Tuesday, 10 December 2013

Asal Balik Kerja Jer Makan, Asal Makan Jer Balik Kerja

Asssalamualaikum w.b.t.

First of all, I would like to say thanks to my friend, Hanisah a.k.a. Cha (Cha, kalau kau tahu aku tulis nama kau kat sini agak-agak terharu tak -__-) because she willingly to drive me right after working hours just for buying some stuffs for my surprised-project . Hmm, what project? Secret. Nama pun surprise, so tak boleh bagitahu, kalau tak bukan surprise lah namanya kan. 

Lepas beli all sort of the stuffs, Cha ajak kitorang pergi makan kat See U ataupun nama glamour dia 'Jumpa-Awak-Lagi-Minggu-Depan'. Aku pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak nama, nama See U jugak yang dipilih oleh pemilik restoran ini. Motif amik gambar sambil tutup muka dengan  buku menu tu sebab nak cover muka lepas balik kerja. Selekeh weh, even Cha cakap style aku time pergi kerja/kuliah berbeza gila dengan style bila berjimba-jimba. Aku pun rasa macam tu jugak. Sebab mood nak belajar tu tak sama dengan mood nak ber'enjoying'. Sebab mungkin jugak mood nak pergi kerja & kuliah tak soo happening macam nak pergi tengok wayang, shopping, jalan-jalan. Hipotesis nya, semakin bergaya baju yang aku pakai, semakin gembira mood aku pada hari itu. Adakah hipotesis ini diterima?
Eh eh kenapa rasa macam melalut jer ni? Okay, ni che nak mai bagitau kat hampa tadi che makan mee kat restoran 'See U' (haa, kan senang cakap straight to the point). Nampak macam sama jer ketiga-tiga mee ni kan, tapi sebenarnya lain-lain. Ada Traditional Mee Pan, Tom Yam Mee Pan & Vege Mee Pan. Basically kat sini makanan berasaskan steamboat tapi macam tak reti nak pilih yang mana satu, aku pilih mee jer. Dan diorang pun ikut aku nak makan mee jugak. Yang sedihnya punyalah lama aku nak habiskan mee ni sebab mungkin bukan selera aku kot. Nasib baik ada Abu yang offer nak tolong habiskan mee nih. Tq  Abu! Lepas tu bila dalam kereta rasa nak terkucil sebab hirup sup dia banyak sangat, Cha kau tak perasan ke aku menahan sesuatu kat dalam kereta tadi? hahaha.
Beberapa hari yang lalu, kitorang pun ada keluar jugak pergi makan lepas working hours. Haaii, stress sangat ke asal lepas kerja jer nak mencekikdarah. So masa tu kitorang pergi makan kat Nando's. Cha jugak yang drive kitorang kat sini. Nampak macam sikit jer makanan dia. Ini meal untuk sorang. Kalau 3 orang tu nampak macam banyak jugak lah. Masa ni perut kenyang giler, tengok juga lah harga dia kan. Ok, dah masuk perut, tak payah nak menyesal sangat lah kan. 

Ini gambar pergi makan kat De Pauh Garden, Penang. Siang tu ada exam kot, tu yang memalam release tension pergi makan King Burger kat sana. Mood nak me'release'kan tension, kite pakai lain sikit malam tu. Lain ke style aku? Maybe aku tak pernah pakai shawl ke kelas kot tu yang diorang kata aku lain. Maybe kot.
Okay ini gambar takde kena-mengena dengan tajuk entri. Tadi masa pergi mengaji kat surau, ada sorang mak cik matron bagi aku kad kahwin anak dia. Aku tak kenal sangat pun dia, baru first time nampak dia kat kelas mengaji tadi. Tapi kad dia serius unik, bentuk passport gitu. Agak-agak lepas pergi kenduri kahwin ni boleh fly ke Istanbul, passport sponsor dari penaja la katakan. 

Alamak dah pukul 12 pagi??? esok che nak p kerja na. Tidur dulu. Nunite semua =)

p/s- fuhh, akhirnya berupdate juga blog ni (lap dahi)

 Tengah tunggu duit JPA masuk nanti nak ajak diorang makan-makan lagi :) 

43 comments:

  1. Arghhh. Sedapnya! Bestkan kalau makan luar dengan kawan3. Suke sangat. Tapi nanges tengok purse di hujung bulan... heee~

    ReplyDelete
  2. hehehehe biasalah tu dulu2 masa student kejenyer lapo je dik oi... masa praktikal lg lah mkn tak hengat
    tp nengok sume menu2 tuh mmg serius akak terliur pagi2 buta nih dik oiiii udahla tak bfast lg

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kat dalam jj aeon. Lepas shopping terus kitorang serbu. Hehe

      Delete
  4. Byaknye gambar makanan...terlioq dibuatnye

    ReplyDelete
  5. wahwah.. banyaknya makanan.. lapo balik..hahaha..

    ReplyDelete
  6. Eeeeeerrrrhhhhhhhhgggggghhhhhrrrrrhhhhhh....sedapnya... knapa la tjuk maknan ni? kesian Abak..hahahahahahhaha..terliur...

    ReplyDelete
  7. tengah lapar burger ni.
    tgk burger tu. wahhhhhhh.
    hm hm =c

    ReplyDelete
  8. "Passport perkahwinan"?, wauuuu...uniknya kad. Kalau saya kawin satu lagi nanti, dah ada idea bagaimana bentuk kad nya....(nasib baik isteri tak baca komen gatai ni...), hehehehehe....

    ReplyDelete
  9. adehh Na dah lapar tiba2 ni -.- huhu

    btw, cantik laa kad kahwin tu ^^ suke

    ReplyDelete
  10. The food looks delicious, the pasport wedding card is unique but I read your past posts and saw the clean room "angkasa lepas" suit. Reminds me when I worked in a factory before. Leceh betul nak sarung baju ni haha.

    ReplyDelete
  11. nando's always make me droooooooling.. ayoyo..
    hahaha... uniknya kad kahwin tu..

    ReplyDelete
  12. sedapnya makanan yg ada dlm entry ni..rasa lapar..ehehhe

    ReplyDelete
  13. uniknya kad kahwin..xpernah jumpa sblum ni.hehe

    ReplyDelete
  14. haha cam comel je nama See Youuuuuuuu...... "Nak makan kat mana?" "See You la" "Okay, see you" "Okay, see you too"

    ReplyDelete
  15. perghh. vip class tu. kantoi. haha

    ReplyDelete
  16. masih lagi x berkesempatan merasa burger de pauh garden.. hhehe

    ReplyDelete
  17. xpernah makan lg burger de pauh garden walaupun dekat dgn rumah.. nampak sedap2 makanan tu

    ReplyDelete
  18. sedapnya kentang tu haa ! haha mee pan macam makanan cina je. mesti sedap nie erk. huhu

    ReplyDelete
  19. amboih,sedapnya makan! haha :D kad kahwin tu memang sangat unik,hehe :) tak penah nampak kad kahwin macam tu,kreatif betul! hehehe :D

    #comellah akak pakai shawl,hihi ^_^

    ReplyDelete
  20. ika pun suka makan, itu yang suka baking suka memasak tu miahahaha

    ReplyDelete
  21. Salam rindu teena...

    Makan la selagi ada selera....nikmat tuhan tu tp jgn berlebihan dn membazir...

    Akak agak bz sekarang ni teena..akak cuma rombak bloglist je...aritu bercampur gaul lelaki dn wanita....hehehe...sekarang ni akak d asingkan.....

    ReplyDelete
  22. makan tu satu nikmat juga.. hehe :) selagi boleh makan, kita makan..

    ReplyDelete
  23. Perghhh nikmat betul dapat makan .. Comellah akak .. Mana ada selekeh ..

    ReplyDelete
  24. asal balik keje je, makan.. asal makan je, masuk blog.. hehehe

    ReplyDelete
  25. Erhh.. Terliur tengok maknan. Dah la tengah lapar. Hihiihi

    ReplyDelete
  26. Wei teliur dowh tgk makanan nie... Asal makan je balek keje.. Hehe

    ReplyDelete
  27. sodapnya..tgh lapo xmakan lagi.. haha...bw dlu blog kawan2.. :D

    ReplyDelete
  28. sedap nye dapat makan burger..favorite sye taw hehe..btw unik la kad kawen tu..

    ReplyDelete
  29. eh orang penang ke?
    sy selalu juga balik kampung
    kampung kat BM :)

    kalau all cousins ada, memang port lepak
    kitorang kat de pauh :)

    ReplyDelete
  30. hipotesis kita sama. haha!

    See U? unik je nama See U tu.. hehe

    ReplyDelete
  31. nampak macam menarik nama restoran ni, haha. Walaupun ianya sudah hampir seminggu di tulis, tapi apakandaya huda baru sempat jengah blog ni. maaf lambat balas jejak awak, hehe... By the way nice entry (sambil baca sambil senyum gitu =D) , hahaaaa....
    Ok.. Selamat ber-practical ^_^

    ReplyDelete
  32. terliur lak tgk mknan2 tu..lapaaa!haha...mmg unik kad kwn tu!best!

    ReplyDelete
  33. hahaha .. Dayah baca word "PASSPORT" ja , x usha perkataan "PERKAHWINAN" .. ingtkan nak fly p mana tdi , baca-2 lagi , rupanya kad kahwin . 1st time jumpa pun blh dpt kad , wow !

    ReplyDelete
  34. Suka tengok org pakai shawl cantiklah TT
    Ohhhh sungguh dahsyat Kad kawin zaman sekarang ni yeh

    ReplyDelete
  35. salam..selamat pagiiii......terliur tgk mkanan2 tu..huhu...eh kad kahwin ke? daysatnyer kad kawen..canggih

    ReplyDelete
  36. wahhh syoknyaa makan2.. hee skarang memang banyak kad2 undangan yg lawaa2, unik2 camtu kan

    ReplyDelete
  37. err.. dah la perut tengah lapar.. akak post pasal makanan.. huhu.. eh? tu kad kahwin ker? mula mula ingatkan tu passport betul.. tertipu nampaknya... huhuhuh :D

    ReplyDelete
  38. Makan sedap2 tu yang seronok.. huhuu.. :D
    Serius itu kat kad kawin.. lawa benor.. memang bagus la idea nie.. tak dtg kenduri kawen tak fly ke istanbul la hahaa.. :D
    Salam Kenal..

    ReplyDelete
  39. cantik kad kawin tu (ok tak de kne mngena) hehehe. bella pun suka makan. kite geng !!

    ReplyDelete
  40. wahh bestnya !! kad kawin tu pun cantik hehe

    ReplyDelete