Assalamualaikum
26/12/2017
3.47 am
Kurang dari seminggu lagi kita akan menginjak ke tahun 2018. To be honest, i learnt a lot in 2017. Orang kata pengalaman itu adalah guru yang paling bermakna. Yup. 2017 aku menyedari dunia ini amat menyeramkan. Manusia di abad ini amat menyeramkan juga. Di usia ini (20++) jugalah kita jumpa pelbagai jenis manusia. Masa ini baru kau tahu seronok ke tak rasa dewasa itu.
Tapi macam mana aku nasihat diri aku. Aku ada Allah, aku ada mak ayah. Aku nak balas jasa mereka. Aku dapat semangat dari family aku. Mesti parents kita sedih bila tengok anak dorang tak bersemangat, sedih. At least aku buat sesuatu itu untuk mak ayah. Kalau mereka tiada nanti tak tahu lah apa jadi kat aku nanti...
p/s: aku rasa penulisan ni macam tak berapa nak sampai hmmm, kena tulis blog selalu nih #azam2018
26/12/2017
3.47 am
Hai, aku sebenarnya dah lama nak membebel kat blog ini. Ok aku ada satu confession nak bagitahu. Aku ada banyakkkk benda nak share kat blog. Banyak benda tu bukan pasal hiking, pasal jenjalan ke apa. Tapi benda yang aku ter-fikir, ter-rasa, ter-detik, ter-harap dalam hidup ini. Wow dalam HIDUP ya tuan-tuan dan puan-puan. Serious pula bunyi nya.
Well, tahun depan umur dah mencecah 25 tahun. Umur yang aku tak sabar-sabar nak 'jumpa' sewaktu sekolah dulu. Entah apa yang seronok entah. Dulu zaman sekolah, di usia 25, aku ada 'impian' untuk .... Tak tahulah boleh ke tak dapat 'impian' tu. Kalau tak dapat, jadi angan-angan je kot. Sekarang, bila dah tiba usia yang diidamkan, i feel nothing. Apa yang aku rasa; 'seronoknyaaa, dah besar! Tak sabar nak umur 20++', itu semua tidak seperti yang aku impikan. Wow IMPI pula ya tuan-tuan dan puan-puan.
Kurang dari seminggu lagi kita akan menginjak ke tahun 2018. To be honest, i learnt a lot in 2017. Orang kata pengalaman itu adalah guru yang paling bermakna. Yup. 2017 aku menyedari dunia ini amat menyeramkan. Manusia di abad ini amat menyeramkan juga. Di usia ini (20++) jugalah kita jumpa pelbagai jenis manusia. Masa ini baru kau tahu seronok ke tak rasa dewasa itu.
Sampai satu tahap aku rasa nak bawa diri. Bukan bawa ke mana. Cuma rasa nak bersendirian; dari kawan-kawan, dari alam maya, dari sesiapa yang aku kenal. Kecuali family. Because i cant live without them, (ily family!).
Aku tak tahulah kenapa, tapi sekarang aku malas gila nak buka phone. Kalau bateri phone tinggal 5% rasa macam tak kuasa nak charge. Biar je dia mati sendiri, esok tu kalau rasa nak charge baru charge. Ada tu rasa tak nak bersosial. Rasa malasnyaaa bila ada orang whatsapp. Sampaikan lecturer aku whatsapp aku tapi aku tak reply pastu kena Block sebab tak reply (cry inside). Haaa, sampai macam tu sekali. Aku rasa teruk betul diri aku.
Baru-baru ni aku ada jumpa kawan-kawan sekolah. Masing-masing dah bekerja. Semua cerita stress nya kerja. Nak jadi student semula. Hahaha. Aku yang student ni pulak nak cepat habis belajar, nak kerja. Manusia, mana pernah bersyukur. Takdelah, memang best jadi student. Tiba-tiba kelas cancel, dapat cuti. Kalau dah kerja takdenya tetiba bos cakap 'harini kerja cancel, takyah pergi kerja'. Waktu student ni lah kalau bangun pagi tu rasa malassssnya nak pergi kelas, boleh je ponteng. Esok dah kerja takdenya boleh ponteng sesuka hati. Bila jadi student ni juga ramai kawan, nak buat apa-apa, ada geng. Dah kerja susah sikit nak buat benda gila dengan kawan.
Berbalik kepada kawan sekolah tadi, dia cerita macam hidup dia sama je hari-hari. Pergi kerja balik kerja. Sedar-sedar dah weekend. Kadang-kadang balik kerja awal, pergi tengok wayang. Sorang-sorang. Budak kat wayang tu pun gelakkan dia. Bos kat tempat kerja tak appreciate kerja dia. Penat. Rasa hidup ini takda makna.
Aku rasa macam setiap orang kan ada satu tahap dalam hidup dia memang akan rasa macam ni. Sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa jugak HAHAHA.
Tapi macam mana aku nasihat diri aku. Aku ada Allah, aku ada mak ayah. Aku nak balas jasa mereka. Aku dapat semangat dari family aku. Mesti parents kita sedih bila tengok anak dorang tak bersemangat, sedih. At least aku buat sesuatu itu untuk mak ayah. Kalau mereka tiada nanti tak tahu lah apa jadi kat aku nanti...
Pastu bila je rasa tak laratnya nak hidup di muka bumi ini, mengadulah kat Allah. Nak nangis puas-puas, nangis, cakap, cerita dengan Allah. Baca quran. Aku pernah rasa penat sangat nak hidup dah, rasa macam dah nak berhenti belajar. Taknak buat apa. Stress gila. Terus aku mengadu kat Allah dan buka quran. Baca tafsir al-Quran, Dia jawab apa yang aku doa tadi tu. Allahu, makin deras air mata aku.
Ingat, walau apa pun jadi, Allah sentiasa ada untuk kita :)
p/s: aku rasa penulisan ni macam tak berapa nak sampai hmmm, kena tulis blog selalu nih #azam2018
akak pun.. tngah down sangat.. mental sakit, hati sakit, keyakinan jatuh... x boleh nak jadi diri sendiri.. nak upgrade diri pun macam x de ruang.. memang masalah hidup dengan orang psyko.. kalau mengadu kat family nnt malu. nak ngadu kat kengkawan marah.. nak mengadu kat Allah je la... rasa macam nak tinggalkan je semuanya...
ReplyDeletehttp://doubledeeya.blogspot.my/2018/01/nak-g-haji.html
ReplyDeletenk jumpa sapa tuh.. hahaha
ReplyDeletexde perkembangan terbaru ke utk tahun 2018? hehehe
ReplyDeleteAda! Banyak jer benda nak cerita. Tapi mental block nak tulis kat blog haha
DeleteEnjoy masa zaman belajar puas-puas. Nanti dah start kerja, hidup jadi lain. Masa tu banyak komitmen lagi yang perlukan perhatian kita. Siqah rindu zaman belajar sangat. Rasa nak belajar lagi tapi tak nak exam. Boleh ke camtu? 😂
ReplyDelete