Friday 29 November 2013

Cara Mudah Nak Buat Kebaikan

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya nak kongsi sedikit 'cara' dengan anda. Cara yang mungkin nampak kecil di pandangan mata kita, tapi mana tahu di akhirat nanti, amalan kecil kita inilah yang akan memberatkan timbangan di neraca Padang Mahsyar nanti. Insya Allah...


  • Sedekahkan alfatihah untuk kedua ibu bapa kita setiap pagi selepas solat subuh.
  • Basahkan lidah dengan berzikir. Jika buat kerja yang kita rasakan bosan, cuba berzikir dalam hati sambil buat pekerjaan itu. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Daripada kebosanan, hati kita terus 'terisi' dengan zikir.
  • Jika ada program amal, cuba untuk sertai program itu. Contohnya, ada jualan amal, kita boleh beli barang-barang mereka. Lagi satu, jika kita tak dapat nak curahkan tenaga kita untuk menolong yang kurang berkemampuan, kita boleh sedekah wang, pakaian, buku-buku dan banyak lagi untuk mereka. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
  • Tolong orang tua melintas jalan, angkat barang mereka, pimpin mereka untuk naik bas. Bukan orang tua jer, malah mereka yang kurang upaya juga memerlukan bantuan kita.
  • Wakafkan telekung di masjid-masjid. Selagi mana ada orang menggunakan telekung itu, selagi itu anda memperoleh ganjarannya. Selain telekung, anda boleh wakafkan Al Quran, sejadah, buku-buku ilmu.
  • Ketika berhenti sebentar untuk solat di masjid dan ternampak tabung masjid, jom kita ringankan tangan untuk 'penuhkan' tabung itu.
  • Nampak sampah di tepi jalan, rajinkan diri untuk mengutip sampah itu dan buang ke dalam tong sampah.
  • Permudahkan urusan orang lain. Contoh, kita tahu setiap hari orang itu akan buat perkara yang sama, apa kata kita tolong sediakan apa-apa keperluan sebelum orang itu memulakan kerja mereka.
  • Senyum kepada mereka yang kita jumpa/lalu-lalang di hadapan kita. Senyum itu sedekah.
  • Dan cara yang paling mudah, sebarkan mesej ini kepada orang lain  =)


Tak kan 10 cara sahaja? Selebihnya saya pasti anda lebih tahu kebaikan-kebaikan yang boleh kita buat  =)

Tadi kat tempat kerja saya ada buat bacaan yassin & sedikit tazkirah yang bertajuk 'HIJRAH'. Yang paling buat saya terkesan bila ustazah tu menceritakan mengenai 'hijrah yang tidak diundang'. Hijrah dari sakaratul maut ke alam barzakh. Jika setiap malam kita tidur dalam kegelapan yang gelap, bagaimana pula apabila kita berada di dalam kubur? Bukan sahaja gelap, tapi banyak ular, keseorangan, sempit. Tapi jika amalan kita di dunia ini sentiasa mengikut perintah & syariaatNya, kita akan merasa lapang, luas, bercahaya kubur kita itu.

Sudah lama tak berada di majlis ilmu, terasa hati macam dah kosong. Alhamdulillah hari ini hati ini sudah sedikit terisi :) Alhamdulillah

*mesej ditujukan buat diri ini juga.

-Teena Tna-   

28 comments:

  1. Teena...ajar orang buat kuih kat blog...kihkihkih...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik di hari jumaat ini. Dah boleh amalkan satu tadi. Senyum itu sedekahkan. Berzikir masa buat kerja pun boleh.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..sama2 amalkan mudah-mudahan amalan kita diterima Allah..

    ReplyDelete
  4. Salam rindu jua teena....

    Alhamdulilla,byk cara kan teena,kalau kita selalu buat hal ini,tanpa sedar,di mana2 kita pergipun kita akan buat hal yg sama...hati terpanggil utk melakukannya.....

    ReplyDelete
  5. subhanallah.. senang je nak buat kebaikan sebenarnya kan..

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum, rencana yang bagus. salam perkenalan, sila berkunjung ke blog udah ATAU langsung Mulai ke https://play.google.com/store/apps/details?id=air.PuzzleBarbie dan
    https://play.google.com/store/apps/details?id=air.KumpulanDongeng, Ada dongeng anak indonesia Masjid dan teka-teki UNTUK mendidik dan mengasah Kecerdikan anak, barangkali You mempunyai anak. adik, keponakan Yang Masih Kecil, sila mencoba PERCUMA, semoga bermanfaat, terima kasih.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..peringatan yg baik utk rakan2 blogger.. =)

    ReplyDelete
  8. Semua orang akan sayang kita bila kita berbuat baik kepada mereka dan lebih baik tidak mengharapkan balasan.. ;)

    ReplyDelete
  9. moga kita mengambil pengajaran pada setiap apa yang dikongsikan bersama..nice sharing :)

    ReplyDelete
  10. bagus..dan terbaik!!!! senangkan buat baik tp susah nak di amalkan...huhu mohon di permudahkan setiap amalan kita oleh Nya...

    ReplyDelete
  11. bagus sharing tina ni..thanks ya..sedekah 2 bagus sgt sbb insyaALLAH akan terus berkekalan sampai kubur..

    ReplyDelete
  12. bagus...cadangan yang sangat bernas serta dapat kumpul pahal berterusan sebagai amal jariah di dunia ini....alhamdulillah... :) terima kasih teena. ^^

    ReplyDelete
  13. Kebanyakannya adalah cara buat pahala tanpa kos, ia sangat mudah, tapi ramai yg masih tak sanggup buat, seperti tolong kutip sampah di tepi jalan yg orang lain buang....

    ReplyDelete
  14. Mudah sangat. Tapi kadang-kadang kita sendiri terlupa. Terima kasih ingatkan Teena ;)

    ReplyDelete
  15. wow..
    begitu bnyak cara yang mudah,
    tapi ramai yg telepas pandang,
    termasuk diri shark sendiri.
    thanx for sharing n remind.

    ReplyDelete
  16. Wah!!!! Senang nya! :D
    Terima kasih Teena1!!!! <3

    ReplyDelete
  17. Salam teena..singgah kejap tgk teena..hehe

    ReplyDelete
  18. bagus , hehe . nice sharing sis :D

    ReplyDelete
  19. Thanks for the share...byk yg bleh kita lakukan kan?

    ReplyDelete
  20. insyaAllah nak buat baik ni mudah je sebenarnya, mudah je dapat pahala,
    tinggal kita nak praktikkan dengan tak je kan :)

    ReplyDelete
  21. terima kasih atas peringatan ni.. mudah nak dapatkan pahala. antara nak atau tak je lagi. :)

    ReplyDelete
  22. terima kasih utk peringatan ini teena. in sha ALLAH kita sama2 berusaha mencari redhaNYA :')

    ReplyDelete
  23. senang je nk tambah amalan.. nk dengan x nak je..

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas perkongsian ni sis.. insyaAllah kalau ada antara blogger yang nampak entri sis ni lepas tu dia buat macam apa yang sis cakap kat atas , insyaAllah sis dapat pahala sekali...amal jariah yang tetap akan berterusan walaupun kita sudah terputus hubungan bersama dunia fana ini kelak..thanks kak! :D

    ReplyDelete
  25. Menarik! Moga kita sentiasa melakukan kebaikan :)

    ReplyDelete
  26. Semoga ramai yg mendapat manfaat daripada entry ni. Yang ni pun dikira kebajikan juga..

    ReplyDelete