Monday, 23 September 2013

Goodbye Malaysia, Korea I'm coming !!!

Assalamualaikum w.b.t.


Apa perasaan korang kalau dapat pergi melancong secara percuma? Adakah perlu 2-3 kali fikir? Aku, tak payah nak fikir-fikir, terus terima tawaran tersebut. Bukan senang nak dapat offer macam ni tau. Dan lebih terkejut lagi orang tu baru bagitahu 2 minggu sebelum nak bertolak. Sebelum ni orang tu ada bagitahu lah jugak beberapa bulan before, but the latest confirmation was 2 weeks ago. Quite surprise & excited. But...It's my sister trip. Posing macam aku pulak yang nak ke Korea. Haha, dia yang pergi, bukan kite lah =( 


I like this camera apps. by ToonCamFree. Just downloaded from Ipad. Sebenarnya akak aku join business yang jual Beautiful Premium & seumpamanya, entah aku tak amik port sangat pasal benda ni. Dipendekkan cerita, group dia dah capai target, so itu yang dapat ke Korea. Fully supported ye. Just bawak duit untuk shopping jer. Dan ini kira first time lah ahli keluarga aku ke oversea, walaupun parents pernah ke Indonesia, tapi dekat sangat. Oke lah tu, duit den tak bertingket-tingket nak fly jauh-jauh ni. Dulu dah apply, tapi Inchik JPA bagi kite pergi dalam negara. Kite redha jer. 
10 000 won = RM 29.42
Semua kena bawak beg warna oren. Orange mania group lah katakan. Tapi probability nak tertukar beg tu macam tinggi jer. Dalam banyak2 beg, beg akak aku lah the smallest one. Konon tak nak bawak banyak barang. Tapi kalau dah travel jauh-jauh, of course lah nak shopping banyak2. Kita tengok nanti balik Malaysia berapa beg dia bawak.

Curik gambar kat fb akak. Aku pesan kat dia jangan lupa whatsapp gambar. Sekarang kan dunia tanpa sempadan.

Sebenarnya, aku tak kenal & tak minat sangat artis-artis Korea & Kpop. Yang selalu aku dengar Big Bang, apakah? Fenomena Big Bang yang kat matahari tu aku tahulah. Ada satu masa tu member aku semua berkumpul, belajar bahasa korea ke borak pasal Korea entah, tapi aku tak join pun, duduk buat hal sendiri. Then, seorang member lelaki tanya, "kau tak join diorang ke", "tak minat Korea lah", "wah, first time aku jumpe budak perempuan tak suka Korea". Alah, ramai jer yang rasa 'biasa-biasa' dengan orang Korea nih. Diorang suka pun sebab orang Korea kan comel2, yang lelaki pulak cute2. Tapi lelaki Malaysia lagi macho lah. haha. Ada tu tengok Running Man tak henti-henti. Macam dah addicted. Kalau diorang borak pasal Running Man aku tak faham pun.

Harap-harap dapat further study kat oversea/luar Malaysia in future. Bukan apa, kalau boleh aku nak explore semua benda. Sementara belum ada lain-lain komitmen, aku nak travel around the world. Dah macam angan-angan mat jenin pulak. Insya Allah, kalau ada rezeki. Okay, till then. Maaf kalau buat korang TERsuspen baca tajuk entri ni.

Mix & match shawl, peplum, skirt. iolls malas nak iron. 5 minit jer bersiap.


Kita tunggu apa ole-ole yang kakak aku bawak balik nanti.




31 comments:

  1. Memang kak ina dah suspen dan excited ingat awak yang nak pegi..he he..cantiknye peplum purple awak tu :)

    ReplyDelete
  2. bestnya kakak teena dapat ke korea.. rezeki dapat tengok negara orng kan..

    ReplyDelete
  3. Salam teena...

    Kan kan kannn...kan akak dh ckp...nanti mesti dpt cenderahti dr luar negarakan...?hahaha..masin mulut akak tau...aritu teena cite kat ruang komen di entry akak,tajuk like tu...teena kata ada kwn tu kata,blh like je tgk pic kwn2 kat oversea...sekarang ni...teena blh like..bkn like je...blh simpan pic kakak sendiri kat over sea byk2.....kita tk tau apa y bakal berlakukan..maybe lps ni kakak teena akan pergi lebih jauh lagi sbb adik akak,dn public mutual je dia d pergi hampir seluruh dunia...teean tunggu je ole2 utk teena tu....

    Akak tumpang seronok plak..hahaha

    ReplyDelete
  4. Bestt la .. boleh jumpa artis K-POP ..hhehe

    ReplyDelete
  5. bestnye dapat tengok negara orang kan :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt g korea.. free pulak tue.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Iiiieeeeeee besnyee!! Gi koghea :D

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..bestnya! ramai kawan sheila join premium beautifull ni. katanya memang awesome kalau dapat joined team yang buat sales kaw2. heeeee

    ReplyDelete
  9. As salam dear..akak pun ada sorang member joint buat bisnes Premium Beautiful ni & kebetulan dia pun skrg ada kat Korea, dapat melancong free..rasanya dia dapat melancong gi Korea ni pun macam kakak awak..entah2 dorang 1 team kowt..hehe

    ReplyDelete
  10. hehehe...best! actually minat korea ni depends jugak...tp mmg ramai yg addicted...mcm sally...tp sally addict kat CNBLUE je...tak kenal..? GOOGLE! :)

    p/s:salam kenal

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaa seronoknyer... dpt jln oversea yek... ingatkan tuan nyer blog td

    ReplyDelete
  12. ingt awk yg pegi..bru nk pau sheet mask seketul dua..hehe..sy pun xminat kpop tp running man layan jgk..

    ReplyDelete
  13. wah!bestnya dapat p korea freeeeeeeeeeeeeeeee...huhu

    ReplyDelete
  14. Insyaallah ada rezeki teena nnti bolela smbung ke oversea.... :)

    ReplyDelete
  15. bestnye kan kalau dapat pergi korea..untunglah kakak awak :)

    ReplyDelete
  16. Untunglaaah pergi Koreaaa.. Serius tak pernah pergi luar negara. Selalu naik flight balik Sarawak je sebab kampung belah ayah.. One day gotta do travelling. Mesti fun! ^_^

    ReplyDelete
  17. wah syoknye
    beznye klo yumida dpt pg sama
    mintak otograp jong kook..wowowowoow...bez bez

    ReplyDelete
  18. seronok g korea!! dapat g free tu yg lagi seronok. hee :)

    ReplyDelete
  19. wah untung kakak awak dik...dapat terbang korea...hihihi...
    cik akak pon tak minat korea...adoi...memang tak faham cik akak dear :)

    ReplyDelete
  20. I loved my short stay in Seoul. Maybe you should plan a trip there with your close friends?

    ReplyDelete
  21. Harap impian tu tercapai la ye =) he3, igatkan dia yg pergi korea..rupanya kakak..syok je..best kot kalau dpat jenjalan kt overseas ni..mcm2 boleh explore kan...ha3..ada pembaca indon pasti terasa dgn ayat kat atas 2 :p

    ReplyDelete
  22. Tempat terjauh yg sejak dulu menjadi impian saya utk pergi ialah Casablanca atau mana-mana pulau Mideterenean. Kalau dapat ke Korea saya teringin sangat nak melawat ke negara komunis Korea Utara dan melawat rektor nuklir nya yg sangat ditakuti Amerika itu.

    ReplyDelete
  23. terbang singgah sini.....salam perkenalan http://ceritamayapersada.blogspot,.com
    bestnya dapat gi Korea....
    seriusly theme blog ini sama dengan blog anak akak......hehe

    ReplyDelete
  24. Seronoknya melancong...
    Korea lagi tu..tempat idaman nak pegi...hehe

    ReplyDelete
  25. Ingatkan tuan blog yang ke korea. Tipah tertipu baca tajuk.

    ReplyDelete
  26. wahhh seronoknya dapat ke Korea.....

    ReplyDelete
  27. Dapat free trip mmg best TT cuma nak kena bisness beauty Premium tu yg malas hehe....
    Yang tarik beg tu TT yeh....

    ReplyDelete
  28. Dapat free trip mmg best TT cuma nak kena bisness beauty Premium tu yg malas hehe....
    Yang tarik beg tu TT yeh....

    ReplyDelete