Tuesday 27 May 2014

Apa Khabar Orang Kampung?

Assalamualaikum

Pada suatu hari, seorang budak perempuan yang hanya suka duduk di rumahnya telah keluar untuk bergaul bersama masyarakat. Perkara ini kedengaran agak pelik kerana dia memang jarang keluar padang untuk melihat apa yang terjadi di sekelilingnya. Lebih mengejutkan lagi, sudah hampir bertahun-tahun dia tidak melihat masyarakat di kawasannya.

Pada petang yang penuh bersejarah itu, dia telah membuat keputusan untuk berbasikal mengelilingi satu kampung. Okay, ini hari yang penuh bersejarah! Serius aku cakap, memang dah lama aku tak naik basikal. Dan aku dah lama tak jalan-jalan satu kampung walaupun aku tinggal kat kampung tu. Jadi, gambar pokok pisang haruslah difokuskan untuk membuktikan aku sekarang sedang mengelilingi kampung aku wehh. 

1#Pokok mangga yang buahnya telah melepasi paras pagar. Kalau dulu kecik-kecik nampak jer ada buah kat tepi jalan, confirm aku kebas walaupun tak minta kebenaran tuan tanah. 2#Pokok rambutan yang masih muda & masih hijau. Dah nak masuk musim rambutan ke? 3#Nampak macam semak samun je? Tak. Sebenarnya kat bawah tu ade kolam. Cuba tengok betul-betul ada air kan kan kan? 4#Yang gambar paling besar tu : halaman rumah kitee! Dapat rasa tak suasana kampung di situ?

Gambar langit semasa pukul 6.30 petang. Pokok rambutan. Pokok mati (yang ada ranting jer). Pokok nangka. Lagi tak tahu pokok apa dah. Ya Allah, syukur Alhamdulillah kau campakkan aku di sini sambil di kelilingi tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan sejuk mata memandang. 

*nak buat macam mana, muka aku berjerawat* T_T. Baru 100 meter kayuh basikal aku dah penat. Alahai stamina aku dah kureng. Sejak duduk kat rumah ni, aku dah jarang jogging & exercise. Tak pernah pun. Kalau kat kampus, petang-petang selalu jugak jog satu kampus. Rasa puas dapat melepaskan stress dengan pelajaran yang agak memeningkan. Okay, sambung balik cerita. Dah rasa penat & panas, aku sejukkan badan dengan menikmati aiskrim Cornetto. Tangan kanan pegang aiskrim, tangan kiri pegang cawan. Haa, tak nampak cawan?? Ade tuuu, dia invisible sikit. hikhikhik. 

Aktiviti berbasikal diteruskan dengan melawat empangan di hujung kampung. Sebenarnya harapan aku keluar main basikal adalah untuk TERserempak dengan kawan-kawan sekolah rendah. TER-lah sangat kann. Harom, sorang pun aku tak nampak. Eh, macam TER-nampak sorang classmate, tapi dia tak perasan agaknya. Malu nak tanya pulak, sebab dah rasa malu sikit. hehe. Dulu kat kelas main redah jer tak kisah la laki pompuan. Kat empangan ni biasanya tempat budak-budak bujang melepak. Tapi tadi lengang jer aku tengok. Dah berapa tahun aku tak datang sini, mungkin diorang dah ada kerja kot. Tak pun dah kahwin. Nampak sangat aku dah lama tak ke sini.

Biasanya kalau tengok kat cerita kat tv mesti ada scene diorang berlakon kat sungai kan. Kampung aku pun ada sungai tau. Cuma aku tak pernah mandi kat sini. Err, boleh ke mandi kat empangan eh? Tapi sungai ni dah cetek. Dan dah luas sikit. Dulu kecik jer aku rasa. 

Kiri : Wehh, tak nak lah amik gambar aku! Orang tengah penat ni. Tak larat laaaa. 
Kanan : Okay, dah tak penat, meh amik gambar aku.

Itulah cerita petang tadi. Seorang budak perempuan yang dah lama tak menjenguk kampungnya walaupun dia tinggal di kampung tu. Hmm, harapnya lepas ni dapat jumpa kawan-kawan kampung@kawan sekolah rendah. Dah lama gilerr aku tak jumpa diorang.

Last but not least, terima kasih kepada budak laki ni. Famous kot dia. Asal lalu depan rumah orang, mesti ada budak-budak yang tegur dia, peramah jugak budak-budak kampung aku ni.

'eh, Nabil? Buat apa kat sini?' (sebab dak Abil hanya akan lalu jalan ni bila waktu sekolah je)
'basikal baru eh Nabil?'
'oii Nabil, kau tinggal kat sini ke?' 'tak lah aku saja jalan-jalan sini'



Till then. 
love, TT.



35 comments:

  1. bestnyaaa jalan2 kat kampung, naik basikal plak tuu..huhu

    ReplyDelete
  2. terjawab sudah sape cameraman die. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai tanda terima kasih, haruslah letak gambar dia jugak. Hahaha

      Delete
    2. hehe... harus.. upah eskem tak?

      Delete
    3. Upah laa, takkan nak biar dia tengok kite makan sensorang jer kan. Cian dia

      Delete
  3. Wah syoknya balik kampung, jumpa family. Manfaatkan cuti anda.
    Tiey singgah + klik iklan Nuff Lactacyd awk yg tergoyang kat atas tu. hehehe

    Jemput singgah ke blog kita http://tieysmilez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. seronoknyee naik basikal..dah lame tak naik basikal..huhu

    ReplyDelete
  5. patutlah tpikir gak sape yg amek gambar XDD ahaha Nabil rupenye.. (asheh buat cam kenal lak) ahaha XDD
    samalah, time kat kampus dgn rumah sewa dlu mmg kaki jogging, bila dah unemployed nih tak jogging langsung..
    jgn cakap jogging keluar rumah jenguk jiran tetangga pun dak apatah lagi kenduri kaki liat sangat nak pergi TT^TT
    bukan tak suka kenduri cma tak suka tempat yg ramai org :D

    sedapnya ais krim TT^TT kalau lah ada basikal, dah lama gi kedai beli ais krim :'(
    anyway cantik jari ^__^

    tapi apa benda kat atas jejambat empangan tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat2 cam kenal je eh dak nabil tu. err jari cantik? Ape yg cantik nye, biasa je. Hehe.
      Tak tau ape yg kat atas tu, generator kot.

      Delete
    2. ahaha XDD buat2 kenal dah nih :D
      yups.. nampak jari panjang TT^TT
      jelesnya.. huhuhu..

      owh generator la kot noh XD tak onah pgi tempt cemtu so tatau :'( ahaha

      Delete
  6. Wahhh menariknya suasana kampung, aduh alang-alang dah tema jalan-jalan di kampung, lainkali kena makan aiskrim potong baru betul.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dah mengah kayuh basikal, nak makan yg sedap sikit laa. Tapi lupa nak amik gambar bunga2. Patutla, macam tak colorful jer.

      Delete
  7. Kadang2 bila sesekali balik kampung rasa agak terasing kerana orang2 yg kita kenali sudah tidak ada, mungkin yg masih ada generasi lama yang tidak mengenali kita lag, sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada muka yang saya masih ingat, ada yang dah tak ingat. Sebab dah lama kan. Rasanya saya tergolong dalam kalangan org yg sudah tak kenal generasi lama tu.

      Delete
  8. lama gila x naik basikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Dah la jalan yg saya lalu tu sempit, kalau ada kereta nak lalu, tak stabil basikal tu jadinya.

      Delete
  9. bestnya la dapat balik kampung ,, kita ni tak tahu lah bila dapat balik kampung ,, nama jer cuti sekolah ,, tapi kena buat nota , ada tuisyen ,, argh ,, T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan balik kampung. Ini dah memang duduk kat kampung. Hehe.
      Ala, boleh jer belajar kalau kita pandai bahagikan masa. Masa belajar, kita belajar betul2. Masa main, kita main betul2. Trust me, boleh jer.

      Delete
  10. sekali sekala kluar jalan kat kampung best juga layan..tu empangan apa? utk sawah padi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan untuk sawah, tak tau lah untuk apa. hee

      Delete
  11. beshnya tina g ronda2..nk tumpang beskal 2 leh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best3. jom la tumpang, basikal ni ada tempat carry kat belakang. harap2 tayar tak pancit. hahaha

      Delete
    2. hehe...xpancit,tp tkt whellie je...haha

      Delete
  12. Alahai bestnya teena, syra blik kampung sama je, dari 1st say blik sampai nak blik uni semula, duduk je kat rumah ni ha ! alasan, malas keluaqq. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same laa, kalau keluar pun pergi jalan2 nek keta. Turun keta, masuk rumah. Ni saje nak amik angin kampung sikit.

      Delete
  13. org kampung kat sini baik je..hhuhu
    cuti ek tenna..sama la kiter kat sini,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau orĂ ng kampung baik2 jer. Hehe.

      Delete
  14. oh! geramnya tengok pokok mangga tu!

    ReplyDelete
  15. aaaa comel bebenor peace dia tu, kikiki

    ReplyDelete
  16. jarang-jarang keluar, bila dah dapat keliling kampung tu, best kan rasa dia :)

    ReplyDelete
  17. Salam, wah seronoknya boleh naek beskal pusing kampung...kampung u pun byk tempat menarik..haha kampung i felda..kat johor...takde sungai-sungai, xde sawah or gunung2..pusing2 situ je, budak bujang tak cukup umur duk melepak punnn ramai, maleh nak kuar..duk je lah rumah nenek klw balik kampung..haha

    ReplyDelete
  18. berzaman tak kayuh basikal,, rindunya,,,

    ReplyDelete
  19. Seronok jln2 kt kmpung ni.. Tenang je rasa.. Pastu x sesibuk kt bndar..

    ReplyDelete