Assalamualaikum w.b.t.
Seumur hidup tak pernah pun berbuka puasa secara bufet di restoran-restoran mahupun di hotel-hotel. Percaya tak? Bukan apa, rasa macam membazir jer nak makan di luar padahal boleh jer makan di rumah, lagi jimat. Tapi akhirnya tahun ni aku dapat pecahkan rekod dengan berbuka bersama rakan-rakan sekerja. Ala 3 orang jer pun. Lepastu budak-budak lain (yg lelaki) macam "ei, tak ajak kitorang pun kan!!!" Sori lah bro, it's girls out okay. Lain kali ada masa kita buka ramai-ramai ye.
Back to the topic, kami telah berbuka di Restoran Api-Api. Di Restoran Api-Api [KLIK SINI] ini juga berkonsepkan makanan 'steamboat'. So kepada sesiapa yang suka makan makanan 'steamboat' tu boleh singgah di sini.Setahu aku di Melaka cuma ada satu jer cawangan restoran ni iaitu di hadapan AEON JJ dan restoran ni masih baru dibuka. Tapi kunjungan daripada pengunjung-pengunjung menunjukkan macam ia telah lama dibuka. Kalau nak datang kena tempah lebih awal. Memandangkan kami hanya 3 orang, jadi lebih mudah untuk buat tempahan meja. Surau juga disediakan (besar surau dia & selesa).
Rezeki kami, kami dapat harga pelajar : RM 25 per person. Walaupun diskaun sikit jer, tapi boleh lah daripada takde langsung. Selepas balik kerja pada pukul 5 petang, kami terus bergegas untuk bersiap dan dapat tempah pada pukul 6 petang. Masa ni banyak meja telah ditempah, kalau rasa macam nak berbuka ramai-ramai, better booking 2/3 hari sebelumnya. Lepas buat tempahan, kami singgah sekejap di AEON. Haha, sekejap lah sangat, sempat lagi diorang shopping raya kat situ.
Lebih kurang 10 minit nak berbuka baru kami tiba di restoran. Masa ni dah ramai sampai, orang lain sume dah start bakar makanan di "steamboat", kitorang nya tak nyala-nyala pun. Makanan bufet pun tak banyak yang tinggal, semuanya telah diambil oleh pelanggan yang lain, hmm kita nak makan sate tapi dah habis =( Kalau ikutkan nafsu aku nak ambil sume makanan kat situ, tapi Mira dah ingatkan awal-awal tak yah nak amik sume sangatlah kan, karang bukannya kau boleh habiskan pun. Lahh, kita dah bayar mahal-mahal, suka hati kita lah kan. Takpe Mira badan aku jer kecik, tapi perut aku besar. Last2 aku yang habiskan makanan tu sebab stok perut tak penuh-penuh lagi walaupun telah disumbat segala jenis makanan. (Tak banyak gambar makanan sebab makan tak ingat dunia)
Selepas berbuka, kami ke Dataran Pahlawan pula. Aku selaku orang asal Melaka ditugaskan untuk jadi 'tour guide' diorang, tapi hampeh! Ajaran ku telah menyesatkan mereka. Tapi akhirnya dapat juga tiba di destinasi. Dah boring round kt DP, diorang macam excited nak naik Menara Taming Sari. Aku?? dah pernah naik, tapi member punya pasal naik jelaa, terbang RM 15.
Okay, then terus balik, esok sambung kerja. Penat. Kbai.
opps, lupa nak bagitau, pihak Restoran Api-Api ni ada bagi kitorang angpau sebelum balik. Nampak tak JJCM tu...
P/s - terima kasih Ain Syafiqah sebab bawak kami ke sana dengan keta anda =)
Selamat berpuasa
tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan nak tinggalkan kita :'(
sekali seekala ape salahnye kan.. haha..
ReplyDeletemesti kenyang gile ni kan2..pasni gosok gigi tau..hahaha..^^
Nnti nak jgk nek menara tamingsari..last naik aritu dlm thn 2009..pening kjap.sbb dia berpusing..huhu
ReplyDeletei pun tak suka gi buffet ramadhan...
ReplyDeletebukan nya kita leh melahap makan banyak2 time berbuka kan....
kkdg rasa tak berpatutan dgn rege yg kita bayor....
tapi kalo murah nak gak terjah hehehehehehe
Hebat nya suasana iftar dia. Dah makan macam macam siap dapat angpau lagik. Teena orang Melaka rupanya ya?
ReplyDeleteSalam ramadhan :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. kesiannya... ramai ke orang berbuka situ? sheila teringin nak naik menara Taming Sari tu... btw steamboat sahaja tak best, kalau ada bbq mesti lagi gempak kannn :)
ReplyDeletemurahnya harga dia.. siap bagi angpau free lagi tu..
ReplyDeletemeriahhhh!
ReplyDeletewahh! agak murah :)
ReplyDeletex pernah pon melantak steamboat ni.ahahaha
ReplyDeleteuish...ok sangat la harga dia. takde mahal mana pun. mana nak dapat harga camtu kalau kat hotel. huhu
ReplyDeletebest kan dpat berbuka brsama kawan2x sekali-sekala :) dpt eratkn silaturrahim lg
ReplyDeleteNaik Menara Taming Sari...baru sekali ada pengalaman tu..best bawa famili ke Melaka.
ReplyDeletep/s ..As-salam, Singgah lepas sahur, ada pasang banner segmen singgah sahur OhBlogger HH tak ? ...saja nak buat sport check sambil blogwalking..kalau tak lg, sila pasangkan manalah tau anda bertuah menang hadiah. - www.nazlee.com
hai ! haha walaupun kolej dan uitm kbm tu dekat sangat dengan api api tu tak pernah lagi makan situ. Jimat duit punya pasal haha
ReplyDeletenampak seronok je =) lama dh xpergi Melaka..nape mhal sgt ye?? kt area sy ni bru rm20 1kpala...yg bestnya leh mkan puas2 la..
ReplyDeleteeh oklah harga dier not bad !
ReplyDeletebestnyer berbuka kt luar, steambot lg... akak nih lum sekali pun berbuka kt luar tau... huhuhui
ReplyDeletepromot mcm best je ni hehe ala kt melaka ke cik kakkkk? ;p
ReplyDeleteuntung laa.. Huhu :D
ReplyDeleteseronoknya tngok..harga pun ok tu..=D
ReplyDeletetak pernah berbuka kat luar macam tu.. kecuali kat opis ramai2 je la..hehehe
ReplyDelete