Assalamualaikum
Hai, aku rasa hidup aku sangat membosankan. Haa, baca ayat pertama je dah rasa bosan kan? Ok bolehlah sambung makan goreng tadi kalau ada yang tengah makan ayam goreng. Dari tadi aku duk terpacak depan laptop tak tahu nak tulis apa.
Oh ya, kini aku sudah bergelar final year pharmacy student! Macam tak percaya (sebenarnya percaya je) dah nak habis dah belajar (insya Allah). Degree life sangat mengajar aku erti kehidupan. SANGAT.
Aku rasa aku dah tahu nak letak tajuk apa. Meh aku bawak korang mengimbau diri aku yang dulu. Aaaa kenapa rasa malu / seronok / sebak / kelakar ? Cuba klik SINI (aaaa malunyaaa!) Korang kena baca yang cerita aku pernah tulis dulu baru boleh tahu relation cerita aku selepas ini.
Entry yang aku tulis tu tahun 2013. Rasanya waktu final year diploma. Alhamdulillah sekarang tahun 2017, final year degree. Cepat kan masa berlalu. Bila baca balik tulisan aku 4 tahun dulu, nampak sangat macam tengah frust. LOL.
Okay nak share sikit life masa degree. Dari segi belajar, memang course pharmacy degree berbeza dari diploma. Kena lebih self-study. Kena banyak membaca tak kisah lah general knowledge atau tentang subjek yang kita belajar sebab ini akan membantu kita lebih faham apa yang kita dapat waktu dalam kelas. Belajar kat kelas sebenarnya tak cukup. Jadual waktu degree juga sangat padat. Biasanya 8pagi - 5petang. Tambah lagi dengan ada test nya, lab report, assignment.
Ada je, test 3-4 hari berturut-turut takda gap. Pernah je masuk dewan peperiksaan, berbekalkan 'ilmu di dada' sebab tak sempat nak study apa-apa. Waktu 3rd year lagi 'gila'. Dengan FYP nya, kena masuk lab hari-hari, pada masa yang sama kelas 8-5. Pernah buka puasa dalam lab sorang-sorang waktu Ramadhan, nangis sambil buat lab work, balik rumah dari lab pukul 10+ malam, lepak mamak sampai pukul 3 pagi sebab nak siapkan kerja & FYP sorang-sorang jugak. Huaa. Pysically & mentally exhausted! Tapi harungi lah jugak. Fuhhh, sampai sekarang akan aku ingat azab FYP tu, sampai ke anak cucu akan ku cerita kisah FYP aku hahaha.
Bila dah masuk final year ni, kelas punyalah relax! Relax sebab kelas tak banyak, kalau ada pun kadang-kadang, dah cancel. Mula-mula macam seronok kelas takde, lama-lama rasa 'kosong' sebab macam tak berbaloi bangun pagi pergi kelas pukul 8 pagi, balik pukul 10 pagi. Rasa membazir jer pakai baju tu sekejap je, baik sambung jer tidur. Tapi waktu final year ada jugak waktu 'gila' dia. Dah lepas dah 2 minggu yang lalu. Test berturut-turut. Dengan case presentation lagi. Tapi ni semua biasalah, student life...
Itu baru dari segi akademik, belum masuk lagi masalah dalaman, luaran, perangai manusia. 4 tahun kat sini memang banyak benda yang aku belajar. Banyak sangat. Aku rasa bila dah final year, ni aku dah jadi "sado" sikitlah lol.
Tapi waktu degree ni, aku dapat buat benda yang aku suka iaitu HIKING! Dapat jumpa jugak geng-geng pharmacy yang suka hiking, best! Kalau ada waktu free / stress sangat memang akan aku ajak dorang masuk hutan. Oh ya, minggu ni kelas aku ada hari isnin & khamis je. So, Rabu ni aku ajak dorang hiking hehe.
Jom lah aku share sikit gambar-gamber untuk 2 bulan pertama final year (sem 7)
Bila dah siap cover thesis ni, berakhirlah sudah FYP kami.
#11bintang in action!
Haaa, nampak tak excited dia tu...
Pharmafiesta 2017! Our last pharmafiesta everrrr!
RX 13 FLY HIGH!!!
Bersama dengan artis batch kat tengah tu.
#Tina #Miladele #Anis
Sempat jugak masuk running event. 5 km.
Tak dapat nombor tapi dapat naik stage sebab menang cabutan bertuah yayyy!
Thank you sal & mila datang support aku lari
Sempat jugak pergi Pavilion selepas kelas di-cancel-kan. Naik MRT ke Pavi. Geng gosip haha.
#sal #tinacomel #mija #deeba #ninishhh
Sempat jugak join program kemasyarakatan: Sophys Outreach Programme (SOP) 2017 dekat perkampungan orang asli.
Part of RX13
OMG, aku rasa gambar ni kelakar!!! Segan gila nak masuk blog, tapi biarlah, kenangan kottt!! Program ni 3D2N. Mostly memang kitorang masak sendiri sepanjang program kat sana. Best!
#MAKCIKBAWANG
Kitorang tidur 11 orang dalam 1 bilik. Pastu malam tu bukannya tidur, tapi kitorang #girlstalk.
Seronok sebab kitorang tak rapat sangat dekat kelas, tapi bila kat program, baru dapat kenal.
Boleh tahan masing-masing malam tu semua cerita keluar hahaha.
Class Trip PH2407E. Makan ikan bakar kat Pantai Jeram.
Lepas makan ikan bakar sambung tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor.
First time ever in my life i tengok & pegang kelip-kelip!
Ada lah makcik tu cakap kalau dia rindu aku dia nak baca blog aku.
#haimakcik!
Industry attachment post-presentation
Amboi photobomb!
#teamMARDI
Caving kat Gua Anak Tempurung. Tumpang join kelas orang haha.
Part of geng hiking
Izinkan saya bertafakur
Bila dah habis satu minggu yang busy, kita reward diri makan PIZZA!
#11bintang
Eh, tiba-tiba banyak lah pulak gambar. Mula-mula tadi rasa macam bosan je, bila tengok gambar, banyak pulak aktiviti aku buat. Semua ni baru dalam masa 2 bulan je. Yang bestnya bila dah degree, dah ada transport sendiri, kaki pun makin 'panjang'. Yelah, seminggu dah hidup dengan kesibukan belajar, weekend / lepas busy life tu aku mesti reward diri sendiri, especially amik 'udara segar' hahaha.
Haaa, kalau ada yang tanya apa beza Diploma Farmasi & Degree Farmasi bolehlah campare kan dengan entri INI. Aku rasa macam banyak gambar ber-jimba jeee dari ber-belajar. Hmmm...
P/S : Gambar hanya untuk memori semata-mata, bila dah habis zaman belajar, confirm aku akan rindu nak buat semua benda ni dengan member-member!
P/S/S : Cheerish your every single time as a student!
TC !!! ;)
Hi tina ! I was about to write something on my blog too, tapi terpanjang langkah singgah sini dulu haha. Nanti boleh singgah blog kita pulak. Eh, ter promote pulak HAHA.
ReplyDeleteTahniah nak habis study dah
ReplyDeletebest kan jadi student farmasi nih... *tangan di bahu mata keatas*
ReplyDeletehahaha
Hi, best baca blog awak sebab boleh realte hihi sy student pharmacy jugak. tapi sekarang dah final year so tngah mencari tajuk fyp. Boleh saya tanya apa tajuk fyp yang awak buat ye?
ReplyDelete