Friday 31 January 2014

31 of 365

Assalamualaikum w.b.t.

Kadang-kadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Masa untuk mengimbau apa yang telah kita lakukan. Biasalah manusia sekali diketuk baru nak beringat, lepastu lupa semula. Tapi tak kan kita nak biarkan diri kita berada di takuk yang lama, tanpa ingin berubah ke takuk yang baru kan.   Kadang-kadang juga kita perlu refleks diri kita & bermuhasabah. Hari-hari asyik citer benda yang (kononnya) seronok-seronok, tiba-tiba rasa macam nak mencurahkan isi hati pulak. 

Hari ini sudah masuk hari ke 31 dalam tahun 2014. Alhamdulillah kita masih diberi nikmat untuk bernafas di muka bumi ini. Baru-baru ini doa aku telah dimakbulkan. Doa yang aku minta sejak aku sekolah lagi. Setelah bertahun-tahun lamanya, pada kali ini (tahun ni) Allah telah memakbulkan doa hambaNya yang hina ini. Ya Allah, aku seinfiniti kesyukuran ku hadratkan kepadaMu.
*sujud syukur*

Percaya dengan ketentuanNya. Ribut taufan, hujan lebat pada hari itu hanya permulaannya, tapi selepas itu kita dapat lihat sang pelangi yang mewarnai langit kita. Seperti juga si ulat beluncas, mula-mula dia tak cantik, sekadar ulat biasa. Tetapi selepas melalui proses kitaran & kehidupannya, akhirnya dia menjadi seekor rama-rama yang cantik. Lebih kurang macam tulah bunyinya, aku tak reti nak buat ayat bombastic fantastik laaa. 

Dan baru-baru ni jugak aku terbaca satu kisah. Kisah daripada seorang yang sangat aku hormatinya. Sama ada nak percaya atau tidak, aku pun tak tahu. Tapi aku masih pegang ayat ini :

"Carilah banyak bekalan kerana bekalan sudah habis"

Aku sendiri masih terfikir-fikir apakah maksud di sebalik ayat ini. Sebenarnya ia lebih kepada pesanan. Pesanan daripada 'seseorang'. Mungkin juga ia sebagai satu peringatan untuk kita mengutip & kumpul amal ibadah kita kerana dunia ini hanyalah sementara. Bila-bila masa jer Dia boleh ambil nyawa kita. Dan, kita nak ke, mati dalam kelekaan? Atau kita nak mati secara husnul khatimah (baik pengakhirannya)? 

Kita (manusia) cepat lupa, cepat lalai. Apa yang aku cerita ni sekadar peringatan untuk diri aku sendiri. Semoga tahun ini lebih baik & bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga hari-hari yang kita lalui lebih memberi manfaat untuk diri & juga untuk orang sekeliling kita :)


P/S - aku sendiri macam tak percaya boleh luahkan rasa hati & keluarkan perkataan pelik-pelik especially ayat kat perenggan 1. I'm just an ordinary person but I try to be extraordinary person in HIS Sight, in sha Allah :D

25 comments:

  1. Betul.
    Bekala qila tak cukup lagi ni :(((
    astaghfirullahal'azim...
    Thanks kak...........

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah..skejap je kan masa belalu... ntah apa la yg dah kita buat. baik ke buruk yg lbihnya.. sama2 mhasabah

    ReplyDelete
  3. Setiap kali bangun tidur perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ialah: "Terima kasih Allah, memberi aku sehari lagi kehidupan.." kerana setiap kali tidur malam kadang2 berfikir mungkin ini tidur terakhir!!.
    Semoga hari ini lebih baik dari semalam, isyaallah.....

    ReplyDelete
  4. Tazkirah. Peringatan. Kerana manusia sering terlupa. Terima kasih untuk peringatan ni Teena ;)

    ReplyDelete
  5. yeah..!
    jom sama2 kite kumpulkan bekalan di dunia ni utk kebahagiaan di akhirat,..=)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah,..masa begitu pantas.. :)

    ReplyDelete
  7. Thanks a lot for reminding ^_^

    ReplyDelete
  8. Terasa sekejap saje masa ni berjalan. Apa-apa pun bekalan amalan kiera masih belum cukup untuk dibawa bersama ... Allahuallam, Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  9. cepatnye masa berlalu, ^__^ thank you for sharing. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. selagi ada masa tu tambahkan lah bekalan :D
    kecuali kalau naik harga :D hehe

    ReplyDelete
  11. Salam. menarik kata2x tu, apapun yg lps kita jdikan pngajaran dlm hdup. InsyaAllah, hidup akn lbih brmkna :)

    ReplyDelete
  12. Masa terlalu pantas berlalu... dah lepas 31 hari dlm tahun 2014... sama2 kita muhasabah diri & perbaiki diri... tq utk peringatan ni :)

    ReplyDelete
  13. selagi msih hdup cari bekalan scukupnya sbb kita akan tempuh kehidupan disana.. tkasih..mengingatkan :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu huda sokong. Alhamdulillah Allah bagi masa untuk kita berubah, untuk kita cari gali apa yang kita tak buat lagi. Thanks for remind me about this, kita sama - sama beringat - ingat. Thanks again =D

    ReplyDelete
  15. Belajar erti hidup....insyaAllah pasti tiada keluhan di bibir....

    ReplyDelete
  16. Thanks for reminding.
    Kita selalu lupa yang kita hidup ini adalah untuk mencari bekalan untuk akhirat nanti. :)

    ReplyDelete
  17. bekalan nina pun tak cukup lg.. masih banyak lg kekurangan dalam diri. peringatan yg baik teena...

    ReplyDelete
  18. Seriously insan biasa biasa ini ada bakat menulis.. All the best.. :)

    ReplyDelete
  19. assalam, satu peringatan yang sangat baik...

    ReplyDelete
  20. Ya. Aku pun macam tu. Semoga kita berjaya. Amin :)

    ReplyDelete
  21. besh baca entry ni..spend hidup ngan cara yg kita hendak,or kita perlukan,choice is yours my dear friend.

    ReplyDelete