Monday 6 January 2014

Kakak Kite Dah Kahwin

Assalamualaikum
"Ayah, ada orang ajak Lia kahwin"

Teringat perbualan antara Kak Lia (my sis) dengan ayah pada suatu malam. I felt like "Seriously??? tak pernah citer pun ada pakwe???". Terperanjat sangat tau. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Bulan 7 bagitahu ada orang ajak kahwin, bulan 8 bertunang & bulan 12 kahwin.

Tak puas hati, aku tanya bila akak kenal dia. Rupanya awal tahun 2013. Ada lah cerita di sebalik tu. And hujung 2013 dah kawen. (happy ending :) Eh, rasanya bukan ending, tapi starting lah. So, pada 27/12/2013 gelaran Cik Liyana telah bertukar kepada Puan Liyana. Keesokannya majlis dari  pihak perempuan (my family)

Enjoy the picture :)
Kite amik gambar ni dari penaja, Tom De Sauza

Terasa suasana kampung sewaktu majlis ini berlangsung. Walaupun selama ini memang tinggal di situ, tapi kali ini lain sikit rasanya. Baru perasan "oh, aku tinggal kat kampunglah. Bestnyerrr". Rumah kayu ni rumah nenek aku. Inilah satu-satunya gambar akak dengan mak & ayah. Serius busy giler satu hari tu, tak sempat nak bergambar sana sini.

Tema kitorang purple kuning. Kerja aku susun benda goodies nih. Lepastu, 'teena, mak kau letak pinggan kat mana?', 'kunci bilik kat sape?', 'meja bulat simpan kat mana?', 'ada sabun lagi tak?', 'ayam tak cukup nii'. Hahaha, terasa macam nak menangis time tu jugak. "which one should I do?"

Inilah projek aku. Photobook & guestbook. Yang duduk tu nenek kite. Aku pakai rembat jer mana-mana lidi  pastu suruh diorang posing, sebab tu terjadinya 'i am next' oleh mak cik berjubah hitam tu. Kalau diorang tahu maksud perkataan tu, memang habislah aku. Heee.

Majlis pada sebelah malam juga berlangsung dengan agak meriah. Mana taknya, semasa kumpulan marhaban sedang ber-ya-hanana, bunga api (yang macam tahun baru tu) juga telah dipasang. Hampir beberapa minit suasana terasa 'Wooww'. Pada malam tu jugak agak ramai tetamu yang datang. Mak pulak dah risau takut makanan tak cukup. At the end, everything goes smoothly. Bila semua orang dah balik, dak Ati & Abil berkaraoke. Aku tahan gelak jer dengar diowang nyanyi.



Akhirnya ada jugak gambar 1 family, walaupun pengantin lelaki pandang ke mana. Masa pakai baju purple tak sempat nak bergambar, kalau ada pun kat kamera photographer. Sibuk sangat nampaknya kan.


Wawawa. First time kite salam pengantin kat pelamin. Kalau tak, datang amik makanan, tengok pengantin waah-cantiknya-dia then terus balik.


Kemain angin kat sawah ni. Dah macam iklan nak tunjuk jam tangan pun ada. Yang seronoknya rumah abang ni (eh, baru perasan yang kite dah ada abang) kat tepi sawah. Sukaa sangat.

Selamat pengantin baru Kak Lia & Abang Zack. Semoga berkekalan hingga ke syurga :)
Selamat tahun baru juga kepada semua pembaca :)


37 comments:

  1. Assalamualaikum teena. siot je kalau makcik tu tahu maksudnya terkono dia. hihi. barakallah buat pengantin baru. manis akak awak. hehe. sebagai adik, awak mesti busy kan.. hehee. comelnya tema hijau. macam kita dulu. huhuu >_______<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dulu akak tema hijau jugak ea. lawa kan color hijau. Hehe, tak sempat lah nak pilih lidi tu. ini kira bertuah la jugak dapat bergambar kejap. Lepastu memang dah tak terlayan, tetamu datang macam air, even nak makan pun tak sempat. Teena malam tu baru dapat makan :(

      Delete
  2. salam rindu teena. . .
    tahniah buat puan liyana. .tahniah teena dh dpt abg ipar.anggota baru dlm keluarga. . i am next ke makcik. . ? hehe.kalau mkcik tu bujang apa salahnya. .

    habis dh ke goodies tu. . ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rindu juga kak Wirda :)
      Goodies, makanan semua memang cukup-cukup. Kesian jugak kat sedara mara yang tak dapat bawak pulang makanan banyak-banyak. Maybe sebab anak sulong, tu yang ramai tetamu. Takpe, nanti time majlis Teena akak datang tau, kite bagi goodies special untuk akak ^,^

      Delete
  3. wah... tahniah... bagus xlambat2 kan kahwin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents kitorang terima seadanya. Benda baik kena cepatkan. Hehe

      Delete
  4. cantik pengantin... tahniah utk akak teena yek... moga berkekalan hingga ke syurga... biasalah tu time majlis kt tempat perempuan mmg superb bz kan... teringat masa majlis kawin akak adik2 akak mmg bz maklum sume perempuan n sorang je lelaki yg bongsu mcm adik teena tuh... mak abah akak mmg bz sesangat2 menyambut tamu n salam kaut heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ngan ayah memang lagi busy, nak salam kaut lah kann. Tapi penat-penat pun rasa gembira sebab kita dapat berkumpul bersama sedara mara, jiran2. Terasa kerapatan silaturrahim di situ. Dah lah adik beradik kitorang ramai perempuan. Memang setiap kali busy jelaa.

      Delete
  5. Tahniah buat teena sekeluarga :-)

    ReplyDelete
  6. tahniah to your sis.. diam diam ubi ni..hehehe..

    ReplyDelete
  7. wah..cantiknya zaza tgk.. :) tahniah buat teena dan family..

    ReplyDelete
  8. tahniahh.. bestnya tengok banyak2 baju pengantin pakai

    ReplyDelete
  9. congrats dapat ahli baru dalam keluarga.. hehe..
    kakak anne pun kawin jgk baru2 ni, memang busy gila2.. rasa nak nanges je.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Sseronok kan bila dapat tolong handle majlis keluarga. Best sangat. Saya hari tu sampai suruh abang kawin masa kat msia sebab tak nak ketinggalan. Tapi mmg worth it! ^^

    Ehem3. Lepas ni giliran Teena ke? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, memang worth sangat. Hehe, doa-doa lah ye lepas ni Teena pulak.

      Delete
  11. Assalamualaikum Teena . Wahhh ! akak Lyana dah kawen . Tahniah Teena tambah ahli keluarga baru . Teena ada 3 beradik ja kan . Owh ya ! Dayah tahun lepas buat majlis kawen 3 skali . 3 org abg kawen serentak . Haaaa ! bz dia tu xyah dok kata la . Heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kitorang 4 beradik jer.
      3 orang kawen sekali??? Mesti lagi sangat busy kan. Tapi at least penat tu sekaligus. And jimat pun jimat.

      Delete
  12. tahniah3 :D hehe. cantik akak awak :)

    ReplyDelete
  13. wah..tahniah2...
    best gila tgk suasana kenduri kak teena :)

    ReplyDelete
  14. tahniah...best kan kenduri kalau ada family rmai ni..hehehe

    ReplyDelete
  15. cantik2 baju dia.. pelamin pon cantik. semua cantik..

    p/s: naya kat makcik jubah hitam tu. pe pon, nenek tu terbaik! haha :p

    ReplyDelete
  16. meriah.. cantik la umah kampung dia.. mesti seronok raya

    ReplyDelete
  17. tahniah...baca entri bsama zahidan..huhuhu... moga bahagia

    ReplyDelete
  18. Akak kite dah kawin, yg kite pulak bile agaknye....hehehehe..

    Semoga kakak di murahkan rezeki dan dilimpahi anak melebihi bilangan anak saya (6 orang sahaja)..

    ReplyDelete
  19. nak wat camni jugak la.
    cakap kat mak ayah, saya dah nak kahwin..hehe

    ReplyDelete
  20. Oke fine klasik sgt rumah tu !! best

    ReplyDelete
  21. nanti wedding ika jemput datang tau!!! nanti ika beritahu :) orang melaka kan kan kan ihiks

    ReplyDelete
  22. hahha.. kesian akak... hahha... satu jer nak tanya, akak bila lagi?? haha..

    ReplyDelete
  23. tahniah ye dapat abang ipar:)

    ReplyDelete
  24. wah, bestnya. Gambar-gambar pun cantik-cantik.
    Jodoh mudah tu.
    Sha ni entah bila..

    ReplyDelete
  25. tahniah :DD
    hee cantik kakak awak :D

    ReplyDelete
  26. wahh..tahniah :) cantik kakak awak

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum dan singgah sini dik...cantik akak adik...pelamin pun cantik...pakaian pun cantik jgk...eemmm....semua pun cantik...tahniah kepada kak adik...semoga berbahagia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  28. Waahh.. Ni baru bercinta lepas nikah namanya :) So sweet! Nak mcm ni jugak.. Haha.

    ReplyDelete