Friday 26 July 2013

Senior untuk Junior Siri 2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 19/7 & 20/7 yang lepas, kami telah selamat menjayakan program yang diberi nama "Senior untuk Junior". Program ini telah diadakan di sekolah lama saya (f1-f3) di SMK Dato' Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka. Seramai 120 peserta iaitu semua pelajar asrama sekolah ini telah join program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dan yang paling seronok semua fasilitator adalah bekas pelajar sekolah ini. Itu yang menjadikan diri ini lebih bersemangat untuk berbakti kepada agama, bangsa & negara & para junior.  

Selepas solat terawih, program diteruskan dengan slot "Rasulullah Habibullah". Tapi saya sampai lewat sikit, masa mula-mula masuk, keadaan gelap gelita, yang dengar hanyalah video2 yang penuh menusuk kalbu tentang Rasulullah & qasidah memuji Baginda. Terbit rasa rindu yang teramat sangat dan berharap semoga dapat bertemu Baginda di akhirat kelak. Sesekali terdengar suara orang menangis @ sedu sedan. Mudah-mudahan adik-adik juniorku mendapat input daripada video yang ditayangkan itu.


Selepas itu, para pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan teka silang kata. Terima kasih diucapkan kepada Cik Ezzati kerana berjaya menyediakan soalan & jawapan untuk kuiz ini. Nampak serius jer kakak-kakak fasilitator sedang berbincang, nak pilih yang terbaik lah kan.


Para peserta juga diberi sedikit pengisian dan cadangan bagi penambahbaikan kemudahan di asrama. Pada masa ini kotak memoriku 'blank', tak ingat langsung kenangan-kenangan saya di asrama sekolah ni dulu. Mungkin sudah beberapa tahun meninggalkan kehidupan di sini. Tapi atas bantuan rakan2 dengan cerita-cerita kelakar kitorang dulu, dapat juga saya 'fill in the blank' kotak memori saya. Serius seronok dapat jadi penghuni asrama terutamanya semasa kami di tingkatan 3, semua berlumba-lumba nak belajar sungguh-sungguh, nak menghadapi PMR lah katakan. Terasa kuatnya ukhuwah antara kita, walaupun kita cuba untuk bersaing sesama sendiri untuk score yang terbaik dalam akademik, tapi ia adalah persaingan yang sihat.


Keesokan harinya, program diteruskan dengan slot 'Saudaraku Palestin & Syria'. Mereka dikehendaki menghasilkan logo yang bercirikan Palestin & Syria. Memandangkan saya sorang jer yang memakai mafla Palestin, masing-masing cuba untuk mendapatkan mafla itu. Saya juga telah ditemu ramah oleh mereka terutamanya kumpulan ini (gambar di atas). Satu pertanyaan, kumpulan ni menang ke tak ye? maaf lah, akak tak berapa nak ingat siapa yang menang.


Kemudian, mereka perlu membentangkan logo yang telah dihasilkan itu. Macam-macam idea yang terkeluar, pelik pun ada jugak. Apa-apa pun, tahniah kerana adik-adik telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam hanya beberapa minit sahaja.


Seterusnya adalah slot 'Oh My English', yang diketuai oleh Teacher Nisa! Insya Allah, bakal menjadi cikgu bahasa inggeris nie, nampak gaya 'teacher' dia kan. Slot ni juga mendapat feedback yang positif daripada peserta. Semua gembira dengan game yang telah disertai. Saya yang tengok ni pun terasa keseronokan itu.


Bersama sebahagian daripada akak-akak fasi yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Walaupun kita tidur beberapa jam jer, tapi masih bersemangat meneruskan program ini. Mana taknya, malam tu sume nak jejak kasih + nak update life masing-masing. Bagi saya program seperti ini memberi kebaikan baik kepada para junior mahupun para senior. Di samping mereka mendapat input-input yang berharga, kami para senior juga dapat ber'reunion' & berkongsi ilmu dan pengalaman bersama junior.


Rindunya nak solat jemaah bersama. Dulu kitorang lepas solat asar, semua berebut-rebut nak cop tempat solat di saf depan sekali. Padahal solat maghrib 2 jam lagi. Yelah, nak pahala solat depan sekali. Sampai senior kitorang time tu bengang jugak sebab tak dapat nak solat di saf depan. Memang kelakar lah, sikit-sikit nak gaduh. Kepada adik-adik junior, suatu hari nanti korang pasti akan rindu suasana ini di asrama terutamanya bersama rakan-rakan seperjuangan.


Sebelum tamat program ini, kami telah mendapat pelbagai komen daripada peserta. Kebanyakannya komen positif. Sebenarnya kami nak komen yang negatif sebab nak perbaiki kelemahan kami. Tapi komen yang best adalah "seronok, facilities sume sporting & baik". Hmm...facilities??? Oh MY English!! kesian teacher english korang. Fasilitator lah dik. hehe. Lagi komen daripada peserta (sila zoom untuk tumbesaran) :




Last but not least, sedikit pesanan kepada adik-adik (kalau ada yg baca blog akak), kehidupan sebagai seorang pelajar sangat seronok. Ya, akak tahu jiwa remaja pada masa ini selalu memberontak dengan peraturan yg ketat, tension dengan kawan2 & guru. Tapi satu jer, jangan sesekali abaikan pelajaran terutamanya yang bakal menghadapi PMR & SPM. Normal lah tu nakal sikit-sikit, yang penting result gempak. Dan lebih penting hormat guru-guru & ibu bapa kerana di situ terdapat KEBERKATAN


Bersama para fasilitator : Tehah, Ezati, Teena, Asmidar, Ain, Nisa, Azimah, Hidayah & K.Mira.

Ucapan dari pengarah program, Ain :


 Terima kasih semua !!!

25 comments:

  1. seronoknyaa..bt progrm mcm ni..=D

    ReplyDelete
  2. rindunya dengan program-program macam ni.. pergh..

    ReplyDelete
  3. memang seronok sangat zaman berasrama kan...

    ReplyDelete
  4. semoga program sebegini dapat diteruskan juga di sekolah-sekolah lain.. selain daripada memberi motivasi, ukhwah yang terjalin di antara senior dan junior juga dapat dirapatkan..

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Seronok kan teena join program mcm ni..tak kira sbg peserta, or as a fasilitator.. ada banyak yang kita boleh kongsi bersama. Paling seronok, dapat kuatkan ukhwah. Tambah seronok lagi bila dapat feedback yg positif dari yang terlibat.. ^_^

    ReplyDelete
  6. ^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

    ReplyDelete
  7. seronok jugak yek dik ada aktiviti gini... terus teringat zmn2 sekolah dulu... zmn sekolah lah masa yg paling indah...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah =) terbaik la program mcm ni..sngat2 bermanfaat..teringat pula masa study..semoga mendapat keredhaan Allah..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..teena :)

    slmt berpuasa...:)

    sangat2 bermanfaat program tu teena..ada mengandungi hal2 dunia dan akhirat... :)

    kali pertama ayie nampak teena lebih jelas..haha.

    ReplyDelete
  10. komen peserta2 semuannya nak bodek. hehe. tp tu maknanya progam tu berjaya~

    ReplyDelete
  11. mmg seronok kan dpat buat dn join program mcm ni :D

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    Dari segmen Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Wahhh.. Bestnya. Teringat plak kenangan time khemah ibadah dulu.. :)

    ReplyDelete
  14. waaa.. beznye.. dah lama x jadi fasi nie.. emrmmm

    ReplyDelete
  15. baguih2 teringat dulu jd fasi junior sem 1 weeee windu ;p

    ReplyDelete
  16. Aku teringatkan MRSM Taiping...
    dan batch kami kerap juga buat acara sebegini... duluuu..
    sekarang, cikgu2 kami juga dah pencen... headmaster pun dan tak ada
    maka kenangan kami hanya terpahat padasimen konkrit bangunan... tiada di kotak fikiran manusia lagi...

    acara terakhir mungkin 6 tahun lepas...

    ReplyDelete
  17. rindu zaman duk kat asrama dulu... huhu

    ReplyDelete
  18. wah rasa nak pakai balik baju sekolah..esok nak gi sekolahlah.rasa2 kena halau tak dengan pengetua he3...best baca entri ni ^^

    p/s-->hahaha awat fasilitator jadi facilities adeihhhh :)

    ReplyDelete
  19. walla menarik nyer program ni!

    ReplyDelete
  20. Best program-program macam ni :D

    ReplyDelete
  21. woah...sekarang ni ucapan pengarah program boleh baca kat fesbuk je kan? :D

    ReplyDelete
  22. rindu zaman skolah dan adik2 junior.. best sangat aktiviti macam nie :)

    p/s: doodle kek dh siap..nanti pilih ya
    http://lynathegojes.blogspot.com/2013/07/doodle-kek-buat-blogger.html

    ReplyDelete
  23. lor...alor gajah ke.saya keje kat honda je. dekat sangat la. hehehe..nanti singgah honda gitau la ye.

    ReplyDelete