Friday 21 June 2013

Doa Nisfu Syaaban

Assalamualaikum...

Nisfu Syaaban pada tahun ini bersamaan 15 Syaaban 1434H @ 24 Jun 2013 (Isnin)
Jom kita sama-sama mengimarahkan malam nisfu Syaaban & berpuasa di siang harinya =)

Erti Doa Nisfu Syaaban:

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai

Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani

Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin...

Sumber : nisfusyaaban

18 comments:

  1. Semoga Hari ini lebih baik dari Hari Semalam... (^_^)
    Insya ALLAH

    ReplyDelete
  2. selamat bertemu nisfu syaaban..jom set alarm dr skarang

    ReplyDelete
  3. TQ mengingatkan OKje Teena

    ReplyDelete
  4. salam jumaat adik teena.. terima kasih di atas perkongsian doa ni.. :D

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian....

    ReplyDelete
  6. amin2 tq berkongsi yer

    ReplyDelete
  7. amin...

    cepat je masa berlalu kan

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi doa nisfu syaaban ni :) lg 17 hari nk mnyambut ramadhan :D

    ReplyDelete
  9. terima kasih , sesama kita seua mengimarahkan Nisfu Syaaban.

    ReplyDelete
  10. takleh puasa nampaknya esok... :(

    ReplyDelete
  11. smga smuanya berjalan lncr bersama redha drinNya :')

    ReplyDelete
  12. terima kasih dear atas prkongsian ni...

    ReplyDelete
  13. nifsu syaaban.. lagi setengah bulan ramadhan pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Amin =) jum sma2 kutip phala smpena nisfu syaaban..

    ReplyDelete