Saturday 8 June 2013

Seminggu di Jabatan Farmasi

Hi...Assalamualaikum...

Rasanya tengok tajuk jer uolls dah tahu kot aku nak citer apa. Sebelum ini aku ada cerita mengenai praktikal aku di entri INI. Alhamdulillah, sudah seminggu aku menjalani praktikal di Jabatan Farmasi. First week just ada orientasi. Ada jugak student dari IPT lain yang praktikal kat sini seperti MAHSA, MiCost, KKM. Okayy, baru satu minggu tapi rasa macam dah tak sanggup nak hadapi praktikal lagi selama lebih kurang satu tahun. Tak cukup kot cuti hujung minggu selama 2 hari ni untuk merehatkan badan. Kenapa aku cakap bagini? Jom kita terjah !

First & Second day

Pagi tu kami berjumpa dengan preseptor (supervisor) Encik Said, dia menerangkan peraturan, jadual, lawatan di semua unit and so whatever pasal praktikal kami. Memandangkan kami semua ada 6 orang dan dibahagi kepada 3 kumpulan, aku satu group ngn classmate aku, Abu Musa a.k.a. Abu in da housee. Then untuk 2 hari ni aku & Abu ditempatkan di unit Farmasi Klinik Pakar atau lebih dikenali sebagai OPD (outpatient pharmacy). Pergh, memang busy lah unit ni. Baru hari pertama terus masuk unit yang paling busy memang shock+blurr. We alls kena buat SPUB di mana klinik2 order ubat-ubatan dari pihak hospital, and we have to supply according to the indents. Satu indent tu ada lebih kurang 15-20 ubat. Dan kami yang masih baru ni kena carik ubat2 tu.


Cuba bayangkan stok ubat yg banyak ni, and aku still terkial-kial mencari di mana location ubat nih. Bak kata orang malu bertanya sesat jalan, memang kau kena rajin bertanya time mula-mula nih. Dan kau memang takde masa nak duduk/rileks time tuh. Kalau nak baca prescription tu tak yah cakap la, tulisan doktor yang sangat 'mudah' untuk difahami. Kena confirmkan dengan senior, takut tersalah baca ubat yang doktor tulis. 


Gambar ni aku snap waktu pagi time baru sampai, kalau dah start kerja memang takde masa lah nak bergambar bagai. Tak ramai staff lagi, kalau dah ramai memang sempit ruang kat sini. Walaupun dah ada ramai staff yang bertugas time tu dalam 15 orang staff still tak menang tangan nak fill the prescription. Patient kat depan pulak dah ramai & lama menunggu. Kalau dulu aku teman nenek aku buat check up kat hospital, memang lama nak tunggu. Nampak macam kat bahagian kaunter tenang jer, rasa macam 'diorang ni buat keje ke lepak2?, lambat giler!!' Tapi jangan tuduh sebarangan yer, kami kat belakang ni bertungkus lumus nak tolong isi ubat2 yang anda perlukan. Memang senyap jer kt situ coz semua orang fokus+busy+takde masa nak borak kecuali bertanya untuk memastikan ubat itu betul dari segi dose, concentration, amount. Dan pastinya aku dan Abu terpaksa bertanya itu ini walaupun dalam kesibukan mereka mengisi ubat2.


Hari pertama tu agak disaster jugak lah sebab masih baru & tak dapat hafal location ubat, but the second day okay sikit lah, dah boleh ingat sikit. Balik rumah tu terus serang katil, x pikir apa2 lagi. But I can say that it was a great experience to be some parts of the pharmacy team.

Third & Fourth day



Setelah 2 hari berada di OPD Unit, kami ditempatkan di manufacturing unit. Di sini segala jenis cream, ointment, chemical yang digunakan sebagai bahan nak buat ubat, TPN (Total Parenteral Nutrition) & CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution) disediakan di sini sila rujuk foot note di bawah untuk lebih detail. Macam kerja kilang la katakan. Tapi kat unit ni memang tak sibuk sampai kau pun boleh boring buat kerja tu sebab tak mencabar langsung. As a trainee & in orientation week, kami hanya buat kerja2 yang mudah jer macam packing, labelling, topping.

Kami tengah label & screw ear drop, sodium bicarbonate.


Dan untuk tidak membuang masa sambil buat kerja kerja tu yang agak rileks,

Abu : Boring giler weii
Tina : Buat jela, semalam kau complain penat sangat, ni boring pulak
Abu : Kalau hari hari buat kerja ni tak berkembang otak aku taw tak
Tina : Tulah, dah lah setahun aku kena hadap muka kau jer hari hari
Abu : Dah lah, baik aku berzikir sambil buat kerja ni

Kerja yang sangat 'rileks' ni jugak perlulah digunakan dengan sebaiknya, berzikir waktu ni adalah sangat bermanfaat daripada kau isi ubat dalam botol tu tak buat apa. Tapi hati penuh dengan pengisian rohani.


Masa praktikal ni lah kita kena apply sume yang kita dah belajar time dalam kuliah. Maybe kau rasa apa barang kerja label ubat, carik ubat tapi biasalah trainee baru, kenalah patuh arahan bos. Aku tak nak lah jadi macam lembu dicucuk hidung, buat jer tapi zero, tak dapat apa pun. So, setiap ubat yang kami buat tu aku akan tulis dalam buku nota kecil ni, atau ada ubat yang terdapat lebih dari satu nama aku catat. Then bila balik rumah, aku akan buka buku untuk check apa function ubat tu, tergolong dalam ketegori apa, apa jenis penyakit yang boleh guna ubat ni. Barulah kita boleh tambah knowledge, macam ni lah excellent best student.
Abaikan JKR tu, ni jer buku kecil yang aku ada di rumah, dapat free jer pun tapi sangat berguna padaku.

Fifth day


Untuk hari kelima ni aku ditempatkan di Farmasi Bekalan Wad (Inpatient Pharmacy) di mana semua ubat yang akan digunakan oleh pesakit wad akan di supply di sini. Kat sini, tak busy sangat tapi best lah. Memandangkan kami hanya satu hari di unit ni untuk orientasi, tak banyak kerja yang boleh aku buat. Tengok jelah apa diorang buat. Banyak juga ubat yang diminta. Yelah satu hari patient tu kena makan 5-6 ubat, kalau 30 patient kau kiralah sendiri berapa banyak kena supply.

Okay tu jer story aku untuk kali ni. Minggu depan baru start di unit OPD, the busiest unit! Doakan aku yang baik-baik ye. Sorrylah entri kali ni macam boring, tapi inilah pengalaman yang seronok bagi aku dan nak share dengan kawan-kawan yang baca blog ni. Kalau korang nak tahu kehidupan aku sebagai pelajar farmasi boleh lah singgah di SINI.

Foot note :
TPN (Total Parenteral Nutrition) - nutrition yang diberi kpd patient yang tak boleh makan secara normal, makanan yang diberi melalui tiub. Biasanya patient yang baru lalui operation akan diberi. proses membuat nutritin ini dibuat di bilik khas (clean room) yang sangat sterile

CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution) - ubat yang diberi kepada pesakit kanser yang harus melalui chemotherapy. ubat ini merupakan toksid, dan dos perlulah tepat, jika terlebih atau terkurang sedikit pun akan memberi kesan kpd patient & boleh membawa maut.

Inpatient Pharmacy - farmasi yang membekalkan ubat kepada pesakit di dalam wad/hospital

Outpatient Pharmacy - farmasi yang membekalkan ubat kepada pesakit luar

Insya Allah pharmacist-to-be


50 comments:

  1. Tinaaaaa. Good luck! :)

    ReplyDelete
  2. huhu...bnyak gak kena bljar tu ya..anyway good luck!
    oh ya.. orkid takde la susah nak jaga..asal cukup keperluan akan berbunga la dia.

    ReplyDelete
  3. BK suke dok farmasi

    mintak tolong http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/06/mintak-tolong-sangat-sangat-urgent.html

    ReplyDelete
  4. Wah, menarik...baru tau cerita belakang tabir org2 farmasi ni....slalu pi hospital slalu wonder, apsal la lamanaunak bagik ubat. Hehehehehe :-)

    ReplyDelete
  5. bykknyerr.. cm ne nak ingt?? :o *tension2.. -,-

    ReplyDelete
  6. Paanpean - gudluck jgk paan! X sangka ang pun ada blog.

    Whitecappucino - itulah, mula2 ni banyak nak belajar. Kena rajin sikit.

    Budakkampung - smoga dapat jumpa rumah sewa tu, Teena x kenal sspe kt area tu, sorry.

    Sweet tooth - aah, sebelum ni Teena pun wonder jugak, mybe ramai sgt orang yg sakit. Tp ktowg yg kt belakang ni pun lagi 'sakit'.

    Aisya Lieza - haha, kte nk kerja lama tak bole tension2. Teena enjoy wt kje ni. Practice makes perfect ! Cuma mula2 nih kena gigih lah.

    ReplyDelete
  7. Wohoo...susah kot..kalau sy kat tmpt tina mau serabut tue...pape pown gud luck dear!

    ReplyDelete
  8. aiyoo mau juling mata nengok gini sapa yg x biasa kan..ubat ubat ubat..

    ReplyDelete
  9. wowwww...pening jap tgok ubat 2..ha3, nk kena hafal lg..slap2 kalau slah label hbis la..all da best k :)

    ReplyDelete
  10. aduhhhh...naik pening akak tengok ubat yg pelbagai jenis tu...
    Apa pun gud luck dear.....

    ReplyDelete
  11. Yasira, Hafiz, Norzila, SKA, MulutPayau - memang pening, juling mata, serabut, suma ada lah sebab pada masa yg sama kena kira brpa dos ubat tuh, tp mula2 jer. Next week harap2 dah hafal sikit2, hopefully...

    Wish me luck yeah !

    ReplyDelete
  12. wahh seronoknya... banyak pengalaman ..beruntung tau

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya tina.. masa menunggu ubat di farmasi klinik tu angin juga sebab lama sangat, baru tahu kesusahannya berdasarkan pengalaman tina tu..

    ReplyDelete
  14. pharmacist to be kene la busy macam ni. this is the time where u can learn a lot! :)

    ReplyDelete
  15. balik umah, mesti berbau ubat. Perfume kebiasaan farmasist la katakan :P

    ReplyDelete
  16. Masuk makmal memang begitu. Wajib fokus. Tambahan lagi yang buat ubat ni, kan? Kalau silap preskripsi, mahu naya pesakit.

    Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. Tahniah cik. (y)

    ReplyDelete
  17. Kalau cik akak...memang sh cik akak penin...cik akak tak tahan cium bau ubat..hahaha...
    good luck sayang

    ReplyDelete
  18. dulu kite nak jadi pharmacist tau :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama. Rasa macam best aje perkataan pharmacist itu kan. Tapi bila habis kolej terus tuju IT, haa sampai laa ni kat IT aje.

      Teena, ada rasa insaf tak bila tau macam mana susah nya orang belakang tabir bekerja? Kalau semua orang faham situasi orang lain, mesti tak akan ada kes² kena marah sebab lambat kan?

      Delete
    2. Ada lah jgak, sebab kebanyakan patient ambil dalam linkungan 7-8 jenis ubat. Memang banyak. Itu baru seorang. Tapi biasalah penantian itu satu penyiksaan. Dan lumrah kalau kena marah time mula2 nie, tp stakat ni xd kena marah teruk2 sgt.

      Delete
  19. pengalamn berharga.. all the best dear

    ReplyDelete
  20. Subhanallah, memula baca ttg experience awak dkt unit Farmasi Klinik Pakar atau lebih dikenali sebagai OPD (outpatient pharmacy), serius, macam advanture gilaa. Seronokk, hehe. Sy baca pun dapat rasa kebizian awak tuu.
    Anyway, Gudlak tauuu utk next step! Fighting. :)

    ReplyDelete
  21. salam teena...

    tentang unfollow tu maksud teena tak nak lagi dah follow blog tu,kan?so teena pergi blog kawan tu.teena klik join this site di widget followers.kemudian keluar pop windows,nampak profile pic teena.teena klik more options...akan keluar lagi page lain di pop windows.teena klik stop following this site...dah siap :)

    ReplyDelete
  22. kalau sy pingsan .. banyak nya nak kene amik tahu ni ... pasrah, jgn salah bg ubat dan campuran sudah...

    ReplyDelete
  23. ni pengalaman baru yg dapat kan..so manfaat la sebaiknye..gud luck utk pracktikal ni ye...hurm tgk ubat pon da buat daku pening.banyak tu..

    ReplyDelete
  24. wow!! best la n3 ni...dpt tgk di belakang tabir farmasi...mmg selalu aku ingat dorang ni mcm tak buat keje je, sbb lambat bebenor, dah tgk n3 ko ni, baru tau payahnya keje korang...huhu...

    all the best dear!!

    ReplyDelete
  25. banyaknyer ubat.... fenin kalu akak kene ngingat satu2, nk kene hafal lg lah

    nk kene bancuh2 bagai yek, kire mancabar gk kn

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.

    Tak pernah terfikir pun kerja seorang pharmacist smpai macamni.

    Ya la, bukan bidang kita.. kita mmg taktahu.. Yang tahu pun, takat amik ubat kat depan kaunter, tu je.

    indent tu apa teena? kalau merujuk pda gmbar2 diatas, yg mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, indent tu borang order ubat. Semua perkara berkaitan ubat ditulis kat situ tp Teena xde gambar borang tu, busy tak sempat nak snap, takut jugak bos marah kalau bergambar time kerja.

      Delete
  27. InsyaAllah. Pharmacy to be! Lamanya practical. Saya pun kene practical balik ni. 3 minggu setiap tahun.

    ReplyDelete
  28. saya pernah kerja dekat klinik swasta. Mahu dekat 2 minggu baru ingat semua jenis ubat dengan kedudukan dia :D

    ReplyDelete
  29. Mak aih... bnyknye ubt.. mcm mna nk igt smua tu.....

    ReplyDelete
  30. kalau kerja dept yang sibuk mmg penat lah.

    ReplyDelete
  31. wow..berderet deret ubat . kena hafal ubat satu hal la kan. kena hafal tempat letak ubat tu pun satu hal..

    kalau akak le berbulan bulan kot baru boleh ingat.

    pandai ko yer, tulisan dokter sangat senang di fahami. hahahaha...
    kekadang hairan juga..kenapa doktor suka tulis mcm cacing kerawit . memnag etika doktor begitu ke? kena tulis mcm tu ke? sebab akak tengok majority doktor tulis begitu.

    ke..doktor tak ingat spelling betul betul. hohohoho.. just joke ok.

    ReplyDelete
  32. singgah jgk ari ni !

    ReplyDelete
  33. bila dah alami baru tahu tugas seseorang itu bagaimana..nampak senang dimata tapi agak susah bila dah rasa....

    ReplyDelete
  34. Puas cr btang komen...cinonet jerr...hmm...15 org rmai tu...bestnye dpt bancuh obat...gud luck yea utk setahun ini....

    ReplyDelete
  35. Semoga berjaya yer...bkn senang jugak nak handle bab ubat-ubatan ni. Mesti power subject chemistry ni. Hehehe

    ReplyDelete
  36. bancuh ubat pun buat sendiri erk. ingat ubat tu dah siap2 ada. baca pun rasa mcm letih kan, inikan pulak yang kena kerja tu. hehehe. lama btol praktikalnya. good luck :)

    ReplyDelete
  37. huhuh,, bau ubat sesaja la ye..kalau x tahan bau ubat, haru dibuatnya..
    goodluck ye.. ^_^

    ReplyDelete
  38. saya pernah kerja di kedai ubat. huhu, bila ada orang datang nak beli ubat, masih terkial-kial nak cari. pastu bila dorang tanya details, gagap-gagap. hehe.

    ReplyDelete
  39. mencabar jgk ye..salah bagi ubat lagi naya.
    semoga tercapai cita2 tina..

    ReplyDelete
  40. Susah jugak tugas sebagai ahli farmasi. Patutlah selalu kena tunggu lama time nak amek ubat. Apa pun, semoga berjaya! :)

    ReplyDelete
  41. Aiseehh mcm best je :D To bab belajar semua ni mmg otak lemau la. Hahah. More to art side.. Lol.. Kat hosp mmg lama tunggu ubat, then hari tu pernah berbicara dengan pharmacist, baru tau dan faham. Now mcm confirmation laa sbb dh baca ni. Kekeke..

    ReplyDelete
  42. Apa beza diploma dgn degree farmasi? BTW lepasan diploma bukan digelar pharmacist kan?

    ReplyDelete
  43. Apa beza diploma dgn degree farmasi? BTW lepasan diploma bukan digelar pharmacist kan?

    ReplyDelete
  44. Wahhhh...pengalaman yang baik...terima kasih kerana berkongsi pengalaman yg sngt bernilai

    ReplyDelete