Assalamualaikum w.b.t.
Tempat kejadian : Ruang tamu rumah
Masa : 1.00 pagi (beberapa hari lepas)
Retis : Abil, Teena, Kak Lia
The name of my lil bro is Nabil Syazwan. Her friends called him Syazwan@Wan while we (my family) called him Nabil@Abil. Biasanya kawan-kawan dia bila nak ajak si Abil main kat luar rumah, dia akan panggil dengan nada Wannn (ala, aku tulis kat sini pun korang tak boleh dengar kan, takpe buat-buat faham jela eh). In fact, panggilan dengan nada ini hanya disebut oleh sorang kawan dia a.k.a sepupu kitorang.
Okay, rasanya intro ni dah menerangkan serba sedikit pasal si Abil. Alkisahnya begini, selepas penat gubah hantaran, iron uniform, bukak langsir, kemas rumah segala bagai, (oh ya, kakak kita nak kahwin hujung bulan ni :) otak aku mengatakan sudah tiba waktunya untuk tidur Teena. Ok tapi sebelum tidur kena pergi toilet dulu. Keluar jer toilet,
Ni hah, si budak Nabil Syazwan |
"Teena, kau dengar tak ada orang panggil 'Wan'?", tanya kakakku.
(Dengan muka blur) "Aah lah, ada orang panggil 'Wan'. Abil, ada orang panggil kau lah kat luar."
Abil sengih jer, antara ikhlas & tak.
"Abil, ada orang panggil kauu, pergilah tengok."
Sekali lagi dia hanya mampu tersenyum.
Waaaannn...(baca dengan nada seram)
"Habislah kau malam ni, masa tidur jangan pandang tepi tau, nanti ada 'orang' tidur sebelah kau" best pulak sakat budak ni tengah-tengah malam buta.
"Nanti tengah-tengah malam kang, mesti 'dia' datang nak carik kau" Akak aku pulak kacau dia.
Serius, cuak kot muka dia.
"Nanti tengah-tengah malam kang, mesti 'dia' datang nak carik kau" Akak aku pulak kacau dia.
Serius, cuak kot muka dia.
Okay, malas nak layan budak ni terus masuk bilik. Tapi sebelum tu stop jap kat depan pintu bilik sambil cakap "Waaaannn......" Sambil gelak besaaar.
10 minit kemudian...
Tiba-tiba ada orang tarik selimut aku. Dak Abil menyempit nak tidur sebelah aku pulak. Aishh. Posisi aku dekat dengan dinding, jadi ruang antara aku dan dinding memang sempit sangat. Boleh pulak dia baring kat situ sambil amik bantal bucuk tutup muka. "Eeee, weh kau dah besar tau tak" menyibuk laahh. "Ala takpelah, esok Kak Lia keje malam, Abil teman kan akak lagi eh".
Hello, kau temankan aku ke aku yang temankan kau? Tapi malas nak layan, biar jelah dia...
Sebelum tidur tu sempat lagi usik, Waaaaannnnnnnn.....
Hahahaha. Gelak seperti ahli sihir.
Ini dia Kakak Teena yang gelak macam ahli sihir. Muka macam berani jer nak takut-takutkan Abil eh. Padahal orang ajak tengok Highland Towers, tak nak, tengok citer Penanggal, tak nak. Pastu bila malam-malam ada iklan citer hantu cepat-cepat tukar channel. Padahal iklan je kot.
Ala, rileks la, kalau aku tak kacau kau mesti kau bosan kan. Mesti kau boring takde orang nak layan kau. Even homework kau pun aku tolong ajarkan. Itupun kau nangis setiap kali aku ajar kau. Haha. Memang betul-betul ahli sihir. Dah tu aku nak ajar kau mengaji pun susah, sebab tu aku download iqra kat ipad, at least masa kau tengah main game, boleh aku suruh kau baca iqra tu.
Eh jap, kenapa aku tulis entri pasal kau ni Abil ??? ah, alang-alang dah taip publish kan jelaa. Kang tak publish, nangis. lol. Nanti bila kau dah besar & terbaca entri ni mesti kau rindu kat aku. Hah, tak rindu? Kbai.
hahahaha .. tak baik tau kakak-2 abil nih .. haha , padah bila kena usik . Tetiba terkenang zmn kecik-2 dulu , terkejut dgn cita hantu , lari lintang pukang nyorok bawah ketiak abah . Rasa bawah ketiak abah tmpt paling selamat . hahaha .
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu di kampung ada seorang kawan yg suka menyakat budak-budak lain waktu malam ketika mereka balik mengaji Quran. Dia suka berpakaian seperti hantu dan bersembunyi di balik pokok rimbun untuk mengusik orang, Suatu malam ketika berada di bawah pokok untuk menyakat budak2 lain, dia melihat seorang wanita berambut panjang dan bermata merah berada di sebelahnya. Itulah padahnya nak menakut2kan orang, akhirnya demam seminggu!!
ReplyDeleteHahaha..teringat pula zaman anak-anak dulu... Banyak kisah-kisah yang men cuit hati bila mengenangkannya... penggilan kawan2 ajak main bola,lompat tali,bola selipar,bola tin.guli macam2... hahah
ReplyDeleteSian wan..kakak2 buli wan ye....
ReplyDeleteBestnya kakak teena nak kawin..pic yg dia yg kat atas tu ye..?mcm model je style dia....perangai akak sama dgn kkak teena,tak tgk langsung cerita seram,iklan diapun akak tk tgk,teena percaya tak,akak dh lima tahun tk tgk tv semasa di rmh sendiri,sbb takut wpun ternampak iklan drama seram tu,tgk tv masa blk rmh mak akak je....kat rmh sendiri,tinggal sorg2,blh mati keras dok dlm bilik la akak ketakutan....
Akak tak tengok tv kat rumah? Kalau saya macam tak bermakna duduk di rumah tanpa tv :(
DeleteBtw, 'kakak Teena' refer to Teena. Yang tak tengok citer seram adalah saya. And gambar tu gambar saya lah kak. Hehe
Awww. comel je kakak Abil sorang ni. Teringat pula, hari tu baru tengok crite Highlad tower online. Tengok ramai-ramai, sebab nanti kurang takut sikit. heee~
ReplyDeleteahahaha kesiannya wan ketakutan..huuuu
ReplyDeletehahaha..menyakat ye....:)
ReplyDeletewannnnnnnnnnnnnnnnn
ReplyDeleteALAAAA , dia menyakat sebab dia saje nak manje2 dengan akak dia lah tu , heee
ReplyDeletetopik dan intro seram tu berkesan la..akak baca langsir nampak mcm 'langs..r'..huaa..
ReplyDeleteBest juga baca story ni... mcam kelakar pun ada hehe
ReplyDeleteYaya..sya dpt bygkn cmna wan tu disebut..hehe..dulu suka jugk nyakat ank2 sedara..skrg diaorg dah besar..blik kita pulak yg disakatnya..ngeh..ngeh..
ReplyDeleteOhhh gelak mcm ahli sihir ya...tapi sayangnya akak tak dapat dgr gelak tu..hihihi..
ReplyDeleteTapi tak pe, masih tatap comel lagi....
dia pasti rindu tu nanti hehee nice story :)
ReplyDeletenak tidur pun sempat gurau tahap seram.. kalau fiza mmg takut dah sbb fiza nie penakut..
ReplyDeletesy suka tgk cerita seram mihmih
ReplyDelete:p
biasa la menyakat sesama family..
ReplyDeleteaiii abil...be a good boy ya...n jgn lupa kim salam kt kakak tina..ckp nk pinjam spec dia nt..hehe
ReplyDeletehahha. so sweet korang adik beradik ni :D
ReplyDeletehikhikhik. mmg best usik adik2 ni XD
ReplyDeletewannn hahahaha kelakar ^_^ terbaik mengusik adik
ReplyDeletehehe i thought u wanna tell a horror story..it turns out funny. hehe. btw, nice bag!
ReplyDeleteKakak yang nakal nii.. Hee. Waktu adik2 kecik2 lah nak kacau diorang dengan benda2 macam ni. Hehe..
ReplyDeleteIshhhhhh ingat betul betul haih baru nk tutup je blog akak ni hahahahhahahah
ReplyDeletehuh *gosok dada*
pheww~ hihihi
hahha...jahat...kesian dia...hehehe
ReplyDeleteSalam teena....
ReplyDeleteBuat apa hari minggu ni...?
ahahaha...tak bek kacau adik :D
ReplyDeletekesian plak..haahah
ReplyDeletehahaahhaah bt suspen je tau... baru akak nk seram... rupe nyer ni cite kelako
ReplyDeleteWah..lawa rupamya teena ni..unik gaya dlm pic tu.. suka menyakat adik ye. Haa.. bila lagi kan?
ReplyDelete