Sunday, 12 January 2014

Cara Menjadi Seorang Yang Positif

Assalamualaikum

Aku ni takdelah complicated sangat. Cuma aku harap setiap apa yang aku buat tu kerana Allah, bukan semata-mata mengharapkan pandangan manusia. Niat tu kena betul derr!

Cara-cara Menjadi Seorang Yang Positif

1. Bangun pagi mulakan dengan niat hari ni lebih baik dari semalam. Semoga apa yang kita buat mendapat keredhaanNya.

2. Senyum. Sebab kalau kita senyum, orang akan rasa aura positif kita & akan turut berasa positif. Kalau muka masam jer orang pun takut nak dekat dan kau jadi cepat tua.

3. Ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan. 

Dulu ada satu couple ni mintak aku ajar diorang, subjek kimia kot. Waktu malam si girls tu datang bilik aku untuk belajar sama-sama. Pastu dia cakap sebenarnya dah lama si boy tu nak mintak aku ajar diorang sebab dia rasa aku ni ikhlas nak tolong orang (dulu aku class rap-ketua kelas). Haha boleh pulak puji aku depan awek dia. Semoga mereka disatukan suatu hari nanti.

Ikhlas tu seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam bilik yang sangat gelap. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu ikhlas ke benda yang aku buat ni? Semoga Allah terima setiap amalan yang kita lakukan. Orang lain juga dapat merasa jika kita ikhlas melakukan pekerjaan itu. (Panjang lebar pulak point ni)

4. Redha. Jika sesuatu yang tidak diharapkan berlaku, terima dengan hati yang terbuka. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pandang dari sudut yang positif, abaikan anasir-anasir negatif.

5. Jangan berputus asa. Jika plan A tak jadi, masih ada plan B, C, D...Z. Jadi jangan cepat menyerah kalah. Kegagalan itu adalah semangat untuk kita terus berjaya.

6. Baca cerita-cerita yang dapat memberikan kita motivasi. Atau dengar pengalaman orang yang lebih     makan garam. Melalui cara ini kita dapat lebih mensyukuri nikmat kurniaan Allah, jika kita merasa diri kita sering ditimpa masalah, ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Setiap ujian itu lebih memberikan kita kekuatan untuk meneruskan hidup.

"Teena, aku tengok kau ni macam takde masalah jer"

"Baguslah kau Teena, sentiasa positif, humble, simple"

Dalam kehidupan seharian kita tidak lari dari masalah. Cara kita menghadapi masalah itu yang membezakan kita. Kalau kita meratap nasib malang kita apalah yang kita dapat. Just move on and enjoy your life.


I found that life is a service. And the service is a joy. I found that service is joyful. - Prof Muhaya


 Salam Maulidur Rasul 

31 comments:

  1. wah, cool nya tips2 ni. sgt2 perlu utk saya! :)
    sis, ty cuba buat plak tips kawal marah hehe

    ReplyDelete
  2. satu tips yang penuh semangat!.. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. hidup positif. hidup yg ceria! :)

    ReplyDelete
  4. salam dear. nice blog :-) btw done follow u, follow me back?? http://aliyahsyofia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. kekadang assigment yg terlalu banyaak sampai x terniat bila bangun tido..huhuhu..nice tip teena :)

    ReplyDelete
  6. ee ni jenis org yg agak cepat give up. so i wanna try to tak berputus asa =D

    ReplyDelete
  7. In Shaa Allah.... snagat bguna... msti diamalkan

    ReplyDelete
  8. kalau syuk fikir positif je nanti hasil positif. haha >.< kalau sebaliknya boleh berlaku bencana ~

    ReplyDelete
  9. tips yang bagus.
    sha seorang yg ceria dan positif! =)

    ReplyDelete
  10. Seorang rakan saya pernah berkata: "Masalah aku ialah aku tak pernah ada masalah..."

    ReplyDelete
  11. Bermanfaat sangat ini tips......Boleh dicoba....:)

    ReplyDelete
  12. tq share tips2 ni
    betul
    susah sgt nak positifkan diri.

    ReplyDelete
  13. dan saya perasan kalau kita sentiasa senyum kan cik teena, automatik hari kita akan jadi positif.. =)

    ReplyDelete
  14. share yg bgs nih dik.... mmg betui kadang2 kite sendiri takde mood pg keje... kene cari modd sndiri... cari motivasi sndiri, mcm akak... akak suke pakai baju yg bg akak semangat

    ReplyDelete
  15. jangan lupa senyum selalu..ade masalah pun wat senyum je.
    masalah pun takot nak mai..hehe

    ReplyDelete
  16. setuju dgn tips yang dikongsikan tu. hehe.. kalau pikir positif insyaAllah semua akan jadi baik

    ReplyDelete
  17. Nice sharing
    btw , Salam maulidur rasul ya ^_^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.

    Dan juga..bersyukur. Kena banyak bersyukur. Bangun saja tidur, cakap dengan diri sendiri..Ya Allah aku bersyukur aku masih diberi nafas, diberi sehari lagi untuk perbaiki diri. InsyaAllah, sepanjang hari tu, kita akan cuba buat yg terbaik..

    ReplyDelete
  19. Salam rindu teena...

    Akak suka dgn semua tips tu..semangat akak...yesss...setiap hari akak nak hari akak lebih baik dr semalam,tk mau jd manusia yg tertipu tp kdg2 akak tertipu juga...nak redhopun salah sendiri...ermmmm

    ReplyDelete
  20. Move on je dengan hidup. Tipu lah kalau kata tak pernah down, tapi, sya cuba lihat dari sudut lain. Hehe. Berkesan jugaklah :P

    ReplyDelete
  21. sama sama kita menjadi orang positif , hehehe :P

    ReplyDelete
  22. kalau gagal jugak..ulang point no 5 je lah kan

    ReplyDelete
  23. wah, best dapat naik buaian >_<

    ReplyDelete
  24. terima kasihh bagi tips jadi seseorang yang positive...saya tak nak jadi orang yang suka merungut

    ReplyDelete