Tuesday 31 December 2013

2013 : First Time in My Life

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan sama ada manis mahupun pahit telah kita lalui. Bagi aku tahun ini banyak perkara yang telah di'explore'. Rasa terharu pun ada sebab tahun 2013 terjadinya moment-moment "First Time in My Life". Bila fikirkan balik rasa kelakar pulak sebab orang lain dah banyak kali merasa perkara macam ni, aku jer yang baru nak rasa.

1. First time berkayak

Aku suka aktiviti yang adventurous. Bila dapat berkayak ni rasa happy giler. Tapi kalau naik canoe kat cerun sungai mesti lebih seronok. 

2. First time berjungle trekking

Alahai layu jer muka masa ni. Dulu  bila dapat tahu aku tak terpilih ke PLKN, frust giler beb. Sampai nangis-nangis kot. Sebab PLKN satu-satunya platform aku nak merasa aktiviti lasak yang mencabar fizikal & mental. Bila masuk universiti baru dapat merasa sikit-sikit, itu pun setelah aku sengaja mengaktifkan diri dengan aktiviti anjuran pelbagai persatuan.

3. First time berholiday with the whole classmates



Holiday di Pulau Langkawi. Seronoknya dapat keluar berjimba beramai-ramai. Dari A hingga Z semuanya kitorang yang setting & plan sendiri. Tapi ada 2-3 orang yang tak dapat join, rugi woo korang-korang (classmates aku) yang tak ikut ke Langkawi ni. Serius rasa macam kita satu famili and lepas balik holiday, kat dalam dewan kuliah asyik teringat Langkawi jer. Hehehe

4. First time attending Annual Dinner


Sebenarnya ada cerita yang agak pahit di sebalik dinner ni. Lagi sekali classmate aku yang banyak conquer malam tu. Havoc jugaklah. Dari emcee, prince, princess, persembahan, semua terdiri daripada classmate aku. Nak tahu tak apa kenangan pahit tu? Aku terlepas  bas T_T. Jangan tanya aku macam mana aku boleh ke sana. 

5. First time pergi oversea


Nasib baik tak tersesat tau pergi negara orang dengan adanya peta ini. Walaupun perjalanan berapa jam jer nak ke Singapore, kira oversea lah tu dapat keluar Malaysia jap. 

6. First time ada wedding event kat rumah sendiri


Wedding ni beberapa hari lepas, buat pertama kalinya rumah aku telah diserbu oleh ribuan manusia. Seronok, meriah, gembira, frust, sedih, geram, penat, semua perasaan ada. Nak tahu siapa pengantinnya? Kita tunggu dulu, yang penting bukan aku lah yee.

7. First time masuk sawah


Ini adalah kesinambungan no 6. Seumur hidup aku inilah pertama kali aku ke sawah. Tapi tak adventure sangat sebab tak dapat cabut padi, tak  dapat jumpa belut, tak dapat pakai topi sawah tu, tak dapat jumpa orang-orang. Eh, macam banyak jer yang tak dapat, takpe lepas ni dapat lah kot. Sejuk jer mata memandang kehijauan sawah ni. Ditambah pula dengan kitorang yang turut 'hijau', terasa seronok sangat. Angin dia kuat tapi sejuk, baik tak tercabut tudung kite.

8. First time ada lesen kenderaan

Ini lesen lama. Sekarang dah P. yeah !!!

9. First time terlupa dah setahun berblogging

Ini paling tak tahan. Macam mana le aku boleh lupa 'hari jadi' blog ni. Dah sebulan berlalu baru perasan blog ni dah setahun umurnya. Cuba korang baca entri pertama aku, comel tak. Hee. Mula-mula tak aktif pun, tapi setelah beberapa bulan, baru nak merajinkan diri.

Hmm...lagi apa ye yang first time aku buat dalam tahun 2013? Nanti kalau tiba-tiba teringat aku update jelah. Nampaknya ini adalah entri terakhir aku dalam tahun 2013, lepas ni kita jumpa lagi tahun depan. Okay, nak tutup pintu 2013, nak buka pintu 2014. 


*tiba-tiba terfikir andai tahun 2014 adalah tahun terakhir kehidupanku. kita semakin dekat dengan kematian.

25 comments:

  1. Waaaaahhhh!!!! sangat menarik pengalamannya..

    ReplyDelete
  2. Wahhh pnglaman yg menarik utk 2013. Kekalkan ia sbg kengan yg terindah :)

    ReplyDelete
  3. Banyak pengalaman baru kan. Saya pun banyak sangat pengalaman baru untuk tahun ni. Sayang nak tinggalkan tahun ni ^^

    ReplyDelete
  4. Kayak tu menarik. Syoknya kalo dpt bkyk

    ReplyDelete
  5. Happy New Year dik! May 2014 bring a lot of happiness and a lot of first time too for u :-)

    ReplyDelete
  6. sebab itu orang cakap,pengalaman itu sangat bermakna..^^

    ReplyDelete
  7. first time pegi sawah jumpa pacat tak? hahaha

    saya first time pegi sawah lompat2 sebab happy jumpa pacat (padahal sbb geli pacat naik kaki..hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sawah tu dah kering, lagipun saya tak masuk dalam sangat. tapi masa jungle trekking kat hutan banyak giler pacat. seronok & geliii...

      Delete
  8. Saat paling bahagia dan indah bagi saya ialah bila first time jadi suami, rasa sangat bahagia. Dan hingga sekarang masih merasai keindahan first time itu kerana tak mungkin akan ada second time jadi suami!!

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru masihi cik teena :)

    ReplyDelete
  10. Waaaaaa ! banyaknya pengalaman 2013 Teena . Dayah x pernah berkayak . Owh ya ! sawah padi tgh berangin , best lari-2 bawak layang-2 . Ada jumpa pacat tak ? hahaha . Selamat Tahun Baru Teena *knock knock knock* (ketuk pintu tahun 2014)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawah tu macam takde pacat jer. takpe next time pergi saya bawak layang2. hehe

      Delete
  11. first time rasa nak pergi brkayak haha

    ReplyDelete
  12. Salam teena..

    Firsttime yg sgt menarik dlm hidup teena sepanjang 2013...tahniah...

    Selamat menyambut tahun 2014....

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa! Nad tak pernah satu je, pergi sawah! Teringin sgt tauuu

    ReplyDelete
  14. banyaknye first time tu teena.... :)
    semoga 2014 lebih baik untuk teena ya~

    ReplyDelete
  15. wah meriahnya..seronok je tgk.. :) main pantai..kayak tu teringin nak cuba tp blm ada kesempatan... :)

    ReplyDelete
  16. Banyaknya first time..msti best kan.. Salam kenal dik.. Dtg melawat kejap ni..hehe

    ReplyDelete
  17. Wah, best nyer pergi kat oversea.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. amboi...semua first time betul punya banyak..hehehe...

    semoga tahun 2014 lebih baik buat teena yup :D

    ReplyDelete
  19. Happy new year! scha pn suka buat xtvt lasak2 jugak.. scha masih belum merasa pegi annual dinner, holiday dgn classmate n lesen sendiri. hee ;)

    ReplyDelete
  20. Semoga 2014 lagi baik dari 2013. :D

    ReplyDelete