Monday 26 August 2013

Tema & Logo Hari Kemerdekaan ke-56

Assalamualaikum w.b.t.


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini. Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

logo merdeka 56 2013 1 gambar logo hari kemerdekaan 2013 ke 56 dan tema

Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web www.malaysiamerdeka.gov.my





16 comments:

  1. Kini kembali...Salam kemerdekaan. Kurang menarik logo tu, xkena dengan tema le...

    ReplyDelete
  2. kalu lah 31ogos jth hari ahad lg meriah...

    ReplyDelete
  3. Merdeka:)
    slamat menyambut hari merdeka ye..
    shark tgk kt tv jer biasanyer sambutan nie:)

    ReplyDelete
  4. x lama lg hari kemerdekaan
    bez tengok perarakan kat tv

    ReplyDelete
  5. thun ni pn merdeka raya juga kn =) sbb berlangsungnya dibulan syawal..

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut kemerdekaan..sy tgk online je la smbutan ni :(

    ReplyDelete
  7. phew..ada logo khas ke.. hak teruk.baru taw

    ReplyDelete
  8. salam merdeka..

    psst... farmasi U mana?

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Err..sambutan ambang merdeka kat putrajaya ya..mcmna org yg duk putrajaya tak tahu ni,huhu..

    ReplyDelete
  10. salam bulan kemerdekaan tina...wah taun ni kena bat kat putrajaya ye~ nasib baik jauh..kalo tak mmg confirm p support~

    ReplyDelete
  11. selamat menyambut hari kemerdekaan teena.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam kemerdekaan.. Jemputlah usha sajak2 patriotik kat sini :) Sajak Patriotik Yang Jarang Didengari

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah dah 56 tahun ye..semoga usia kemerdekaan bertambah tahun demi tahun dengan penuh keharmonian,ketenangan,kebahagiaan ^^

    ReplyDelete
  14. selamat hari kemerdekaan! yeayyy

    ReplyDelete
  15. selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56.. :D

    ReplyDelete