Tuesday 18 November 2014

Ignorance

Assalamualaikum

Haa ni aku baru balik dari  Kedah. Malam tadi naik bas pukul 12 malam dari Sungai Petani, sampai kampus pukul 6 pagi. Pukul 8.30 ada kelas. Rasa macam cool gila sebab dapat bermalam dalam bas, bertemankan bulan dan bintang, duduk seat belakang sekali pulak. Walaupun gegaran berada di tahap maksima, tapi aku tetap boleh lelap. Cool kan? Tolonglah kata cool, kalau tak nanti ittew malu sebab syok sendiri. Hihihi. 

So dalam kelas tadi memang aku mengantuk + pening kepala sebab tak cukup tidur. Nak ponteng, hari jumaat aritu dah ponteng (first time i ponteng kelas untuk sem ni ). Nak tak nak aku kena pilih antara dua hari untuk ponteng: Jumaat atau Isnin. Ish sangat tak seronok nak buat keputusan ponteng-memonteng nih. So, khamis tu lepas lab buat ubat aku terus siap-siap nak ke klang sentral. Esoknya (Jumaat) member aku bagitau kelas pagi tu batal. Yeahhhh...tak sia-sia keputusan aku nak ponteng kelas. HAHAHAH!

Sebenarnya dalam masa 3 minggu lagi aku akan konvo. Tapi ada benda yang tak settle lagi di universiti di Penang masa study zaman diploma dulu. Aku tak buat clearance lagi wehhh. Kawan-kawan aku macam 'kau tertinggal kereta api bilaa ni??? orang dah lama siap buat clearance sume, dah 4-5 bulan dulu dahhh'. Huh. Mana train tu nak tunggu aku kalau aku buat 'dekk' jer. Sebabnya lepas habis praktikal masa diploma aku jadi sangat ignorance.

My old campus: UiTM Pulau Pinang

Semua media sosial aku malas nak aktif, dari FB, Instagram, SMS, direct call, sume aku malas nak layan KECUALI blog ini. Wahai blog, silalah bersyukur kerana aku masih ingat kat kau, walaupun sekarang kita dah semakin renggang. 

Kadang-kadang aku rasa malas nak hidup dengan dunia luar. Lagi best hidup sorang-sorang, orang tak kacau kau, kau tak kacau orang. No, bukan aku maksudkan anti-sosial, tapi peninglah nak fikir hal orang, hal sendiri pun tak terurus. Namun apalah ertinya hidup ini kalau tak membawa manfaat kepada insan lain. Baik duduk kat hutan kalau macam tu ye tak. Jangan risau, di alam realiti aku tetap bersosial dengan masyarakat cuma alam siber jer kureng sikit.

Masalahnya bila aku tak bukak FB, aku terlepas due date nak submit borang sume. Pastu bukak jer FB kawan post gambar dah siap buat clearance. Aku pulak rasa woi kenapa tak hajak aku? Dah kau hidup kat dunia sendiri mana nak tau, padan muka! Tapi tapi tapi nasib baik Cik Sal tolong aku. Dialah yang drive untuk aku pergi balik ke Bertam-PermatangPauh-Bertam. Dialah yang tumpangkan aku bermalam kat rumah dia. Terima kasih sangat SAL. At least dapatlah aku jalan-jalan kat kedah. Hee. Semoga Allah permudahkan juga urusan kau SAL=)

Sal juga telah bawa aku melawat Paya Bakau Sungai Semeling. Seumur hidup ni first time kot aku tengok paya bakau.


So moral of the story, hidup ni kita perlulah peka dengan berita semasa. Tak boleh nak hidup dengan dunia sendiri jer, at least kewujudan kita di muka bumi memberi manfaat kepada orang lain. Selagi kita mampu bantu mereka, kita bantu. Tak banyak, sikit pun jadilah. DANNN jangan ponteng kelas. TROLOLOL.

 Ingat pesan akak tau, jangan ponteng kelas lagi ye...!!


"Jika kita memudahkan urusan orang lain, insya Allah, Allah akan memudahkan urusan kita"


 Tak sabarnye nak konvo!

19 comments:

  1. Wah, dah nak konvo dah akak. Saya lagi 3 sem baru habis study dekat Uitmpp neh. :D

    ReplyDelete
  2. Salam Teena. Maaf lama tak jenguk blog. dan macam biasa, bila dah tinggal kan semua social media, macam tak wujud je di alam blogger untuk beberapa bulan.

    Naik bus 6 jam? lama sangat tak naik macam tu. Ingat dlu waktu naik bus dari kuala perlis hingga ke kl setiap cuti skola. But it was fun! :D

    Baik, tak ponteng kelas. hehe.

    ReplyDelete
  3. alahai sian ko dik.... itulah lenkali jgn menyendiri sgt dik oi..... tkt ada yg terlepas di zmn it gini... sbb kadnag2 surat pun depa mls nk antar sume pakai tulis kt fb je hehehhe...

    apa pun sesekali ponteng kelas apa slhnyer hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh. dah nak konvo. best best :)

    ReplyDelete
  5. Saya dulu tiap2 minggu naik bas, hari Ahad naik bas dari rumah saya di Alor Setar, pagi Isnin sampai di Puduraya kerana kerja di KL. Setahun ada 52 minggu, 52 kalilah saya naik bas selama setahun. Sekarang bila dah lama tak naik bas rasa rindu pula nak bermalam atas bas seperti dulu-dulu.....

    ReplyDelete
  6. tapi bila dah terjebak sgt dengan media sosial ni takut malas belajar pulak... asyik berIG dan berFB jek :-)

    ReplyDelete
  7. nak konvo dah? :D

    fuyoohh.. UiTM dia ada banyak tangga maaa.. :)

    ReplyDelete
  8. sy pun penah fikir benda yg sama, hidup sorg2 lagi best, kita tak susahkan orang, orang tak susahkan kita. :) tapi bile fikir punya fikir, rasa macam tak patut buat macam tu. sbb Allah dah jadikan manusia ni pelbagai ragam dan antara sebabnya utk melengkapi each other :D kena hidup bermasyarakat selalu. sy pun baru belajar berjinak dgn masyarakat

    ReplyDelete
  9. mesti rindu kt kampus lama kan..xpe la kt tempat baru dpt kwn n pengalaman baru kan...slmt berkonvo tina

    ReplyDelete
  10. wawawahhh. nak konvo dah. syiokklahhh. selamat bergraduasi. hehe.

    ReplyDelete
  11. wa'alaikum salam... wah dah na konvo, lama tak singgah mari, salam sihat selalu

    ReplyDelete
  12. http://madey09.blogspot.com/ asalam kenalkan blog Etuza follow blog anda ya..terbaik entry

    ReplyDelete
  13. entri konvo x keluar lagi ke..? hehehe.. kat fb bergambar sakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah akan menyusul nanti, saje nak kasi suspen sikit. hahah....tunggu yee

      Delete
  14. hihi, kadang-kadang bila alone kite ase nak sgt bersendirian, bebas dri masalah, tapi tu yg kdg2 buat kita jadi mcm katak bawah tempurung.. huhu, pernah merasa gakla.

    ReplyDelete