Monday, 18 December 2017

Bukit Gasing, Petaling Jaya

Assalamualaikum

Hai, sejak akhir-akhir ni rasa momentum nak ber-exercise semakin rancak! Pada masa yang sama i jenis makan banyak tapi badan susah nak naik (terima kasih mak bagi genetik macam ni kat kami). Selalunya lepas exercise / jogging / hiking i akan balance balik lemak (ada lemak ke tina) yang dah terbakar dengan makan puas-puas HAHAHA. 


So, disebabkan final year, jadual tak pack sangat, banyak kelas cancel last minute T_T, i ajak member pergi Bukit Gasing kat Petaling Jaya. Daripada ramai member i ajak, last-last azam sorang je yang ON. So pergilah kami berdua ke sana.


Bukit Gasing teletak kat kawasan bandar. Jalan masuk ke sini kena lalu kawasan perumahan, kita takkan perasan pun ada hutan kat tengah-tengah bandar ni.


Hai, apa happy sangat tu tina hoi! Sebenarnya kawan aku ada yang dah pergi sini. Dorang cakap trail kat sini senang je. Aku ok jelah. Tak kisahlah susah atau senang, janji dapat masuk hutan, dapat tengok, pokok hijau, udara segar, bunyi burung.


Kat bukit ada banyak laluan, tapi takde penanda kat setiap laluan. Mula-mula aku dengan azam jalan jer, tak tau kitorang menuju ke mana. Tapi jalan tu agak mendaki jugak, laluan akar-akar kayu. Celah mana kawan aku cakap senang je Buking Gasing ni? Pastu ada uncle ni ajak kitorang jon dia sekali bila dia tanya kami tahu tak laluan sana? Rupa-rupanya uncle tu pun bawak laluan mendaki jugak. Pancit jugaklah hmmm.

Memang pancit la citer dia. Tengok lah tu duduk macam terkangkang. Kaki aku lenguh nak mendaki akar-akar kayu kat situ. Pacak jugaklah laluan yang kitorang lalu tu.


Kat sini jugak ada laluan kuil / candi. Teringin jugak nak lalu situ. Tapi uncle tu bawak laluan lain. Bagi aku Bukit Gasing best lah, Kalau rindu nak hiking, pergi sini je pun dah cukup, takyah apply permit, area Selangor, hutan dia cantik, dan trek dia boleh lah (kena pandai cari trek yang ok).


Selain itu, highlight bukit ini adalah jambatan gantung. Jambatan ni ada kat tengah-tengah hutan selepas hiking dalam 45 minit. Oh ye, aku naik + turun dalam 2 jam. Sebab uncle tu bawak kitorang lalu mana entah, sekali rehat boeh tahan lama gak lah. Pastu aku pun tak tahu, mana satu puncak dia yang betul-betul, sebab takde penanda / menara pun. Atau aku yang tak lalu situ. Entahlah. Patutnya tak sampai sejam je dah sampai.

Muka aku berpeluh & selekeh!.


Suka view kat sini!





Okay, till then!!! Bye 2017!!!!!!!!!!!

1 comment: