Assalamualaikum
Aku ingat lagi dulu aku ada assignment untuk 3rd language. Subjek mandarin. Kitorang kena buat dialog dan perlu ada gambar. Tajuk aku dan partner aku dapat 'dùjià' yang bermaksud percutian. Wah wah wah memang sesuai sangat lah dapat tajuk ni. Kitorang bercadang nak ke KLCC waktu tu. Pastu aku terfikir jalan jam, pastu tetiba dapat idea nak ke sana naik KTM je. Waktu tu MRT tak siap lagi.
Niat di hati hanyalah ingin menyiapkan assignment. Turn out aku terasa seperti sedang pergi vacation. Vacation di negara sendiri. Yes, serious environment waktu nak naik KTM macam kat oversea, dengan ramai foreigner, station dia mengingatkan aku subway kat Korea. Ahhh i miss korea.
So, bila mak aku ajak nak naik MRT Kajang - Sg. Buloh yang baru siap, rasa excited lah sikit. Boleh lah feeling tourist lagi sekali.
Kitorang park kereta dekat Sation Stadium Kajang. Station ni betul-betul berhadapan dengan Sate Kajang. Dari sini kitorang naik MRT ke Cochrane Station untuk ke Ikea. Entah aku rasa macam best je pergi ikea ni, so aku pun 'menghasutlah' family aku pergi situ. Dan Alhamdulillah mereka termakan hasutan aku HAHAHA. Takdelah sebenarnya aku tak tahu sangat nak bawak ke mana. Flow haritu free &e easy, so why not ikea!
Jangan risau kat setiap station MRT ada machine untuk beli coin. Kalau ada kad touch-N-go, lagi senang. You just touch, and you can go! Aku ada kar rapidKL, saja lah nak check topup ada balance berapa. Tapi machine tu tak terima kad rapidKL ok. Jadi, sila sediakan duit atau kad TnG siap-siap ye. Tapi tak tahu lah kalau in future dah boleh guna kad rapidKL. For now tak boleh lagi.
Tak silap aku dari Stadium Kajang Station ke Cochrana Station, harganya RM 1.80/person. Baru-baru buka ni ada diskaun, harga biasa akan lebih mahal. Around RM 3.00.
Those smile that makes my day =)
Except Abin & Ayah's smile. Macam redha je muka.
Yayyy dah sampai IKEA!
Sit semua full, berdiri jelah. Dah puas berjalan dan mendapat ilham untuk menghias rumah, keluarlah kami dari Ikea tu. Eh baru pukul 2. 'Mak, jom kita pergi Pavilion pulak'. Bisik aku kepada emak. Lagi sekali mereka termakan dengan 'hasutan' aku HAHAHA. Sebenarnya aku tak pernah pergi Pavi, ni first time kottt. Okay, malu sebenarnya nak cakap. Tapi Pavilion adalah antara tempat dalam wishlist aku yang nak pergi. hehe.
Nak ke Pavilion kena stop kat Bukit BIntang Station.
To be honest, aku suka naik public transport. Specifically train. Sebab perasaan dia macam kita kat negara asing. Adventure gittew! Pastu buat aku mengimbau kenangan masa kat Korea.
Pavilion! Here we come!
Dalam aku tengah jalan-jalan tanpa hala tuju dalam Pavilion, aku teringat Fashion Valet ada kat Pavi kan? Eh nak pergi nak pergi nak pergi! Gigih tengok kat directory nak cari FV ni. I iz exzited! Rupanya FV ada kat sama floor dengan tempat aku berdiri tu. OMG, makin dekat ni. Ok dah nampak FV dari jauh. Serious berdebar gilaaa waktu ni. Mana tahu dapat jumpa Vivy Yusof ke kan (Hi Vivy).
FASHION VALET!!!
Ahhh, can't believe i was here!
I touched KL totebag guysss OMG!
Tunggu i dah kerja nanti i beli you all yeeee! Sekarang i mampu tengok dan pegang je. You tunggu i ok! Seriously dapat tengok totebag ni je dah buat aku rasa happy. #Highlighoftheday
Sebenarnya hari yang aku sepatutnya naik MRT ni, aku nak pergi hiking. Dah plan dengan kawan-kawan kot. Lagi sehari nak pergi hiking, parents aku tak bagi hiking sebab hujan (dan sebab nak naik MRT). Nak nangis aku waktu ni. Rindu gila nak hiking ok! Namun apakan daya, aku tidak dapat restu daripada parents, tak dapat lah nak hiking. Rasa bersalah gila kat kawan sebab aku yang master mind nak ajak pi hiking tapi aku yang tak pergi. Kelakar kan?
Tapi takpelah aku ikut cakap mak ayah. Dan dapat pergi outlet FASHION VALET! Yuhuu.
Dan rupa-rupanya gunung yang aku nak naik tu tutup buat masa tu. Kawan-kawan aku yang dah sampai sana pun tak dapat nak hiking. See? Restu ibu bapa itu penting. Kalau mereka dah tak bagi (walaupun telah dipujuk berkali-kali) redha jelah. Adalah hikmah nya tu. Tak dapat hiking, dapat pegang #KLtotebag. Seriously, FV has made my day more meaningful on our journey last week:)
Tak pernah lagi ada experience naik MRT. Nanti pergi kajang boleh try.
ReplyDeletesaya pun suka naik train :D teringin nak naik train laju Jepun tu sekarang :D
ReplyDeletehanisamanina.com
senang naik public transport ni...
ReplyDeleteand memang bagusss dapatkan restu parents kan...
ada hikmahNya....