Monday, 27 May 2013

Family Hangout

Assalamualaikum...

Hujung minggu adalah masa bersama keluarga ! Memandangkan musim cuti sekolah sudah bermula, rumah aku kali ni agak meriah sikit even kalau x cuti pun memang meriah dengan perangai giler2 kitorang. Pada asalnya kitorang nak pergi ke Banda Hilir, kat sana waktu malam memang lawa dengan lampu2 & pameran beca, ada uptown lagi malam minggu nie, tapi jalan sesak sebab baru lepas hari wesak, banyak perarakan di jalan raya. Jadi kitorang terpaksa tukar plan, pergi ke JJ jelaa.


Yang bestnya, kitorang suma pakai skirt bukan skirt pendek ye. Tak rancang pun nak pakai sama-sama, even mak pun join kitorang skali mak memang sempoi. Time shopping kt dalam JJ perasan jugak lah ada mata-mata yang pandang & nak cakap tapi tak terkeluar kot dari mulut diorang, "tema apa pulak le famili nie pakai". Haha, nasib baik ler budak laki sorang nie tak lorat nak pakai skirt sekali.



Nie la dia yg aku maksudkan, satu-satunya  budak laki dalam adik-beradik aku, 'ABIL'. Kisah di suatu petang sebelum kitorang keluar. Abil suruh aku tolong dia jap, tapi aku cakap tak nak.

Abil  : kau ni 'P' lah.
Kitorang  : 'P' ??? apa tu?
Abil  : Pemalas !!!

Haish budak nie, pandai sangat dok perli orang dia pun sama jer, Pastu lg skali dia mintak tolong, aku still cakap tak nak. Boleh pulak dia cakap camni

Abil  : kau ni memang betul-betl 'SP' !!!
Kitorang  : Hah? apa pulak tuh ?
Abil  : Sangat Pemalas !!!

Hahaha, tergelak satu rumah, macam-macam singkatan yang keluar dari mulut budak ni. Petang tu dia agak 'over' sikit, asal buat kelakar jer, gelak macam orang tak ingat dunia, padahal aku rasa xde lawak mana pun kitorang cakap. Tapi kalau dia xde memang sunyi jer rumah, satu hari dia x 'giler' memang x sah, tapi itulah keceriaan dalam keluarga aku.


Sampai kat JJ terus serbu KFC, sebab semua orang dari pagi tak makan lagi, makan nasi lemak sarapan punya jer. Mak 'cuti' memasak aritu ada ea cuti memasak? Akak yang belanja, baru keluar gaji kann. Sebenarnya aku x boleh kalau satu hari tak makan nasi, tapi dah lapar+orang nak belanja kita terima jelaa. Memang tak kenyang pun makan ayam KFC, tapi disebabkan makan bersama keluarga terus jadi kenyang. Orang kata makanan x sedap pun boleh jadi sangat sedap bila bersama keluarga tersayang. Tapi balik rumah tu, terus carik roti@something yg boleh dimakan lagi. 

Seronok bila meluangkan masa bersama keluarga, stress yang ada suma hilang. Ditambah lagi dengan gelak tawa kami, memang bestlah, tak taw nak cakap macam mana. Rasanya korang pun rasa macam tu jugak kan bila dapat berkumpul satu famili. Nampaknya 2 minggu  nie memang riuh lah rumah aku. 



I love my family ! <3


35 comments:

  1. bestnyer kuar cm tu...hehheheh.. cm family day lak.. ekkekekk :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kalau family day lg ramai+meriah gitu..

      Delete
  2. Wahhh bestnya mak awak sporting laaa. Btw, Kak Aie pun dah lama tingin nak ada skirt camtuh. Lawa sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Teena jiwa mcm org muda..hehe, mcm kawan lah. Akak pakai lah skirt cm tu, msti lawa

      Delete
  3. Macam kakak ngan adik je mak Teena ni.....
    Come-come pic tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ramai ckp cmtu, suma ingat mak ni kakak sulong ktowang..

      Delete
  4. seronok keluar beramai-ramai bersama keluarga, meriah gitu.. dapat release tension.. adik tina memang terbaik la, jadi penyeri kepada family.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tp kadang2 annoying jgk ngn dia..

      Delete
    2. kalau berjauhan dengan dia mesti rasa sunyikan? akak takde adik lelaki.. tak tahu macam mana perasaan tu.. hehe..

      Delete
  5. Memang seronok kuar dgn fmly nak nak yg jenis ceria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sejak ktorang dah 'besar' cket nie, rumah makin ceria, mybe suma satu kepala, ley jd satu geng lagi tu.

      Delete
  6. memamg seronok dapat keluar sama-sama satu family :)

    eh, pasal SP tu kan, Ros teringat Sungai Petani je.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kt sini xd Sg Petani, budak tu cakap ikut suka mulut dia jer,
      Bg ktorang SP = Sangat Pemalas
      ..lps nie spe malas kne cop 'SP'..

      Delete
  7. wah meriah... best kalau keluar satu family

    ReplyDelete
  8. seronoknyer adik badik umur lebih kurang je beza nyer... akak ingat td yg berspek itu pun adik badik gk rupenyer mak ye... mude lg mak awak ye dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 beza umur 3 tahun jer, mak nmpk muda lg kan, agak2 nnt bila dah tua Teena ada
      Jd mcm mak tak, awet muda? Haha

      Delete
  9. Kalau bukan malam minggu, kat Banda Hilir tu ada lampu lip lap lip lap tak? :)
    Dah lama saya takgi Melaka...

    Banda Hilir tu mmg di eja tanpa "R" ya? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat signboard sini memang dieja tanpa 'R'.. Kalau bukan weekend pun still ada lmpu liplap, tp x meriah sgt mcm mlm mggu.

      Delete
  10. best kannnn hangout rmai2. pak kal lahhh adik bradik CiM ni jauh2, ada yg kena naik flight nk balik kg. ktorg slalu hangout masa raya jeppp...huhuhu....

    ReplyDelete
  11. bestnya dpat hangout dgn fmly =) sy dh lama xbt cm2..tringin jgak hu3..mmg srnok dpat kluar sma2

    ReplyDelete
  12. WAH,SEMUA CANTIK..MAK YG SKIRT KUNING TU YER..MUDA LAGI..^_^

    ReplyDelete
  13. Macam adik beradik ye semua...mak mcm kakak jek... :-)

    ReplyDelete
  14. Seronoknya cuti sekolah dan ada kat rumah. Mesti meriah sangat!
    p/s: Skirt tu pun cantik awak! Macam-macam warna semua pakai...

    ReplyDelete
  15. lamanya tak pegi melaka.. lepak dataran pahlawan btw semua nmpak sweet je dgn baju :)

    ReplyDelete
  16. Bestnya adik.beradik keluar sama sama macam ni.. Akak dan 4 orang kakak beza umo banyak, jadi masa kecil tak sempat, sekarang kalau keluar sama2 dah bawa anak masing2

    ReplyDelete
  17. wah .... merry nyer famly .. wiit wiit !!!

    ReplyDelete
  18. Dah lama sangat tak gedik santai ngan familly kat luar. Seyes rindu bila tengok kamu and the geng...

    ReplyDelete
  19. Memang seronok bersantai dan bergembira bersama ahli keluarga :)
    Selalulah luangkan masa cuti sekolah ini dgn aktiviti utk mengeratkan ikatan kekeluargaan...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...sweet family lah uollsss...

    ReplyDelete
  21. syoknye !! jalan2 gn keluarga :)

    ReplyDelete
  22. heaven gla bla dpt klr ngn fmly..mmg best!!

    ReplyDelete
  23. time spent with family sgt superb!

    ReplyDelete
  24. srnok kan kuar ngn family.
    family ciksu dah kurang sorang.

    huhu

    ReplyDelete
  25. tak jumpa cbox. aah template baru.. ada bnyk lg template kat sini http://btemplates.com/

    ReplyDelete