Tuesday, 6 August 2013

Aku.Raya.Balik kampung.Bus ekspress

Assalamualaikum w.b.t.

Hari raya bakal menjelang beberapa hari jer lagi, dan paling seronok bila kita berada di perantauan, jauh dari famili. Memang rasa seronok sangat nak balik kampung. Walaupun lama lagi nak balik, tapi dah ready packing baju seminggu awal. Nampak tak dia punya excited tu. Sejak zaman sekolah sampai lah zaman universiti memang aku ulang-alik menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Dan semestinya terselit kenangan aku & bas ekspress yang tak akan dilupakan. Sambil baca tu jom layan lagu ni, tak tengok video ni pun takpe, dengar jer.



Cerita 1

Penang, 2012, 11 pm, bas KPB, seminggu sebelum raya


Malam tu aku & member-member akan pulang ke kampung, di Melaka sama-sama. Tiket untuk pulang memang kami dah beli awal-awal bagi mengelakkan kesesakan. Pukul 11.30 malam bas memulakan perjalanan ke Melaka. Aku pula tidur sambil ditemani Mp3, dengar lagu raya, nak amik feeling raya kononnya. Kebiasaannya memang aku akan minta driver bas untuk berhenti di tepi jalan berhampiran dengan rumah, kemudian ayah akan menyusul untuk mengambil aku. Okay, dah sampai dah, 

Aku  : Pak Cik, boleh berhentikan saya kat sini tak?
Pak Cik : Boleh2
Aku : Saya nak ambil beg saya kat bawah bas ni.

Kemudian aku pun carilah beg berwarna hitam kepunyaanku.

Aku : Eh, pak cik takde pun beg saya
Pak Cik : Lahh, macam mana pulak boleh takde ni? Cuba kau cari betul-betul.

Masa ni ayah aku dah sampai, dia pun bising jugak bila aku cakap beg aku takde. Aku pulak dah takut + cuak giler.

Pak Cik : Takpe lah, kau bagi nama & no telefon, nanti kalau ada orang pulangkan beg, pak cik bagitahu.

1 hari...2 hari...3 hari, takde sesiapa pun telefon aku. Untuk memuaskan hati, aku ke Melaka Sentral, tanya syarikat bas tu sama ada, ada orang tinggalkan beg atau tak. Namun jawapan yang diberikan hambar. Aku dah redha & pasrah, hanya mampu berserah. Dalam beg tu ada battery & charger laptop, cermin mata, baju-baju termasuklah baju raya & tudung raya untuk dipakai nanti. Takde barang penting pun, tapi aku baru beli cermin mata tu, mahal lah jugak. Setiap hari aku berdoa agar ada seorang hamba Allah yang sangat baik hati akan kembalikan beg aku (doa orang yang berpuasa kan mustajab, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni).

Suatu hari, sewaktu sedang nyenyak tidur, aku mendapat satu panggilan,

Stranger : Assalamualaikum, ni Fatina ke?
Aku : Ye saya, ada apa ye?
Stranger : Hmm, maafkan saya, saya dah terambil beg awak.
Aku : Oh, jadi beg saya ada kat awak ke?
Stranger : Aah, takpe nanti saya pulangkan beg ni kat awak, tapi minta maaflah sebab saya dah buka beg awak ni.
Aku : Takpe2, jap awak duduk kat mana? (padahal dalam hati dah risau sebab dalam beg tu 'barang2' wanita, ah lantak lah)
Stranger : kat Seremban. (memang sah lah dia tersalah ambil beg sewaktu bas berhenti di Seremban)

Masalahnya, esoknya dah raya, takkan nak suruh dia hantar beg hari tu juga. Haish...
Hari Raya ke3 kot, aku call dia tanya bila nak hantar beg aku tu, bincang punya bincang, satu hari tu dia & kawan dia pun hantar beg tu, janji nak jumpa di MITC, tapi aku naik motor, tak muat nak letak beg tu. Last2 terpaksa dia hantar beg tu ke rumah, dan dah nama pun hari raya, kenalah jemput tetamu masuk ke rumah. Then, dia pun cerita macam mana boleh terambil beg aku, rupa-rupanya dia baru bangun tidur, tengah mamai bila bas tu berhenti kat Seremban. Dan dia juga belajar di kampus sama dengan aku. Laa student UiTM jugak mamat ni. Tapi itu kali pertama & terakhir aku jumpa dia, Tak pernah terserempak pun kat kampus semenjak hari raya tu.

Cerita 2

KISAS, Klang, 2009, 3.30 pm, Form 4, bas Transnasional, sehari sebelum puasa Ramadhan


Yeah!!!  Esok puasa, malam ni nak pergi solat terawih. Tiba-tiba... "eh, apasal bas ni tiba-tiba berhenti? kat Selangor lagi ni, belum sampai Melaka". Ala...bas ni rosak. Masa ni dah pukul 6 petang. Sepatutnya aku dah sampai Melaka setelah 2 jam perjalanan, tapi kami terkandas di highway. Dengan baju batik sekolah, aku & rakan-rakan dah gelabah. Yelah, budak sekolah mana boleh bawa handphone, macam mana nak contact parents, mesti diorang risau aku tak balik lagi.

Alhamdulillah, ada seorang senior 'muslimin' ni bawak phone, ni mesti kes bawak sorok-sorok. Jadi, kami semua guna phone dia untuk menghubungi parents. Rasanya banyak jugak kredit dia habis kami gunakan. Dari petang sampai lah ke malam kitorang bertenggek jer kat tepi highway tunggu bas lain datang ambil. Nak menangis pun ada sebab dah pukul 10 malam bas masih tak sampai.

Akhirnya, penantian kami berakhir pada pukul 11.30 malam setelah sebuah bas datang mengambil kami. Rasa macam pasukan penyelamat datang untuk selamatkan kami. Di dalam bas tu senior 'muslimin' tu bagi kitorang makan kek (sebab semua orang takde makanan). Terima kasih ye senior. Masa tu rasa penat+lapar+sejuk sangat. 

Dalam pukul 1.15 pagi kami selamat tiba di Melaka. Bas tu berhenti di Tol Ayer Keroh. Masa tu ramai ahli keluarga kami dah tunggu di situ. Ada sorang pak cik ni marah-marah kat driver tu. Suasana agak tegang jugak lah. Mana taknya, perjalanan yang sepatutnya 2 jam mengambil masa hingga ke tengah malam. 

Inilah kenangan balik kampung yang takkan aku lupakan. Best tau belajar jauh-jauh ni, terasa sangat excited nak beraya & jumpa ahli keluarga. Kalau yang kat oversea tu mesti lebih excited kan. Ni baru kat dalam Malaysia, belum pergi luar negara lagi. Kalau beraya kat sana mesti sedih sangat tak dapat balik. Namun, jauh di sudut hati berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di sana suatu hari nanti. Insya Allah..

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

25 comments:

  1. Akak dah lama tak naik bas untuk perjalanan jauh.. tak berani nak angkut 3 orang askar tu sekali.. hehehe..
    tapi memang kenanganlah naik bas balik kampung.. Alhamdulillah semuanya selamat.. ;)

    ReplyDelete
  2. sy keje kt shah alam n kg kt jb..mmg syok la kn tiap kali blek kg..klau nk cte bas delay tu mmg byk kali la..lagi2 trans..hoho btw, slmt ari raye ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Teena, masa kat KISAS dulu akak naik bas lompat2 jer...x de naik bas express sebab umah dekat jer ngan sekolah. Tapi seronok nak balik kampung tu tetap ada :-) Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas lompat2 tu bas kolej ke? Masa zaman sy bas kolej anta sampai kt klang sentral jer. Time balik kampung tu memang seronok sebab berbulan2 tak balik & jadual yg sgt padat di KISAS. Rindu suasana di bumi waqafan.

      Salam Aidilfitri juga kak :)

      Delete
  4. i masa zaman belajar & masa start keje dolu pun balik kampung naik bas...
    mcm2 kenangan terjadi...
    bila baca citer u kat sini...
    terkenang kembali citer2 lama yg buat i tersenyum hehehehehehe....

    neway, mohon dimaafkan kekhilafan diri...
    Selamat Menyambut Aidilfitri...
    Maaf Zahir dan Batin ...

    ReplyDelete
  5. Mmg best bila dpt blik kg..slalu akn xcited nk blik n9 n melaka...tp thun nie kena beraya kat png sbb turn raya kat sini...yela kita raya kena ikut giliran...mak kg kat png...ayah kat n9

    ReplyDelete
  6. banyaknya kenangan menaiki bas.. kisah 2 tu, nasib baik orang tu jujur dan pulangkan balik beg teena..
    p.s: selamat hari raya teena.. mohon maaf jika tersalah komen selama perkenalan kita..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....
    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga bergembira disamping keluarga tercinta. Maaf zahir & batin =)

    ReplyDelete
  8. sy pon dulu mengalami pengalaman sama cam Tina...study kt kl..asal nak balik raya je..seminggu da pack baju...excited habis...best baca 2 pengalaman tina ni..

    ReplyDelete
  9. Selamat hr raya n maaf zahir batin ye.. Bak kata najwa Latif. Kosong.. kosong.. Kosong :)

    ReplyDelete
  10. waduh , banyak sekali dugaannya .. tapi ini pengalaman dan memori ... hihii...

    selamat hari raya cik sara .... jemputlah dating ke rumah saya nanti ... :3 hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuu..sorry .. teena .. adesss .... teringat nama sara pulak .. :3 ....

      tak berslah tak berslah ..tak bersalah .. :3

      Delete
    2. Haha, takpe2...kalau mcm ni kena belanja saya makan kuih raya byk2 nih

      Delete
  11. gilaa lahh..boleh plak tertukar beg. saya takdak cter menarik pon naik bas.huu..sye bese naik train. bas lambat.hee..

    btw, Taqaballahuminnawaminkum...

    ReplyDelete
  12. Salam Hari Raya...^___^ dh berkurun tak naik bas.. teringin jgk nk naik bas saja jalan2 makan angin..

    ReplyDelete
  13. Masa dulu mmg okje selalu naik bas pun.....tp tak pernah lagi sampai kena cenggitu....

    ReplyDelete
  14. dugaan semua 2 =) xpelh kenangan indah kn..tp citer yg last 2 bhya betol..ni kalau culik 1 bas..confirm susah nk cari

    ReplyDelete
  15. hehexD kena letak tag nama kat beg...kuikui..habis tu beg dia aconer? ngeee... slmt hari raya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah..aah, lupa lak nak taye dia time tu...yg penting kite dapat jumpa beg kite, tak fikir dah beg dia.hehe

      Delete
  16. akk xpernah naik bas.. aduhai..pengalamannya kalau sampai hilang beg kan..hehe
    sempat ngorat2 x? ;)

    ReplyDelete
  17. Pengalaman sedih akk nk kongsi ni...
    Dh naik bas ulangalik Kuantan - KL - Kuantan selama 3 tahun. Macam2 jenis bas akk naik.. Tp selalunya beg letak bwh kaki jer..Ntah knape smlm 17/1/2016 akk naik Plusliner kul 6.30ptg dr Pekeliling.. Org ramai lak dlm bas, jd akk pn letak beg kt tmpt bagasi..
    Bila sampai Terminal Kuantan kul 10.00mlm, turun nk ambik beg dh ghaib.. Btau dreba bas tp punye la 'cool' nye dia.. Soalannyer pd akk apa ada dlm beg?? Akk ckp la kain bj, ipad, kunci rmh dll.. Dia blh jwb "sy xtaulaa sape trambik beg akk"..
    Persoalannye kalau tslh ambk, msti ada beg yg ttinggal.. Ni perut bas dh kosong..
    Akk mcm org giler kul mlm td mundar mandir xtau nk kemana & buat ape..
    Akhirnya dia bg nama & no hp dia utk akk cntct lps ni.. Kalau ada org anta dia akn btau..
    Akk pn bjln dgn hmpa ke kaunter tiket Plusliner.. Tinggalkn nama n no hp akk utk dhubungi.. Lps tu akk g wat report d balai Polis IM2.. Polis tu ckp ramai dh org dtg wat report beg hilang bila turun bas. Dia advice srh g wat aduan kt CAP.. Hmmm...
    Tghari td akk g plk btanya petugas kaunter Plusliner.. Jwbn mengecewakn!!!
    Akk tanya selalu ker jd gini,,, dia pn mngiyakn soaln akk.. Dpt blk x beg.. Dia geleng kpala.. Rasa nk tumbg akk td..
    Akk bdoa kpd yg terambil supaya mmulangkn blk beg akk tp kpd yg sengaja ambil, ko carila akk kt pdg mahsyar nt tp masa tu akk dh xperlukn brg2 tu lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dgn ank kak mas....
      Baru tadi update di fb...
      Rasanya dah sampai masa perlu ketengahkn cara lebih selamat...
      Pada saya tertukar beg tu sedikit je kesnya... yg bnyknya mmg ada niat dan motif sengaja curik ambik... biasanya klu tertukar mesti ada beg yg si polan kn... logik akal

      Delete
    2. Sama dgn ank kak mas....
      Baru tadi update di fb...
      Rasanya dah sampai masa perlu ketengahkn cara lebih selamat...
      Pada saya tertukar beg tu sedikit je kesnya... yg bnyknya mmg ada niat dan motif sengaja curik ambik... biasanya klu tertukar mesti ada beg yg si polan kn... logik akal

      Delete
  18. alhamdulillah anak kak Mas Danial Skyline Danial Hakim dah selamat sampai destinasi dari Jitra ke Putrajaya walaupun jem teruk 10.50mlm ..... sampai 10 pagi...
    yg tak bestnye.... dia call pagi ni... bgtau sekali....
    .
    "Ma, beg abang hilang"
    .
    tgh blur ni.. panic pun ye... segala baju, keperluan sekolah & buku2 penting semua dalam tu... Bas ada transit di Kajang sekejap sebelum ke Putrajaya... kesian anak kak Mas, buku dalam beg tu baru je beli semalam penting sgt... nak guna utk PT3 tak lama lagi.. baju dalam locker pun x de... esok nak sekolah dah...
    .
    Sykt : Pancaran matahari (Jitra-Putrajaya)
    Pancaran Matahari (M) Sdn. Bhd.
    Plat no : KDU 8888
    Tarikh : 9/7/2016
    Masa perjalanan : 10.15pm (tapi jln pukul 10.50pm)
    .
    #Mohon yg terambil bagasi anak kak atau terjumpa sama ada di hentian Kajang mahupun Putrajaya... mohon call kak Mas ye 0195280551
    atau
    yg area putrajaya blh mintak tlg hantar ke
    >> Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Precint 1
    Mintak tolong sgt2...

    terima kasih sgt2 pada yg membantu...
    Hanya Allah yg mampu membalasnya.
    SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah anak kak Mas Danial Skyline Danial Hakim dah selamat sampai destinasi dari Jitra ke Putrajaya walaupun jem teruk 10.50mlm ..... sampai 10 pagi...
    yg tak bestnye.... dia call pagi ni... bgtau sekali....
    .
    "Ma, beg abang hilang"
    .
    tgh blur ni.. panic pun ye... segala baju, keperluan sekolah & buku2 penting semua dalam tu... Bas ada transit di Kajang sekejap sebelum ke Putrajaya... kesian anak kak Mas, buku dalam beg tu baru je beli semalam penting sgt... nak guna utk PT3 tak lama lagi.. baju dalam locker pun x de... esok nak sekolah dah...
    .
    Sykt : Pancaran matahari (Jitra-Putrajaya)
    Pancaran Matahari (M) Sdn. Bhd.
    Plat no : KDU 8888
    Tarikh : 9/7/2016
    Masa perjalanan : 10.15pm (tapi jln pukul 10.50pm)
    .
    #Mohon yg terambil bagasi anak kak atau terjumpa sama ada di hentian Kajang mahupun Putrajaya... mohon call kak Mas ye 0195280551
    atau
    yg area putrajaya blh mintak tlg hantar ke
    >> Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya Precint 1
    Mintak tolong sgt2...

    terima kasih sgt2 pada yg membantu...
    Hanya Allah yg mampu membalasnya.
    SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete