Thursday 30 October 2014

Online Shopping Malaysia - ZALORA

Assalamualaikum

Pernah tak rasa macam kita nakkk sangat beli satu barang tu tapi bajet takde? Lebih-lebih lagi macam aku sekarang ni yang bergelar pelajar sepenuh masa. Belajar pulak kat 'puncak'. Pergi balik naik turun tangga-batu-cave. Namun, kerana terpaksa ku relakan jiwa. Eh, tak terpaksa pun, kalau malas boleh jer ponteng kelas pastu sambung tidur kat katil.

Baru sebulan kat sini, kasut dah koyak. Oh mann!! Disebabkan perjalanan setiap hari aku memang menggunakan tangga-batu-cave tu, so nak tak nak kena juga beli kasut baru. Tapi sebab nak jimatkan masa, tenaga & duit, aku prefer online shopping. Sebelum shopping, tengok wallet jap, menangis jap, k boleh sambung shopping  T_T


Setelah puas 'window shopping' aku decide nak shopping kat website Zalora. Sebab kasut dia lawa-lawa & cute! Dan paling penting harga dia sangat berpatutan. Meh sini Kak Teena nak share sikit macam mana nak shopping kat Zalora ni.


Pilih 'shop women'. Then ko shopping lah apa yang ko nak beli. Kalau macam aku memang fokus nak beli kasut, so direct to the point terus ke bahagian shoes: sneakers.


Setelah puas mencuci mata, aku pilih kasut yang kat bawah ni. Tadaaa!!! Then pilih saiz, warna, apa semua tu dan klik ADD TO BAG.


Tiba-tiba aku rasa macam tak syok lah pulak beli satu barang jer. Haha, well biasalah orang perempuan kalau bershopping macam inilah gayanya. Lain yang dicari, lain yang dibelinya. Jadi aku tambah lagi satu item: tote bag. Bolehlah isi assignment atau bawak ke kelas kan…


Okay cukup kot shopping 2 benda hari ni. Esok-esok shopping benda lain lagi, heee… Kalau rasa taknak tambah item lagi, klik SECURE CHECKOUT.


Kemudian pilih payment method dan klik ORDER NOWSebelum itu, pastikan nama dan alamat anda betul. Kang dah penat-penat pilih, barang tak sampai rumah, nangess aku... 



Dan akhir sekali jangan lupa CHECKOUT. Kemudian ko duduk kat depan pintu rumah tunggu barang zalora ni sampai. Yeah!! Tak sabar nak pakai kasut baru ke kelas!




Selamat membeli-belah di Zalora!!!

13 comments:

  1. Assalamualaikum teena, akak pun suka beli online kat zalora dan lazada. best sebab barang cepat sampai ~~~

    ReplyDelete
  2. sya kasot xbrani beli online sbb kaki besaaaa. haha

    ReplyDelete
  3. nile.my pun selalu buat kita terpaksa merelakan duit melayang sebab barang dia gila murah + cantik T_T

    ReplyDelete
  4. Jarang shopping online ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. Mudah kan. Bakal shopping kat zalora :)

    ReplyDelete
  6. Dulu pernah dapat free voucher tp masa nak shopping tu ada problem sikit , so terus jer cancel sudahnya.Diaorang kata service dia bagus....

    ReplyDelete
  7. lya pernah 2 x shopim kat zalora.
    alhamdulillah puas hati dgn servis & brg y smpai pon cantik

    ReplyDelete
  8. belum pernah lagi shopping di zalora ni..

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee saya shopping online Apple saja.

    ReplyDelete
  10. tambah kalau ada promosi..rasa macam nak beli semua je!

    P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez

    ReplyDelete
  11. Lawanya kasut tu.. Btw kawan2 ina pun pernah beli kat zalora ni.. Diyorang kata service dia memang best ^^

    ReplyDelete