Tuesday 29 November 2016

Bukit Tabur, Taman Melawati Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Sebenarnya aku ada banyak cerita menarik nak share dengan korang; my loyal blog reader. Eh ada blog reader lagi ke? Sekarang ni hidup aku ibarat apa-nak-jadi-jadilah-aku-tak-kisah-dah! Sebab dah terlalu sibuk. Waktu weekend je aku ada masa sikit. Jadi masa yang sangat sedikit itu perlulah dimanfaatkan dengan sepenuhnnya. 


Okay, kita start dengan weekend yang aku pergi ke BUKIT TABUR! 

Miza yang paling semangat nak pergi. Dia ajak aku & kawan-kawan lain. Gigih ok kitorang buat permit sebelum nak naik Bukit Tabur ni. Ada kawan kitorang cakap, tak buat permit pun takpe. Tapi sebagai langkah keselamatan, kitorang merajinkan diri, buat jer permit tu. 

Yang paling kelakar, kitorang pergi 8 orang. Konvoi 2 kereta dari kampus. Bila kitorang tersesat, call kawan kat kereta depan, kawan tu cakap dia ada kat bilik kat kolej. Buat lawak ok! Habistu yang kat dalam kereta tu ada siapa? Ok rupanya dia tak ikut. Cisss! So dah jadi 7 orang lah kan.

Belakang dari kiri: Azam, Arep, Miza, Nad
Depan dari kiri: Aziim, Tina Comel (lol), Yana
Selekeh nya muka aku! Inilah geng yang sama-sama naik ke Bukit Tabur. Kitorang naik agak lambat sebab tersesat. Kena lalu kat construction site untuk sampai ke sana. Itupun kitorang banyak tanya orang kat tepi jalan, baru dapat sampai. Bukit Tabur ni dekat dengan Zoo Negara. Kalau korang dah nampak Zoo Negara, maksudnya dah dekat lah tu. Kalau tak jumpa tempatnya di mana, jangan malu untuk bertanya orang kat sana.

Dekat kawasan dusun. Sukaaaa gilaaaa hijau diaaa!
Nak sampai ke betul-betul kaki bukit, agak dalam sedikit. Macam aku cakap mula-mula kena jalan kaki kat laluan berbatu kat construction site, pastu masuk hutan sikit, pastu kena jalan kaki lagi macam laluan dalam dusun, pastu baru naik bukit dia. Masa dekat dusun ni ada berlaku sedikit drama. Miza cakap kat kitorang dia tak naik, dia suruh kitorang naik jer. Sebab dia tak larat dan tak nak susahkan kitorang kat atas nanti. Drama kan Miza ni? haha. Walaupun aku dah pujuk dia suruh naik jugak, dia tetap taknak. So dari 8 orang ke 7 orang, sekarang 6 orang pulak. 

Semasa sesi memujuk Miza
Kitorang pun meneruskan perjalanan mendaki bukit. Awalnya, bukit dia rata jer. Tapi makin ke dalam, makin banyak kena panjat laluan yang berbatu. Tiba-tiba, kaki Arep pulak cramp. Kitorang berhenti sekejap. Arep pulak cakap dia pun tak nak naik. Tak tahu lah dia nak temankan Miza ke apa, tapi last-last tinggal lah kami berlima je. Hahaha drama tau semua orang. Jadi kitorang 5 orang meneruskan perjalanan bersama =)

Bukit Tabur ada banyak puncak. Mulanya, kitorang nak naik Tabur extreme. Tapi disebabkan sampai lambat, kitorang naik puncak 'Far-East' je. Sedih sikitlah sebab laluan 'Far-East' ni pendek je, dalam 45 minit. Aku tak puas naik huaaa. Baru tengah seronok panjat kat batu-batu tu, tahu-tahu dah sampai puncak dah.

 Tengah tunggu turn nak panjat batu. Macam ni lah rupa salah satu batu-batu yang kitorang panjat ni.

Kepit apetu Teena? Hahaha

5 of us! Dah sampai puncak yayyy! Tapi rasa sekejap jer hmmm...


Background: Klang Gate



Depan tu peak untuk 'Tabur Extrem' kalau tak silap aku.

Love the GREENISH !!!

Hehehehee

Lepas turun Bukit Tabur, kitorang mandi sekejap kat airt terjun belakang Zoo Negara.

Sebelum balik, kita makannn duluuu!



Okay, lepas balik tu sambung buat assignment & lab report. Walaupun naik sekejap jer, rasa seronok. Sejuk mata memandang dapat tengok kehijauan alam. Jauh dari kesibukan & assignment. Tunggu next cerita dari aku ok!


Love, 
Teena Tna :)

5 comments:

  1. rajin Tna panjat bukit... kalu akak tak sampai kaki bukit dh semput agaknya.... huhuhu

    bila dh bizi study mmg blog terabai kejap, takpe kami2 yg dh keje ni paham betapa bizi nya jaman belajar dulu...

    ReplyDelete
  2. Memang cantik2 semua pemandangan, terutama yang kawasan dusun tu, menghijau, sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  3. bestnyer buat xtvt mcm ni...
    oklah tu ada geng, mmg seronoklah...
    view pon cantik giler

    ReplyDelete