Friday 5 July 2013

Jom berfikiran positif !

Assalamualaikum...

"Life is a boomerang. In order for us to be happy, we have to make others happy. What we want for ourselves, we give to others first. In other word, what we give is what we get, and we cannot give what we do not have."


  • To be successful, we have to make others successful.
  • To be happy, we make others happy.
  • To be healthy, we make others healthy.

Ini adalah sebahagian daripada kata-kata Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Setiap kali mendengar ceramah beliau, sama ada di kaca televisyen mahupun di radio, saya rasa seperti baru sahaja mendapat 'cas positif'. Kadang-kadang apabila tiada mood nak belajar atau rasa 'down', saya suka mendengar kata-kata beliau yang bagi saya amat positif dan mengingatkan kembali tujuan asal kenapa kita berada di sini (di dunia).

Dulu semasa dalam perjalanan pulang ke kampus yang mengambil masa lebih kurang 7 jam, saya suka mendengar ceramah beliau yang telah saya 'download' dalam versi mp3. Jadi, perjalanan saya terisi dengan input2 yang sangat bermanfaat serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Kalau dah boring baca buku@tidak boleh fokus, saya akan ambil mp3 dan mendengar ceramah beliau sebagai suntikan semangat & makanan rohani.

Dalam kehidupan seharian, kita bukan sahaja hanya menerima, tetapi kita perlulah terlebih dahulu memberi. Di sini saya nak mengajak pembaca-pembaca agar sentiasa berfikiran positif serta tahu apakah tujuan hidup kita. Kadang-kadang saya sendiri pun 'tersasar' daripada jalan Nya, tapi tak salah untuk kita saling mengingati sesama manusia dan lebih-lebih lagi sesama Muslim. 

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahawa Nabi S.A.W. bersabda,
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” 
(HR. Bukhari)


Let's be positive !


44 comments:

  1. akak pun suka dr muhaya. lembut ajer gaya bahasanya. mcm mak2 nasihat anak2 :)

    ReplyDelete
  2. Yup...pengisian jiwa kita dengan Al Quran...zikir...dan juga majlis majlis ilmu...termasuk ceramah2 motivasi adalah perlu...perlu selalu di buat....Kalau tidak hati kita mudah lalai...

    Selamat Menyambut Ramadan...:)

    ReplyDelete
  3. berfikiran positif dan bersangka baik sangat penting.. contohnya jika kita mengidap satu penyakit bahaya, hari-hari fikir nak mati je mesti rasa sedih dan kecewa.. tapi jika selalu fikir bahawa penyakit itu adalah ujian Allah dan ada manusia yang lebih bernasib malang berbanding kita, insya-Allah hati akan rasa tenang dan berlapang dada menghadapinya.. kita adalah apa yang kita fikirkan..

    ReplyDelete
  4. persekitaran pun mainkan peranan jugak..lebih negatif dari positif..hm..naya

    ReplyDelete
  5. Ya..kita perlu positif dalam setiap perkara. Hanya dengan yakin pada Allah dapat kita meneriama sesuatu perkara itu adalah qada dan qadar yg pastinya ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. ya kita kena terlebih dahulu memberi. bila dah beri jgnlah mengharapkan akan menerima dari org yang sama.

    Sebab Allah akan memberi kepada kita in Many ways.

    ReplyDelete
  7. jom sama sama kita positif

    ReplyDelete
  8. cik akak pon mahu ambil cas p[ositif juga..hahaha...
    mulakan hari dengan senyuman....lafazkan bibir dengan bismillah....nyanyikan hati dengan zikirnya...insyaAllah pasti akan tenang...:)

    ReplyDelete
  9. jommmm
    senang je kan
    kuasa minda, kuasa fikiran

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum teena. bagusnya siap download masuk mp3. akak pun suka dengar ceramah sebab lepas tu mesti rasa positif tentang hidup :)

    ReplyDelete
  11. bila selalu berada di golongan org2 positif...
    insya Allah cas2 itu berjangkit kat kita...
    try to avoid org2 yg suka sangat berfikiran negatif....

    ReplyDelete
  12. susah nak berfikiran possitif. tapi serius..kalauu kita selalu positif perkara2 yg kita harap menjadi betui2 menjadi. ahaaa..

    ReplyDelete
  13. salam...memang selalu berfikiran positif tp kdg2 tersasar juga sbb sudah nyata yg keadaan tu ngak bisa jd positif biar apa jua usaha dilakukan...sabor aje la..

    ReplyDelete
  14. tak minat dengar ceramah motivasi.. dah byk sgt kali terkena dengan ckp pakar motivasi yg ckp tak serupa bikin..

    ReplyDelete
  15. Prof. Muhaya...semua ayat² beliau mmg positif..suka dengar..:)

    ReplyDelete
  16. prof Muhaya mmg best ceramah dia..slalu bt org jd positif =) seorg prof dan doktor pakar yg dikagumi..

    ReplyDelete
  17. Menarik ni... huhuh. Lagi satu... aku belajar. Bersyukur itu perlu sebelum mampu memberi.. :)

    ReplyDelete
  18. Sama la kita. hehe.. sy suka dgr ceramah2 motivasi ni... walaupun kadang-kadang benda tu kita dah tahu dah.. tp boleh dijadikan peringatan

    ReplyDelete
  19. Setuju! Inilah yang oran kata, what u give u get back! Kalau nak orang buat baik dgn kita, kita kenalah buat baik dgn org dulu.. =)

    ReplyDelete
  20. mmg perlu positif, especially towards the real truth...follow u too

    ReplyDelete
  21. betul tu bila kita fikir +ve pada yang sama kita menarik aura yang fikir same dengan kita, jom baiki pemikiran kita

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum teena :)

    ayie pun suka dengar input2 dari prof muhaya kat tv dan radio...

    dulu ayie rajin dengar cakap prof dlm rancangan ulangan sebelah awal pagi kat IKIM :)

    ReplyDelete
  23. ha mmg tgh dgr ceramah Prof. Dr. Muhaya Mohamad dkt ikim fm ni.. http://tulisanfadz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. Always be positive.sangat bagus kan rasenye=)

    ReplyDelete
  25. ceramah ustaz agymm pun best gak

    ReplyDelete
  26. be +ve utk bergerak maku di masa hadapan... ehheh xD

    ReplyDelete
  27. One thing i luv about prof, she is so humble. Menyerap jiwa bila dgr beliau berkata kata.

    ReplyDelete
  28. kat mana nak download ya? =)

    ReplyDelete
  29. zara mmng suka dngar motivasi beliau..satu motivasi yg mendalam..salam ukwah akak
    zara follow blog akak..jemputla ke blog zara nanti ye..tme kcih..:)http://sekuntumbungazara.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. Sy pn suka dgr, sgt positif kalo tgk Dr kasi ceramah... Aura tu dpt..hihi

    ReplyDelete
  31. Dr muhaya ni mmg byk kata-kata positif yer..suke gak dgr dia bg motivasi

    ReplyDelete
  32. sentiasa pikir positif
    suka dgr dr ni bg ceramah motivasi..suntikan vitamin gitu

    ReplyDelete
  33. Kalau zaman belajar dikolej dinding bilik penuh dengan kata-kata motivasi. Saya pastikan ia mudah dilihat dari bangun tidur hingga keluar rumah.

    ReplyDelete
  34. Prof Dr Muhaya sudah terbit dengan buku terbaharunya. Bolehlah dapatkannya nanti.

    ReplyDelete
  35. Betul tu Teena, kata kata dia sgt positif dan cukup menyuntik semangat kita yg dgrkan

    ReplyDelete
  36. Teena;
    Mmg laa kena positif...tp kalo bab panggil achik ni aunty...takmo laa. Bkn byk cekadak tp tak biasa laa..hehe. Walaupun maksudnya sama tp sbb achik ni orang Melayu, pastu bkn pandai pun sembang2 dlm BI...segan ler pulak digelar aunty, hehe. Panggil achik @ makchik alona jer laa, ngee. Takpe, nampak tua bila digelar makcik pun orait jer. Mmg dh tua pun...38 tahun dh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi tu, mak Teena 44 dah, kalau mcm tu kita panggil Achik jer ea.

      Delete
  37. self motivate..baca blog2 yg berjaya jgk dapat naikkan semangat..selain tengok orang muda yang berjaya dalam pelbagai bidang...:D

    ReplyDelete
  38. Arol pun suka dengar ceramah Prof. Dr. Muhaya. Memang rasa bersemangat lepas dengar ceramah dia. Paling suka ayat dia, "utamakan pandangan Allah atau pandangan manusia?". :)

    ReplyDelete
  39. betul...hidup kena sentiasa positif....... baru temang dan jiwa tak galau......

    ReplyDelete
  40. suka tengok baju-baju tu smeua. cantik :)

    ReplyDelete
  41. Salam.

    Bagus juga idea download tu. Nak buat jugalah pasang dalam kereta.

    Terlewat singgah.
    Singgah Sahur Salam Ukhuwah Oh blogger Malaysia

    http://vitaminohvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete