Monday 17 February 2014

My Homecoming Gathering

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya aku dah lama nak ajak kawan-kawan datang ke rumah. Makan sambil update cerita masing-masing. Memandangkan sekarang diorang ramai yang tengah cuti sem & diorang ajak jumpa. So, aku cakap buat kat rumah aku jela, boleh stay lama sikit.

Walaupun tak semua yang datang, tapi seronok dapat jumpa. Ni semua classmate aku masa f1-f3 kat SMKDHTK. Dan kelas kami semuanya perempuan sebab kelas aliran agama, kelas-kelas yang lain semua campur laki perempuan. Itu yang terlebih 'bising'. Havoc dia tak payah nak cakap, memang meriah kelas kitorang. 


Bila dah lama tak jumpa inilah jadinya, euphoria terlampau sangat. Disebabkan semua perempuan, kami dah macam satu keluarga. Lebih-lebih lagi masa nak dekat PMR, makan sama-sama, belajar sama-sama, tidur sama-sama, solat sama-sama, pendek kata semua benda kitorang buat secara berjemaahlah. Dan masa f3 tu aku jadi ketua kelas. Bila result PMR keluar, diorang suruh Uztaz Mansor (guru kelas aku) bagitahu aku punya dulu. Ishh... Nama aku orang pertama yang dipanggil, semua menjerit. Aku dapat 9A. Alhamdulillah...

So lepas PMR, semua pindah sekolah lain. Sama jugak aku, dapat tawaran ke KISAS. Then, kitorang dah jarang jumpa. Bila jumpa ni, semua nampak macam dah matured. Dulu, macam kanak-kanak ribena. Hihi. Tapi kemeriahan dia sama macam dulu.

Terima kasih to my mom sebab masakkan mee  kari. Yang lain-lain aku suruh diorang topup makanan sendiri. Ada yang bawak kek, kuih, puding...Dan dapat jugak aku cari bunga ni. Puas kat tempat kerja aku asyik tanya kat mana ada jual bunga nih. Ada tapi kedai tu jauh.  Ada jugak kat area rumah sorang member ni ada kedai bunga betul, tapi dia cakap banyak bunga ros. Dah kalau aku suruh dia belikan ros tu macam pelik pulak. Mana taknya, member aku lelaki, pastu nak bagi aku ros, bawak ke tempat kerja. Haaa, tak pasal-pasal kena gosip pulak.

Semua fokus yang paling kanan sekali. Dia kalau dah mula bercakap, susah nak stop. Tapi kalau dia xde, sunyi pulak. Tak tahu bila lagi dapat kumpul macam ni. Apa-apa pun selamat berjaya ye korang. Nanti kalau nak makan nasi minyak jangan lupa jemput. 


Teena Tna :)



18 comments:

  1. wah seronok nampaknya jumpa kawan kawan ye.. apa pun all the best to all of U....

    ReplyDelete
  2. Aktiviti sebegini perlu diteruskan...sampai lepas kawin dan masing2 ada anak pun perlu sesekali diadakan re-union sebegini...:)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jumpa kawan2.. Strong friendship! :)

    ReplyDelete
  4. bila la nk bleh jmpa kawan2 lama? Raya pun blom tentu leh jmpa smua.. =D

    ReplyDelete
  5. Aaaa bestnyaaa :D hihi semua happy je hihi

    ReplyDelete
  6. Seronoknya! Jumpa kawan ramai2 yang dh lama tak jumpe. Mesti byk kenangan lama diungkap. The important thing is to appreciate the friendship ;)

    ReplyDelete
  7. bestnya. bila dah lama tak jumpa. confirm banyak cite =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom apply kerja kosong sini adik2

      http://jawatan-kosongkerajaanswasta.blogspot.com/

      Delete
  8. wah sonoknya!rndu kawan2 lama,huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom apply kerja kosong sini adik2

      http://jawatan-kosongkerajaanswasta.blogspot.com/

      Delete
  9. Jom apply kerja kosong sini adik2

    http://jawatan-kosongkerajaanswasta.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Reunionnn. Dah lama aku tak buat. Masing masing sibuk skang ni.

    ReplyDelete
  11. Bestkan ade reunion ni...lagi2 wat kat rumah...xde lah segan2 nk cerita2 n lama2 borak...moga silaturahim terus berkekalan...

    ReplyDelete
  12. wah, havoc nye reunion dia...siap dgn bunga2 lagi...semoga terus berkekalan persahabatan tu...and tahniah tuk kptsn pmr..:)

    ReplyDelete
  13. mmg seronok klau dpt kmpul rmai2 ngan kengkawan skola. tpi bila dah masing2 smbung blajar. mmg susa nak jumpa da. blom kerja lgi nnti.

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat jumpa kengkawan TT^TT

    ahaha kelas agama mmg tak cmpur laki puan ke? time sy ade je campur XDD

    kitaorg ada laki tade laki lantaklah... bising tuh mcm nak announce kat satu dunia XDD aahahha

    baguslah nampak kematangan kat situ.. sy even 21 still urmmm... perangai mcm budak2.. still dok main dgn adik yg laki tingkatan dah.. main dragon ball kameha meha.. one pieece gomu-gomu no.. mcm2 lah.. kadang tuh ckp menda yg tak msuk diakal.. ahaha

    best tgok korang rapatkan ukhuwah.. mcm family gathering bkn friends gathering dah nih hehe

    ReplyDelete
  15. skali sekala kalau dapat buat reunion mmg best..

    ReplyDelete