Saturday 18 January 2014

I Was Soo Noob!

Assalamualaikum

Hello peeps! Aku merupakan seorang anak desa. Setiap hari aku disajikan dengan masakan-masakan kampung seperti masak asam ikan parang, udang masak lemak cili padi, kari kepala ikan, sambal belacan, sambal goreng ikan bilis yang digoreng rangup-rangup, nasi lemak kangkung dan pelbagai lauk-pauk yang dimasak oleh emakku.

Pergh, intro jer telah membuatkan meleleh air liur aku tau. Tapi tapi tapi, sejak akhir-akhir ni nafsu makan aku telah beralih daripada masakan kampung kepada masakan barat. Nak tahu satu rahsia tak? Sebenarnya pertama kali aku kenal spaghetti masa form 4. T_T. Itupun sebab masa kat asrama ada sorang kawan, mak dia bawak spagheti pada hujung minggu. Dan aku tak reti pun makan guna pisau & garfu, sedih kan. Boleh dikatakan lidah aku ni memang pure lidah kampung lah.

Hari tu seorang member telah mengajak aku makan di 'Windmill'. Chicken chop dia not bad. Harga pun affordable. Sambil makan sambil borak-borak. Rasa seronok bila dapat bercakap sambil menikmati hidangan western ni. Gelojoh giler aku makan, habis hilang sifat-sifat seorang gadis kampung tau. 

Lepas tu aku sibuk ajak famili makan ramai-ramai kat windmill ni. But my mom refuse to go. Katanya mahal. Tapi satu hari tu kitorang makan kat satu restoran ni, mak order chicken chop. Wahh mak, nak juga merasa rupanya. Tak cukup dengan tu siap tambah order, kali ni lamb chop pulak. Akhirnya aku berjaya mempengaruhi keluarga aku untuk makan western food, cuma ayah jer yang tak terpengaruh. 

Ada lagi satu citer, satu famili aku keluar, tinggal aku sorang jer kat rumah. Memandangkan stok spagheti masih ada dalam kabinet di dapur, so aku decide nak masak spagheti lah. Tengah masak, diorang pun balik. Mak cakap macam sedap jer kau masak ni. Bau dia pun sedap jugak. Hehehe, kita buat spagheti tapi sos dia aku masak sweet sour ala-ala kampung. Boleh la makan untuk mengeyangkan perut. Tapi mesti korang tak percaya citer aku sebab takde bukti kan? Disebabkan terlalu sedap aku malas a nak amik gambar. Baik aku nikmati makanan ni. Spagheti hand made la katakan.

Haa, setakat ini makanan macam ni jer yang aku baru kenal. At least bila pergi event yang grand-grand takdela tak kenal langsung. Soo noob kan.

Ini haa si 'Kampung Girl' yang dah tak berapa nak kampung dah. Hahaha

60 comments:

  1. Amboi2... sedapnya... hahahaha.. makanan barat mmg sedap .. tapi bla makan bsama kluarga rasanya lbih sdap makanan kampung...huhu

    ReplyDelete
  2. Both memang sedap! Kadang2 ikut selera ja nak makan yang mana. :D

    ReplyDelete
  3. sesekali makan westerrn food pun sedap juga..

    ReplyDelete
  4. heheheh ayah saya ada member card dekat satu restoran barat. restoran tu serves western food je tapi memang sedap. selalu jugak datang situ

    ReplyDelete
  5. Rindunya auntie Ina kat Teena...abanglong pun suka sangat sebut perkataan NOOB...ibunya ni pun tak faham amende..he he..

    ReplyDelete
  6. Kehkehkeh.... terlampau sedap sampai tak dan nak snap pic ye.... kita percaya2...

    ReplyDelete
  7. Kehkehkeh.... terlampau sedap sampai tak dan nak snap pic ye.... kita percaya2...

    ReplyDelete
  8. western food memang sedap tapi saya tak rajin nak masak sendiri

    ReplyDelete
  9. Makanan kampung tetap di hati tapi Subway tetap tak boleh tinggal. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Anak2 saya memang cekap soal pasal western food, saya pula masih tertinggal, maklumlah generasi yg berasal dari kampung dan masih berbangga dengan tradisi kampung (walaupun dah banyak kali keluar negara), hehehehe....

    ReplyDelete
  11. makanan tu nampak sedap lah teena...

    ReplyDelete
  12. Ooohh.. you betraying the traditional food! xD
    haha just joking, it's okay, cause differents people have different's kind of taste that they like. I also like Arabic and Japanese food more than anything. But of course if it were to be eaten everyday I will be Pokai..
    So once in a while is okay for that, the rest of the time Im just back to a normal Kampung Boy who ate Kangkung and so lol..

    ReplyDelete
  13. saya pun gadis kampung gak dulu...tp skang da jd separa...apapun selera kg mmg da best..apapun western ttp layan je jugak...hihi tamak..

    ReplyDelete
  14. Akak selera apa juga jenis makanan,cuba semuanya,kalau ok,akak telan,kalau tk ok,akak luahkan balik tp setakat ni semuanya telan....hehehe

    ReplyDelete
  15. kalau duduk bandar tak merasa la suasana kampung. hehe

    ReplyDelete
  16. Betul lah apa yang JR katakan tu...bunda ngn anak pun sama jugak...bunda ni kurang sikit yg western ni...anak2 pun dah faham dah...bunda lagi suka pegi makan nasi campur ala2 kampung gitu...lebih suke meratah sayur dan ulam2 dari meratah ayam daging tu...

    ReplyDelete
  17. oklah tu.. dah pandai masak... lps ni x blhlah kata x pandai mknkan.. sbb dah pandai msk spageti hihihihihi

    ReplyDelete
  18. hahahahha... takpe lah dik slow2 pastu msti ok nyer... akka dulu pun masa dh belajar baru kenal mende2 alah western nih... dh keje baru belajar msk sndiri gaya western nih...

    ReplyDelete
  19. keke. kita sama. aisyah kenal spaghetti time form4 jugak. sumpah sedeh n rasa old skul sangat.

    ReplyDelete
  20. hahaha berjaya pengaruhi yang lain2 ye.. saya pun suka makan benda2 macam ni. sekarang ni kalau teringin makanan barat, prefer masak sendiri sebab macam best je. hehe

    ReplyDelete
  21. berjaya menjadi pengaruh tu yg best.. haha. spagetti dgn makaroni paling senang nk masak kalau dok sorang2.

    ReplyDelete
  22. sekali tukar selera ok juga kan...bkn selalu..huhu..

    ReplyDelete
  23. kalo da makan bnda same jemu gak kott.
    kat uma nihh ponn tukar2 selera. kejap makan chicken chop, lamb chop. mcm2 arr.
    cuma ibu ayah tak bape suka spagheti. bila sy nk msk spagheti , ibu says. baek kau masak megi lg sdap. sdeh tol. hahaha

    ReplyDelete
  24. Suka western! Paling suka carbonara ^^
    Nanti teena try oke. Spagetti Carbonara :)

    ReplyDelete
  25. waahh...sedapnyeeeee..lapaar pulak kite.

    ReplyDelete
  26. Lagi best masakkan kampung drpd western. Nasi putih, ikan masin dgn kicap pn dh ckup. Haha :D

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. kurang sikit makanan western ni sis.. tapi kat sini tak banyak pilihan.. tu yg lebh terdedah pd masakan kg...hehe

    ReplyDelete
  29. K nrl pun suka jgk makan western sekali sekala.... tp tetap juga suka masakan kampung... ^__^

    ReplyDelete
  30. Hahahaha. Zaman dah berubah xD

    ReplyDelete
  31. sedapnye chicken chop tu kan, terliur tengok... >,<

    ReplyDelete
  32. eh kampung girl..gadis ayu :)
    jom kita berkawan :D
    feel free to visit my blog dear..
    nice to see u

    ReplyDelete
  33. omg kampung girl sangat :P
    mcm dah bandar je teww hiks.
    uishhhh sedap gila aaaaaaaaa dah lama qila tk mkn western hem.
    Eh kak post la resepi tu :p
    kalau tak, taknak caye hahaha

    ReplyDelete
  34. Salam ziarah dan tengok gambar makanan..... erghhh dugaan.

    ReplyDelete
  35. ahahaha sokay laa teena, ika pun lagi suka makanan kampung daripada western or italian food...memang sukaaaaa makan tapi kadang2 apa pun kita akan balik pada basic right....normal je tu...hhuhuuhuhu tapi ika tak leh makan pedas....selalu kena bahan dengan family and sedara sebab tak makan pedas, bukan orang melaka katanya ahahahha T_T

    ReplyDelete
  36. hihi..zaman dah berubah?.. wah..kalau jatuh hati pada western, jangan lupakan masakan kg tau.. hikhiik.. takpe, tak salah pun kita nak bertukar selera sesekali kan :)

    ReplyDelete
  37. Aku tak suka sangat Spgeti. Ahaaa

    ReplyDelete
  38. wahhh..terbayang-bayang je masakan tu. sedapnya dapat makan

    ReplyDelete
  39. dah lama tak buat spaghetti kat rumah ni...

    ReplyDelete
  40. wah22xxx..meleleh tgk makanan tu...hihihihi

    ReplyDelete
  41. haha..nice story .. anak desa boleh masuk mknn bndr2 ni kire ok la..pandai adapt dgn suasana .. hehe .. sy ok gak nak adapt ..tp sekdr penyedap mulut .. klo mkn utk kenyang .. xjln dgn mknn western ..hehe ..^^

    ReplyDelete
  42. terkecur wehh . haha mukadimah je dah terliur sekali tgok bawah Allah , sedapnya . aggaga . jd lapar pulak :3

    ReplyDelete
  43. teringin chicken chop. tolonglah hantar satu kat sini TT__TT
    hahaha.

    ReplyDelete
  44. wow.. cool... baru2 nih ada makan jugak chicken chop.. minggu lepas rasanya... XDD

    my brother yg buat chicken chop tuh dgn tak cukup bahan, tapi kami yg satu family ramai-ramai 9 org nih dapat gak merasa chicken chop malam tuh.. sedap XDD hehehe

    I love that sauce~ XDD ahaha sedap weyh.. terliur habaq ^__^

    ReplyDelete
  45. There's always first time for every little thing ;) Smile!!

    ReplyDelete
  46. Intro jee dah buat air liur meleleh la, haha. Semua makanan yang disebut semua sedap pula tu, haigoooo ^_^. Waaaa chicken chop arrr, sangat sedap ma, hehhe tapi huda lagi suka fish and chip ^_^

    ReplyDelete
  47. sdpnya...da lpar,tgk mknn sdp2 cm ne tmbh lapar...nk mkn dlu la.hehehehe

    ReplyDelete
  48. beshnya chicken chop..huuuu...abis meleleh air liur tiqi..cntik la baju tina 2..ehem2...nk pnjam blh?

    ReplyDelete
  49. Tiba-tiba lapar chicken chop. Sedapnyaaaaa...

    ReplyDelete
  50. oh my~~ aarghhh lapar la plak..

    ReplyDelete
  51. ermmm, ada makanan sedap2 lah kat sini...

    ReplyDelete
  52. Nampak gambar, tiba2 nak buat chicken chop sendiri :3

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum teena. wahhh sodapnya. takpelah sekali sekala layan western, not bad kan? hehe

    ReplyDelete
  54. Lauk kampung la best. Hehe. Suka juga makanan barat. Memang keluar makan patutlah makan makanan barat. Takkanlah nak makan makanan yang kita reti masak kan?

    Btw, Melaka kat mana ni? Haha sedih belum pernah makan kat Windmill. Teringin juga tapi tak sampai-sampai lagi seru nak pergi.

    -wina11979-

    ReplyDelete
  55. ikut selera jugak kan.. nak makan selera mcm mana :)

    ReplyDelete