Thursday 11 December 2014

Penang Part I : Street Art, Georgetown

Assalamualaikum 

Hai chuolls!!! How are you, girls and guys?? Are you feeling well? Hmm, i think i'm the one who are not feeling well. Life has been soo busy and hectic for the past few weeks.

Tapi tapi tapi minggu lepas aku telah pergi ke Penang!!! Tempat di mana aku pernah menuntut ilmu suatu ketika dahulu *flash-back-mode-onn* Ahhh, rindu sangat Penang sebab kat sana banyak tempat best-best dan banyak makanan yang sedap-sedap yang membuatkan kau rasa- setiap kali habis exam harus pergi makan terutama char koew teow untuk menghilangkan stress sebab tak dapat jawab exam yang susah giler tuh, haa ang tau dak? Lebih kurang macam tu lah perasaan dia...

Masih ingat lagi entry ignorance aku? Aku pun pelik macam mana aku boleh tak tahu kewujudan Art Street kat Georgetown ni. Selama 2 tahun belajar kat Penang, langsung tak pernah dengar nama tempat ni. Dah habis belajar, tiba-tiba ramai pulak orang cerita pasal Art Street Wall. So, sekarang dah ada di Penang, kita haruslah turun melawat kawasan kannn.

Baik adik-beradik aku semua kaki jalan, ade lah geng nak layan tempat-tempat macam ni :P

Bagi aku tempat ni lebih kurang macam Jonker Walk, Melaka. Kawasan orang Cina. Agak meriah. Ada jual barang antik & cenderahati di sepanjang jalan. Dan jika anda seorang blogger anda harus bawa kamera dan abadikan kenangan tersebut di blog anda, seperti saya. ihiks =)

I'm not sure if it is for sell or to protect themselves from sunlight, heee.

Sebab kerusi dia unik sangat.

Tak perlu nak beli alat muzik yang mahal-mahal. Cukuplah sekadar tin milo, periuk belanga, raket tennis. Itu pun sudah memadai. Ingat, kita harus berjimat-cermat & tidak boleh membazir. lol.


Perasan tak, sebenarnya dinding ni semua biasa-biasa jer (buruk sebenarnya). Tapi lukisan di sebalik dinding yang membuatkan dia 'hidup'. Nampak macam real. Cewah, komen macam aku orang seni pulak. Tabiklah kat Ernest Zacharevic sebab telah berjaya menghidupkan dinding ini dengan hasil lukisannya.

Sebelum...

Selepas :)

Hai apekk, lu nak bawa wa ke mana ni??

 Ernest Zacharevic, are you drawing this? err i dont think so, but let us welfie first.

Abil dan kawan-kawannya. 

It's a kedai kopi and i found that their entrance is soo classic.

Rocket? ok no comment.

Tepi longkang berlubang-lubang pun lukisan ni nampak cantik. And of course that girl is cantik too. (harus puji sebab nanti takut dia terbaca blog ni, hehe)


Yeah, akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki di sini. For the first time. Mungkin lagi sekali sampai sini 10 tahun akan datang? Mungkin masa tu datang dengan anak-anak sekali? hahaha okbai semua. Nantikan episod akan datang di entri seterusnya.

16 comments:

  1. cantik betul art street kt penang, yg kt shah alam pun akak tak penah sampai dik oi....
    walaupun nmpak dh lama tp ttp nmpak cantik

    langsir tu bt dr kain perca, teringat masa kecik2 dulu... mak akak bt cadar dr kain perca gitu, klasik tau...

    ReplyDelete
  2. untie sweetie pun baru je pergi Art Street ni bulan lepas. Menarik kan. Teena pergi tak Bukit Bendera dan makan mee goreng singapura kat food courtnya, airbatu campur dan cendol, sedap dan tempatnya pun bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip kali ni saya tak pergi bukit bendera sebab dah pernah pergi sana dulu. hmm tak tahu pulak sana ada tempat makan sedap2...

      Delete
  3. kat penang ni banyak jugak tempat best2 kan,hehe...
    saya orang penang :DD hehe

    ReplyDelete
  4. Menarik sekali lokasi ni... Next time, memang kena pergi nih!

    ReplyDelete
  5. teringin nak pegi sini, tapi.... jauh betul dri rumah T_T bilalah boleh pegi penang ni, rindu pasembor..

    ReplyDelete
  6. pernah tengok video proses Ernest tu buat art tu semua. memang kagum dgn bakat dia. :) rasanya kat ipoh pun ada art macam ni jugak, nanti gi la jalan2 situ pulak ea :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  7. banyak lagi tempat kat Penang yang tak pernag pergi.. yg asyik pergi Bukit Bendera je TT^TT

    nanti kena travel dgn kengkawan.. boleh gi semua tempat.. mwahahhaa XDD

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum. Dh lma nk prgi tmpt mcm ni ! Msti best !! --

    ReplyDelete
  9. tak pernah tahu pun tempat ni wujud. tempat ni macam Laman Seni kat Shah Alam tu ,, entah bila la boleh sampai ke Penang lagi ,,, last pi 2011, tu pun pi Batu Ferringhi jer ,,T.T

    ReplyDelete
  10. Wahh rmai da pg ni... Sy xsmpt nk pg

    ReplyDelete
  11. Eah..best2 entry ni..horay....minggu depan nk g penang..mesti kena singgah juga nj lah ek...

    ReplyDelete
  12. Wah, besstttnye tengok gambar2 tue.. macam best je bila snap gambar. haaa, boleh masuk dalam list tempat yang patut dikunjungi ni :D

    ReplyDelete
  13. Akak org Penang pon x sampai lg kt art2 tu...hihihi...wt malu jek :p

    ReplyDelete
  14. Bestnye gi sane. Tak pernah sampai penang. Tapikan yg drum tu macam drum ana ngan kengkawan asrama dulu pernah buat. Pakai bahan buangan je. Banyak pakai baldi ngan tong cat. Bunyi dia lebih sedap.

    ReplyDelete