Saturday 3 August 2013

Farmasi Bekalan Wad

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini sudah genap 2 bulan menjalani praktikal hospital farmasi. Sila rujuk di SINI. Perasaan? hmm, boleh laa, sebenarnya seronok cuma penat sikit. Banyak ilmu yang telah diperolehi yang tidak dapat dipelajari semasa di kuliah dulu. For this month, I was attached to Inpatient Department or here, in Hospital Melaka, it is known as Farmasi Bekalan Wad (FBW). Di sini, pesakit-pasakit yang telah ditahan wad akan dibekalkan ubat setiap hari. Jadi, di FBW kami akan membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut 'prescription' yang telah diterima daripada wad yang berkenaan.


Jom kita belajar sama-sama. Maybe ada terms yang korang tak faham, boleh rujuk nota kaki yang disediakan. Okay, di FBW, secara generalnya kami kena sediakan 'floor stock' untuk setiap wad, 'unit-of-dose (bekalan ubat untuk satu hari) & 'unit-of-use'(bekalan ubat untuk beberapa hari). Gambar yang kat atas ni adalah troli yang yang akan kami isi ubat mengikut dose yang telah dipesan dalam 'prescription'. 

Contoh 
Rx : T. Simvastatin 20 mg o.d. 
Maksudnya : kena bekal 1 biji ubat tablet Simvastatin 20 mg untuk satu hari

Rx : Syr. Metochlopramide 10 mg t.d.s.


Kalau syrup pulak lain sikit. Di farmasi ni, bukan semua jenis syrup yang ada. (sebelum tu ni bukan air sirap yang warna merah tu, tapi ubat jenis cecair). Contoh di atas, syrup metochlopramide hanya ada stok tablet jer, so kita kena 'crush' @ hancurkan tablet tu dan jadikan dalam bentuk cecair. Tapi bukan suka-suka jer nak buat syrup, mula-mula kena buat calculation dulu, kira strengh ubat, dose, frequency, how many tablet & volume akhir. Then, minta confirmation daripada staff di situ, baru boleh start buat syrup ni. Dan jangan lupa label ubat. Biasanya wad paediatric yang banyak minta syrup ni sebab baby tak boleh nak telan tablet.

Selain itu, kebanyakan wad akan minta ubat jenis injection. Tak kiralah sama ada vial atau ampoule, yang pastinya ubat ini akan dicucuk kepada pesakit. ni sedikit gambar ampoule. Ada banyak saiz, bergantung kepada volume ubat tu.


 Foot note :

Prescription (Rx) : Borang permintaan ubat yang ditulis oleh doktor. WAJIB ada cop doktor, kalau tak dikira invalid Rx.

Floor stock : Senarai ubat yang ada di dalam setiap wad. Bukan individually, tapi generally untuk semua pesakit. 

Unit-of-dose : Ubat yang dibekalkan spesifik kepada seseorang pesakit. Bekalan untuk satu hari sahaja.

Unit-of-use : Ubat yang dibekalkan spesifik kepada seseorang pesakit tapi untuk lebih dari satu hari.

Di Inpatient Department ni, hari Jumaat adalah hari yang paling busy senan kita kena bekalkan ubat untuk 3 hari (jumaat, sabtu, ahad).

Kalau ada doktor-doktor atau those whom from medic's field yang terbaca entry ni, sila tegur ye kalau ada salah silap ilmu yang saya tulis di sini.

Insya Allah pharmacist-to-be
Salam Al Qadr

17 comments:

  1. Entri yang berguna. Dah tau dah sikit-sikit macam mana keje pharmacist :D

    ReplyDelete
  2. uuuiiiii..byk ye ubat..kawan ayut ada jdfarmasi kat hospital..di apon slalu gak ckp pening nk ingt bbyk nama ubat tu..tp bila dh lame dia pon ok dh...

    ReplyDelete
  3. Nice entry teena...dpt kutip info bru...xsenang nk jadik pharmacist nie...gud luck dear!

    ReplyDelete
  4. Are you Pharmacy student? Salam kenal dari blogger Indonesia

    ReplyDelete
  5. Semoga sukses menjadi Pharmacist. dan tetap blogging

    ReplyDelete
  6. Perkongsian ilmu yang terbaik...

    ReplyDelete
  7. wah..juling mata baca nama ubatnya
    aah kan nama dia canggih2..yumida juz ingat beberapa nama ubat je

    ReplyDelete
  8. wah.. mama hampeh ubat-ubatan sebegini.. hebatlah teena..

    ReplyDelete
  9. wah, pelajar farmasi nih.. best study bidang ni. Apapun, good luck :D

    ReplyDelete
  10. w0oo00ww... saya pernah terdengar org kerja bahagian neh lagi hebat sebenarnya dri doktor.

    ReplyDelete
  11. banyaknya ubat2.. perkongsian yang bagus adik teena.. :D

    ReplyDelete
  12. baca entri ni teringat wad sy msuk dlu..rindu pula suasana kt situ hu3 :D

    ReplyDelete
  13. macih berkongsi info nih dik, bkn mudah nk tau psl mende2 gini...

    SElamat Hari Raya maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  14. adoi..tengok ubat tu semua, leh pening bau ubat dik.

    that why la Allah tak jadikan akak ni terjerumus dalam bidang perubatan.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. bestnya! sheila suka kerja dengan ubat2 ni. hehe pernah ada pengalaman bekerja sebagai pembantu klinik 1 tahun :)

    ReplyDelete
  16. cousin akk yng kje kt hosp. melaka tu jga wad patah..

    ReplyDelete