Wednesday 25 September 2013

Farmasi Pengeluaran

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku bertugas di Farmasi Pengeluaran atau pun dikenali sebagai Manufacturing Unit (manufact). Di sini segala jenis cream, ointment, soap, syrup, lotion dan segala jenis ubat cecair akan dihasilkan. Kebersihan amatlah ditiktikberatkan ye. Semua jenis bekas perlulah sterile. Di unit pengeluaran juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu external & internal.

Di bahagian external, segala jenis ubat yang dihasilkan untuk kegunaan di bahagian luar badan sahaja. Kebanyakan ubat jenis ini dikeluarkan bagi merawat masalah penyakit kulit seperti kudis, gatal-gatal, kulit yang sensitif terhadap cahaya matahari.
Bethamethasone cream 1:10
Manakala di bahagian internal pula, ubat yang digunakan secara oral, by nose, by ear akan dihasilkan. Sebelum membuat segala jenis persediaan, kami perlu mengisi kertas kerja yang telah disediakan. Selepas itu, timbang bahan-bahan yang diperlukan dan diteruskan dengan memasukkan bahan-bahan berdasarkan urutan yang betul. Kalau tak ikut step yang betul, berkemungkinan persediaan itu tak akan jadi kerana mungkin bahan itu tak larut dalam larutan yang telah salah dimasukkan.

Ammonium bicarbonate & ipecachuana
Bertugas di unit ini perlu berhadapan dengan segala jenis bahan yang mempunyai pelbagai jenis bau. Bahan yang paling aku tak tahan adalah serbuk ammonium bicarbonate. Kami perlu menimbang sebanyak 4 000 g ammonium bicarbonate. Bau dia memang menusuk ke hidung dan mata walaupun dah pakai face mask. Sampaikan hidung aku berair dan mata macam nak nangis sebab tak tahan dengan bau tu. Yang peliknya, di rumah pun bau tu masih dapat aku hidu dan perkara yang sama juga berlaku kepada rakan aku.

Oilantum soap
Sejak aku ditugaskan di pelbagai unit di farmasi, unit ini adalah yang paling 'leisure' sebab kalau tiada apa-apa persediaan ubat, tiada apa yang perlu kami buat melainkan pre-packing ubat. Semasa kami bertugas di sini, terdapat seramai 12 orang trainee lain bersama kami. Cuba bayangkan di situ dah lah tiada banyak sangat kerja nak dibuat (melainkan ada pesanan), trainee pulak punyalah ramai, memang seronok lah dapat 'main-main' waktu tu.

Biarlah gambar berbicara


BIPP
Apakah jenis jelingan mereka???













Gambar kami yang berempat tu adalah dari UiTM. Selain kami 4 orang, mereka dari kolej lain. Bak kata aku kat diorang, minggu ni kita last kat sini, jadi nikmatilah 'masa lapang' ini sebaiknya. Sebab unit-unit lain pelbagai kerja bakal menanti anda. Maaf, ayat tunggang langgang sebab nak cepat.

I'll miss this moment with them.

42 comments:

  1. Acik ina memang takleh bau ammonia tu...katanya ammonia tu bau kencen kuda...teringat masa kat makmal sekolah dulu mesti rasa nak muntah bila bau tu... busuk sangat kan...adeiiii...takleh dikenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pulak bau kencen kuda. Nak kata busuk tu tak sangat tapi sakit hidung sebab bau dia kuat sangat.

      Delete
  2. ouw..bau ubat, bau spital pon saya tak tahan. hehe.. Best tak jadi pharmacist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, belum jadi pharmacist lagi.i seronok sebab dapat banyak pengalaman baru.

      Delete
  3. eh, ada praktikel bahagian farmasi industri..? bestnya... kami cma praktikel kat hospital dan kedai je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian ni dekat hospital jugak. Kitorang kena attach kat semua jenis unit. Nak kata industri tu macam tak sangat sebab kitorang buat preparation berdasarkan permintaan & bukan dalam kuantiti yang pukal.

      Delete
    2. owh.. kira extemporaneous preparation la nih...

      Delete
  4. wah bestnyer tengok...sbnrnyer zaman skolah dulu teringin gk nk amik farmasi...tp ble pk2 xjd amik..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best.... kalau kerja farmasi memang best walaupun penat. Cuma yang tak seronoknya zaman jadi pelajar farmasi kat univ, jadual padat & hampir setiap minggu ada exam.

      Delete
  5. mekasih share info nih dik... mana nk dpt info2 gini... mencabar jugak yek keje kt unit tuh.... camne bau ammonium bikarbonat tu yek dik... kalu biasa gune soda bikarbonat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu nak describe macam mana. Bau macam tengik kot. Tapi memang menusuk ke hidung.

      Delete
  6. Cptnya masa berlalu...
    Teena pown dh nk abis praktikal
    Btw thx share info nie teena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum habis praktikal lagi, nie cuma baru minggu terakhir di sini, lepas ni attach kat unit2 lain pula. Tahun depan baru habis.

      Delete
  7. Kenapa macam enjoy je kerja ni..? =_= Bukan ke kerja farmasi sepatutnya leceh? K. Mindset terhadap farmasi dah berubah sikit skrg bila tgk smua ni.. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada sesuatu unit jugak. Cuma unit ni kurang leceh sikit. kalau melibatkan patient & doctor tu kena hati2, takut2 tersilap bagi ubat. Basically, best jer kerja farmasi kalau kita enjoy ourselves & niat nak Bantu orang.

      Delete
  8. salam teena...

    pengalaman yg ditimba masa praktical ni utk kegunaan masa bekerja nantikan...?baguslah begitu...besar juga cabarannya ye....bau bauan yg berbagai tu yang akak tak tahan tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, pengalaman ini akan dipraktikkan semasa bekerja nanti. Pasal bau tu nak buat macam mana, tak boleh nak elak kalau kerja farmasi. Kadang2 sy makan suna sudu garfu sebab tangan terkena bahan2 ubat & berbau.

      Delete
  9. assalamualaikum teena..wah..byk pengalamann teena..

    ReplyDelete
  10. wah..agak menabar n menarik..
    baru tahu..rupanya ni la disebalik tabir ye..

    ReplyDelete
  11. beznye
    byk pengalaman sis dpt masa praktikal ni kan

    ReplyDelete
  12. seronoknyer sis...

    ReplyDelete
  13. Emmm....boleh ambik gambar proses buat tu ke TT....
    Seronok jugakkan TT dapat tau semua in general.... Betul tu, nanti dah pindah dept lain dah tak free...gunakan sebaik2 nya masa yg free tu

    ReplyDelete
  14. nampak mcm best je kerja kt lab ni =) tension x??? tp bila ada bau2 pelik tu, rsa mcm xsyok la pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tension sebab takde kerja nak buat. haha, seronok jer kalau kita enjoy buat kerja tu, tak nak layan sangat rasa tension nanti kita jugak yang penat.

      Delete
  15. Kerja di farmasi bukan mudah, ramai yg bergantung kpd ubat yg dihasilkan. Juga kagum dgn ahli Farmasi yg tak tersilap memberi ubat, walaupun tulisan perskrepsi oleh doktor seringkali sukar dibaca....

    ReplyDelete
  16. Kerja dengan bahan kimia ni memang sakit hidung dibuatnya kan.

    ReplyDelete
  17. nampak best buat kerja :) happy je tengok

    ReplyDelete
  18. eheee, nampak haji ahamad!, gembiranya, haji ahmad is the best ppf yang saya penah jumpa, tengok dia prepare segala extemporaneous preparation memang sangat superb, and bau ipecac tu macam bau kapur barus kan??hahaha, selamat berjuang la, ngan BIPP lagi, bau sulfur yang sangt aduhaiii. papepun, manufacturing department is the best ever attachment that i went. heee,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, manufact best sebab time attachment kitorang ada ramai trainee, meriah sangat kat sana, haji ahmad pun kdg2 join ktorang skali. attachment kat sat 5 pun best jugak, staff kat sana semuanya sporting habis. akak skang sambung fisioterapi kan. Good luck kak, all the best :)

      Delete
    2. heee, haah, sambung degree in physio je la, keh3, papepun, good luck untuk praktikal. attachment kat sat 5 seronok sekarang sebab ade kak fiza la kot, dye mcama ceria je kat sana. tapi akk lagi suka fbw!, ada kak huang yang superb n sir tam yang awesome dan kak dayang n kak su yang comel, mungkin diowang da beranak sekarang ni kan?heeee

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Haha.. siap bleh bergambar lg.. bestlah~~

    ReplyDelete
  21. wow satu pengalaman yg seronok bila zaza tgok.. begini caranya dalam menghasilkan ubat-ubatan :) satu ilmu diperoleh..

    ReplyDelete
  22. macam best je.. pengalaman bermakna :)

    ReplyDelete
  23. huiiss.. hidup dok bau ubat saja la teena ye..hehe

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum teena. sheila nak sangat kerja dengan ubat-ubatan. teena amik jurusan apa ye? bestnyaa. korang semua gila-gilalah. hehehehe :)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, .kerja berkenaan ubatan dan kimia..satu pengalaman best...mesti dah banyak tahu dan kenal berkenaan ubat2an kan..

    ReplyDelete
  26. tengok gambar2 yang atas tu macam tengah buat kek pun ada :p

    ReplyDelete
  27. Posting yang keren. Informatif.

    Salam kenal dari negara seberang: Indonesia.

    @idhampm
    http://sketsastra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. wuu,,bestnya..kitorang masih belajar teori2 lagi..dok dalam kelas mcm budak skolah.. huhu

    ReplyDelete
  29. Asalamualaikum.. Tumpang tanya ye.. Ipecac yang digunakan dalam bentuk serbuk ke liquid ek? Agak-agak ipecac tu boleh dibeli ke?

    ReplyDelete