Wednesday, 6 September 2017

Industrial Attachment (Part I)

Assalamualaikum

Aku tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Sebab dia ada macam-macam part. Ada yang "wow, syoknya!", "ala, bosan lah", "bolehlah", "sukanyaaa". Haaa lebih kurang macam ni lah feeling aku untuk praktikal kali ini. Oh aku baru habis sem 7. Sebelum nak masuk.... Lol Tina baru habis sem 6 lah. Ish i selalu confuse sekarang tengah sem berapa. Tak sabau nak habis nampakkkk...

(Ok sambung cerita tadi)
Oh aku baru habis sem 6. Sebelum nak masuk sem 7 (final year wuhuuu!), kami ada industrial attachment. Dah nama pun course farmasi, mestilah buat kat kilang-kilang ubat atau yang seangkatan dengannya. Tapi aku buat internship kat tempat lain. Sebab pharmaceutical company kat hometown aku kurang. Yang ada pun dia kena dalam duration yang ditetapkan. Internship kitorang hanya 6 minggu je. Setelah difikir, dihantar borang, dapatlah intern kat MARDI Kuala Linggi.

Haaa amik kau. Kawan-kawan lain buat internship dalam bangunan aircond, kau kena bercucuk tanam atas batas. Ini bukan pharmacist. Ini farmer-cist. HAHAHA. Apa korang ingat pharmacist kerja kat hospital je ke? Nanti lepas grad, selain tanam anggur, bolehlah tanam roselle macam kitorang ni. 

Haha takdelah setiap masa kena masuk ladang. Ada jugak masuk kat unit-unit lain. Unit apa kalau nak tahu kena tunggu next entri. Yang ni aku nak cerita part pasal ladang je. 

Pharmacist angat! Inilah uniform kami hari-hari! Basically MARDI ni industri berasaskan pertanian. Ada banyak cawangan MARDI di seluruh Malaysia. Di tempat praktikal kami, MARDI Kuala Linggi, terdapat banyak herba yang kami pelajari. Contohnya, serai wangi, serai makan, lemon myrtle, tea tree, kayu manis, limau kasturi, limau purut, gelenggang, nilam, kemangi, eh banyak lah pulak. Memang banyak pun. Ada scientific names untuk setiap pokok. Ni kitorang belajar dalam subjek pharmacognosy sem bila entah. 

Antara pokok yang aku sebut tadi akan diekstrak minyak pati dari daun-daun pokok. Bau setiap pokok juga berlainan. Proses nak buat minyak pati ini juga ada kaedah dan kilang nya sendiri. Dah siap minyak minyak pati, bolehlah kita buat produk-produk seperti sabun, gel mandian, losyen yang berasaskan minyak pati ini. Tapi ini aku akan cerita dalam entri seterusnya. Sebab kali ini aku nak share pasal aktiviti kami masa kat ladang. Awas! Bersedialah untuk tengok beribu-ribu gambar yang akan aku share.

Tengah semai pokok roselle. Anak pokok roselle ni kena alihkan dalam polybag. Dah cukup besar & tinggi baru kita akan alihkan ke batas. 

Proses nak masukkan tanah yang telah dibancuh ke dalam polybag. Aku pernah bancuh tanah ni, campur baja tahi ayam sekali, pastu masuk dalam mesin macam bancuh simen yang kat dalam gambar ni. Fuhhh, first time kot bancuh tanah macam ni. Walaupun tangan takde muscle, dapatlah tanah bancuhan tu digunakan dengan kudrat 38 kg. Lol.

 Arep sedang mengambil tanah untuk dibancuh

Pergi ke ladang naik traktor. First time naik traktor. Besttttt!

Excited!!!

Amboi siapa yang happy sangat tu? Bila dah penat berladang, kita rehat jap kat pondok Encik Bedul. Staf-staf kat sini banyak bagi kitorang makan tebu, air kelapa, buah mengkudu. Sukaaa. Pondok ni pun best. Duduk kat pangkin dia sambil angin sepoi-sepoi bahasa syokkk weh!

Capip & Jatty! kat area pondok.

Nampak tak dalam lubang batas ni ada anak pokok yang telah dialihkan dari polybag ke batas. Cuba bayangkan ada lebih kurang 25 batas. 1 batas dalam 20 pokok. Berapa banyak nak kena tanam ni. Dah habis tanam, kena bersihkan kawasan sekkitar batas, cabut rumput-rumput. Baru tahu memang penat nak jadi petani ni atau pun nama glamour kami farmer-cist. Kahkah.
Lubang-lubang yang telah dipenuhi dengan anak pokok. Waktu ni baru lepas hujan, memang lecak lah. But pun melekat masuk dalam tanah. Kawan aku, iqa cakap, ni tengah buat fashion show atas batas. Wow so classy!

Belakang ni pokok tea tree. Boleh digunakan untuk masalah kulit berjerawat. Lawa kan OOTD aku? Padahal tengah panas terik gila bak hang!

Mem besar tengah tengok pokok dia berjaya ditanam & telah disiram. Hai Kak Rokiiiii!

Cik Kamal belanja makan roti canai. Kadang-kadang dapat nasik lemak. Mekasih :)

Cer teka ni pokok-pokok apa.

 Semua berdiri je, bukan nak tolong bro baju purple tu haha. Function sangat hafidz ni.


Haaa, ini tengah harvest serai wangi. Daun serai ini akan diekstrak untuk dijadikan minyak pati. Aku suka part serai ni.

Ni kawasan serai yang telah siap dipotong. Yang hijau kat sebelah ni belum potong lagi. Seronok part potong serai ni sebab dia senang once kita dah tahu teknik yang betul, cara nak tarik daun, nak potong daun lagi. 

Amboi masing-masing dah tak nampak muka haha. 90% protection!

 Ehem, saya lah si baju merah itu.

OOTD 2.0 =)

Nak potong daun serai pun kena guna mesin macam ni. Handle with care capip!

Post-harvest serai.

 Daun serai yang telah dipotong diletak & diangkut oleh traktor.

 #teammardi

 Hai :)

Inilah antara aktiviti kami sewaktu di ladang. Nak tahu apa proses seterusnya untuk daun serai ini? Stay tuned okay!!!!



Adios!!!

2 comments: