Monday, 4 December 2017

Gunung Angsi 2017

Assalamualaikum

Gunung Angsi merupakan gunung dalam wishlist aku yang wajib naik. Sebenarnya tak plan nak hiking. Malam tu pukul 10 malam tetiba rasa macam nak masuk hutan, esok paginya aku bangun subuh, terus gerak ke Gunung Angsi. Senang kan. 

Okay sebenarnya aku frust sebab tak boleh join RUNNING event sebab lambat bayar yuran penyertaan. Tu yang nak balas dendam terus pergi HIKING esoknya tu. Kebetulan, aku perasan ada member baru naik gunung angsi, so itu telah menambah keyakinan aku untuk pergi sana. Sebelum ni ada member aku pergi, gunung tu tutup. Tapi sekarang dah dibuka kembali.

Untuk sampai ke sini, kalau dari selatan, lalu highway exit Seremban / Kuala Pilah. Kalau dari KL atau utara aku tak sure. Laluan naik Angsi ada dua; melalui Ulu Bendul & Bukit Putus. Ulu Bendul trek dia lebih panjang, dalam 7 km. Kalau dari Bukit Putus, lebih kurang 4 km untuk sampai ke puncak.


Aku naik melalui Bukit Putus. Punyalah tercari-cari Bukit Putus ni. Ada jumpa satu jalan Bukit Putus tapi macam terbiar je, sunyi, daun-daun kering atas jalan macam tak pernah orang lalu. Aku pusing balik kereta. Try lalu jalan lain, macam dah menghala ke Kuala Pilah, tapi jalan jelahhh. Dah berapa kali pusing , tak jumpa, sesat. Lepas lalu laluan Kuala Pilah, ada jumpa lagi satu Lorong Bukit Putus. Haaa, jalan dari sini baru betul, cepat je jumpa laluan gunung angsi. Aku rasa jalan yang mula-mula aku jumpa tadi dia akan tembus kat sini, tapi scary sikit lah kalau nak lalu situ.

Starting nak naik Angsi agak 'pacak' sikit. Banyak akar-akar kayu kena panjat. Laluan pun kena memanjat, bukan laluan mendatar. Ada lah dalam 30 minit kena memanjat sedikit. Sebaiknya makan makanan ringan sebelum nak panjat gunung. Jangan terlalu banyak, jangan terlalu sedikit. Cukup untuk dapatkan tenaga untuk mendaki.


Setelah hampir 30 minit mendaki, akan jumpa pondok ni. Laluan selepas pondok ni agak mendatar. So, kurang sikit rasa tercungap tu haha.

Yang bagusnya, di sepanjang laluan mendaki dan menurun ada penanda 'arrow'. Tapi tak tulis pun lagi berapa meter. Cuma waktu dah nak sampai puncak ada penanda lagi berapa minit nak sampai. Yang aku geram tu, dia tulis lagi 6 minit nak sampai puncak, Tapi laluan nak start nak pacak. Aku rasa macam lama giler nak sampai peak angsi. 6 minit apa, macam 60 minit aku rasa waktu tu. LOL!

 Finally, selepas 1 jam 50 minit, sampai juga di Puncak Gunung Angsi!

 Ada kawan aku nak naik Angsi, tapi waktu diorang sampai, gunung ni tutup sempena ekspedisi ni.



Aku naik hari Khamis, tapi boleh tahan jugak ramai. Waktu nak tulis nama, nampak ada dalam 30 orang. Oh ya, nak naik ni kena bayar rm 5. Ada pak cik jaga kat kaki gunung. Dia pun ada tinggalkan no telefon dia kat kitorang, in case kalau jadi apa-apa kat dalam hutan, tahu lah nak contact siapa nanti.


My partner in crime! Kali ini hiking dengan adik aku pulak!




Yayyyy, saya dah tawan Angsi!!!

3 comments: