, kat sini banyak jual supplement. Nak kurus, nak tambah berat, nak vitamin, sakit lutut, sakit sendi, semua ada. Sakit HATI je takde supplement hahahambar!

Haa, yang paling tengah tu lah Miss Pharmacist (miss Low) aku. Yang paling best, waktu aku attach kat hospital dulu, dia jugak jadi pharmacist kat satu department hospital sana. Tak sangka miss dah bukak kedai sekarang. Kebetulan waktu tengah carik tempat praktikal, terjumpa farmasi ni. Masuk-masuk, ehhh macam kenal lah. Terus rasa nak attach sini terus.

 Teringat ada satu customer ni datang nak cari pampers.

Customer : Saya nak cari pampers dewasa lah.
Me : Pampers brand apa ya? Saiz apa?
Customer : Saiz L, brand Tina.
Me : Eh, sayalah Tina!

Ok ayat last tu aku cakap dalam hati jer, saiz L takde, so dia balik. 

Ubat-ubat kat sini juga ada banyak brand. Kadang-kadang ada customer nak ubat ni, warna macam ni, bentuk macam tu. Tapi kita takda brand macam tu, kita ada brand lain tapi ubat (ingredient) yang sama. Waktu mula-mula attach, serious aku rasa sangat loser. Belajar 3 tahun kat universiti, tapi customer datang nak minta ubat yang simple-simple pun aku tak tahu. Tapi lama-lama...ohhh macam tu ke...Terima kasih Miss Low atas tunjuk ajar selama 4 minggu ni.

 Macam tangga kejayaan :')

Tapi logbook aku belum hantar lagi, tak boleh nak say goodbye lagi hehe.


P/s: Sejujurnya aku dah tak tahu macam mana nak tulis blog. Sebab dah lama tak menulis kot. Rasa macam nak cerita pasal praktikal ni pun macam tak banyak info, tak tau nak cerita macam mana. Maaf lah, lepas ni aku cuba untuk update selalu supaya tak kekok nak tulis & share info kat sini ya =)

2 comments:

  1. Segak dan comel pekerja2 praktikal ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. saya baru nak buat attachment sem ni. saya takut jugakkk

    ReplyDelete