Monday 2 December 2013

...Wan... (Sila sebut dengan nada yang anda rasakan paling seram)

Assalamualaikum w.b.t.

Tempat kejadian : Ruang tamu rumah
Masa : 1.00 pagi (beberapa hari lepas)
Retis : Abil, Teena, Kak Lia

The name of my lil bro is Nabil Syazwan. Her friends called him Syazwan@Wan while we (my family) called him Nabil@Abil. Biasanya kawan-kawan dia bila nak ajak si Abil main kat luar rumah, dia akan panggil dengan nada Wannn (ala, aku tulis kat sini pun korang tak boleh dengar kan, takpe buat-buat faham jela eh). In fact, panggilan dengan nada ini hanya disebut oleh sorang kawan dia a.k.a sepupu kitorang.

Ni hah, si budak Nabil Syazwan
Okay, rasanya intro ni dah menerangkan serba sedikit pasal si Abil. Alkisahnya begini, selepas penat gubah hantaran, iron uniform, bukak langsir, kemas rumah segala bagai, (oh ya, kakak kita nak kahwin hujung bulan ni :) otak aku mengatakan sudah tiba waktunya untuk tidur Teena. Ok tapi sebelum tidur kena pergi toilet dulu. Keluar jer toilet,

"Teena, kau dengar tak ada orang panggil 'Wan'?", tanya kakakku.
(Dengan muka blur) "Aah lah, ada orang panggil 'Wan'. Abil, ada orang panggil kau lah kat luar."
Abil sengih jer, antara ikhlas & tak.

"Abil, ada orang panggil kauu, pergilah tengok."
Sekali lagi dia hanya mampu tersenyum.

Waaaannn...(baca dengan nada seram)
"Habislah kau malam ni, masa tidur jangan pandang tepi tau, nanti ada 'orang' tidur sebelah kau" best pulak sakat budak ni tengah-tengah malam buta.

"Nanti tengah-tengah malam kang, mesti 'dia' datang nak carik kau" Akak aku pulak kacau dia.
Serius, cuak kot muka dia.

Okay, malas nak layan budak ni terus masuk bilik. Tapi sebelum tu stop jap kat depan pintu bilik sambil cakap "Waaaannn......" Sambil gelak besaaar.

10 minit kemudian...

Tiba-tiba ada orang tarik selimut aku. Dak Abil menyempit nak tidur sebelah aku pulak. Aishh. Posisi aku dekat dengan dinding, jadi ruang antara aku dan dinding memang sempit sangat. Boleh pulak dia baring kat situ sambil amik bantal bucuk tutup muka. "Eeee, weh kau dah besar tau tak" menyibuk laahh. "Ala takpelah, esok Kak Lia keje malam, Abil teman kan akak lagi eh".

Hello, kau temankan aku ke aku yang temankan kau? Tapi malas nak layan, biar jelah dia...

Sebelum tidur tu sempat lagi usik, Waaaaannnnnnnn.....

Hahahaha. Gelak seperti ahli sihir.

Ini dia Kakak Teena yang gelak macam ahli sihir. Muka macam berani jer nak takut-takutkan Abil eh. Padahal orang ajak tengok Highland Towers, tak nak, tengok citer Penanggal, tak nak. Pastu bila malam-malam ada iklan citer hantu cepat-cepat tukar channel. Padahal iklan je kot. 

Ala, rileks la, kalau aku tak kacau kau mesti kau bosan kan. Mesti kau boring takde orang nak layan kau. Even homework kau pun aku tolong ajarkan. Itupun kau nangis setiap kali aku ajar kau. Haha. Memang betul-betul ahli sihir. Dah tu aku nak ajar kau  mengaji pun susah, sebab tu aku download iqra kat ipad, at least masa kau tengah main game, boleh aku suruh kau baca iqra tu. 

Eh jap, kenapa aku tulis entri pasal kau ni Abil ??? ah, alang-alang dah taip publish kan jelaa. Kang tak publish, nangis. lol. Nanti bila kau dah besar & terbaca entri ni mesti kau rindu kat aku. Hah, tak rindu? Kbai.


31 comments:

  1. hahahaha .. tak baik tau kakak-2 abil nih .. haha , padah bila kena usik . Tetiba terkenang zmn kecik-2 dulu , terkejut dgn cita hantu , lari lintang pukang nyorok bawah ketiak abah . Rasa bawah ketiak abah tmpt paling selamat . hahaha .

    ReplyDelete
  2. Masa kecik2 dulu di kampung ada seorang kawan yg suka menyakat budak-budak lain waktu malam ketika mereka balik mengaji Quran. Dia suka berpakaian seperti hantu dan bersembunyi di balik pokok rimbun untuk mengusik orang, Suatu malam ketika berada di bawah pokok untuk menyakat budak2 lain, dia melihat seorang wanita berambut panjang dan bermata merah berada di sebelahnya. Itulah padahnya nak menakut2kan orang, akhirnya demam seminggu!!

    ReplyDelete
  3. Hahaha..teringat pula zaman anak-anak dulu... Banyak kisah-kisah yang men cuit hati bila mengenangkannya... penggilan kawan2 ajak main bola,lompat tali,bola selipar,bola tin.guli macam2... hahah

    ReplyDelete
  4. Sian wan..kakak2 buli wan ye....
    Bestnya kakak teena nak kawin..pic yg dia yg kat atas tu ye..?mcm model je style dia....perangai akak sama dgn kkak teena,tak tgk langsung cerita seram,iklan diapun akak tk tgk,teena percaya tak,akak dh lima tahun tk tgk tv semasa di rmh sendiri,sbb takut wpun ternampak iklan drama seram tu,tgk tv masa blk rmh mak akak je....kat rmh sendiri,tinggal sorg2,blh mati keras dok dlm bilik la akak ketakutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tengok tv kat rumah? Kalau saya macam tak bermakna duduk di rumah tanpa tv :(
      Btw, 'kakak Teena' refer to Teena. Yang tak tengok citer seram adalah saya. And gambar tu gambar saya lah kak. Hehe

      Delete
  5. Awww. comel je kakak Abil sorang ni. Teringat pula, hari tu baru tengok crite Highlad tower online. Tengok ramai-ramai, sebab nanti kurang takut sikit. heee~

    ReplyDelete
  6. ahahaha kesiannya wan ketakutan..huuuu

    ReplyDelete
  7. ALAAAA , dia menyakat sebab dia saje nak manje2 dengan akak dia lah tu , heee

    ReplyDelete
  8. topik dan intro seram tu berkesan la..akak baca langsir nampak mcm 'langs..r'..huaa..

    ReplyDelete
  9. Best juga baca story ni... mcam kelakar pun ada hehe

    ReplyDelete
  10. Yaya..sya dpt bygkn cmna wan tu disebut..hehe..dulu suka jugk nyakat ank2 sedara..skrg diaorg dah besar..blik kita pulak yg disakatnya..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  11. Ohhh gelak mcm ahli sihir ya...tapi sayangnya akak tak dapat dgr gelak tu..hihihi..
    Tapi tak pe, masih tatap comel lagi....

    ReplyDelete
  12. dia pasti rindu tu nanti hehee nice story :)

    ReplyDelete
  13. nak tidur pun sempat gurau tahap seram.. kalau fiza mmg takut dah sbb fiza nie penakut..

    ReplyDelete
  14. sy suka tgk cerita seram mihmih
    :p

    ReplyDelete
  15. biasa la menyakat sesama family..

    ReplyDelete
  16. aiii abil...be a good boy ya...n jgn lupa kim salam kt kakak tina..ckp nk pinjam spec dia nt..hehe

    ReplyDelete
  17. hahha. so sweet korang adik beradik ni :D

    ReplyDelete
  18. hikhikhik. mmg best usik adik2 ni XD

    ReplyDelete
  19. wannn hahahaha kelakar ^_^ terbaik mengusik adik

    ReplyDelete
  20. hehe i thought u wanna tell a horror story..it turns out funny. hehe. btw, nice bag!

    ReplyDelete
  21. Kakak yang nakal nii.. Hee. Waktu adik2 kecik2 lah nak kacau diorang dengan benda2 macam ni. Hehe..

    ReplyDelete
  22. Ishhhhhh ingat betul betul haih baru nk tutup je blog akak ni hahahahhahahah
    huh *gosok dada*

    pheww~ hihihi

    ReplyDelete
  23. hahha...jahat...kesian dia...hehehe

    ReplyDelete
  24. Salam teena....

    Buat apa hari minggu ni...?

    ReplyDelete
  25. ahahaha...tak bek kacau adik :D

    ReplyDelete
  26. hahaahhaah bt suspen je tau... baru akak nk seram... rupe nyer ni cite kelako

    ReplyDelete
  27. Wah..lawa rupamya teena ni..unik gaya dlm pic tu.. suka menyakat adik ye. Haa.. bila lagi kan?

    ReplyDelete