Thursday 20 February 2014

Cerita Petang Tadi

Assalamualaikum w.b.t.

Di suatu petang, sedang sibuk aku fokus bekerja. Tiba-tiba phone ku berdering.

"Assalamualaikum, ni Norfatina ke?"
"Ye, saya"
"Saya Prof N, dari Uxxxx"

Masa tu rasa Hah! Ada pihak universiti call aku??? Nak mintak aku sambung belajar ke??? 

Rupanya ada lecturer nak datang, nak tengok progres praktikal kitorang. Hmmm. Tapi baik jer suara Prof tu, aku tak kenal dia sebab dia dari univ lain. Tapi lembut jer dia cakap. So apa-apa hal dia akan contact aku. Nak confirmkan tarikh, tempat, or so whatever memang dia akan bagitahu aku dulu.

So, tadi tibalah hari yang dinantikan (setelah berhumpas pulas menyiapkan project-research-assignment) dia pun datang. Datang naik kenderaan universiti dari jauh & aku menjemputnya. Tapi agak kesian sebab dia tepaksa jalan kaki jauh untuk ke tempat kami sebab hospital kat sini memang besar.

Bila dah sampai dalam bilik tu, dia pun mula bercakap & bertanya kepada kami. Apa yang membuatkan aku dan rakan-rakanku yang lain tertarik ialah setiap perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Alhamdulillah, Syukur, Bismillahirrahnirrahim, Allahu akbar". Contohnya dia nak bagi markah kat kitorang, ada lima soalan, sebelum dia nak bagi kitorang markah dia akan baca Bismillah. Maksudnya, 5 kali dia baca Bismillah. Dan setiap ayat yang dia cakap mesti diiringi dengan pujian kepada Allah.

Selepas habis, perjumpaan tu kitorang pun keluar dari bilik tu. Tengah makan-makan, dia call aku sebab nak tanya kat mana nak suruh encik yang bawak kereta universiti tu nak ambil. Aku pun cakap dengan encik tu ambil kat bla bla bla. Pastu dia pergi dengan seorang pegawai. Aku baru ingat nak teman Prof tu, tapi bila nampak dia dengan pegawai tu, aku batalkan niatku. 

Memandangkan assignment kitorang tu tak siap lagi, aku pun pergi ke library hospital, keseorangan (first time pergi sana kot-tingkat 3 pulak tu-naik tangga-tapi ok jer) manakala kawan-kawan yang lain pergi solat dulu. Lagi sekali Prof tu call aku, dia cakap nak pergi solat tapi tak tahu kat mana surau. Aku pun turun semula, jumpa Prof tu. Dia cakap, pemandu tu akan ambil 15 minit lagi. "Saya nak solat dulu sementara ada masa sekarang".

Tapi surau yang ada jauh & tak berapa selesa untuk dia aku rasa. Sebab dia adalah seseorang yang yang mempunyai jawatan tertinggi. Aku serba salah nak bawa dia ke sana & meminta maaf. Tapi dia cakap "takpa, janji saya boleh solat. Sebab nak tunggu kereta datang lama lagi, saya nak solat dulu. Takpa jalan jauh sikit, asal boleh solat, Alhamdulillah" 

Serius, aku respek sangat dengan Prof ni, sangat humble sampai aku pulak yang malu. Masa dalam surau tu, kawan aku cakap kat Prof tu, "Prof ni baiklah, cakap pun lembut jer" pastu dia cakap, "takdapa, kalau marah pun bukan dapat apa, dapat dosa nanti". Pastu dia pun solat. Dan dia solat dalam keadaan yang menangis. Semasa bacaan surah, rukuk, sujud, tahiyat akhir & setiap pergerakan dalam  solatnya terdengar suara dia menangis. Ya Allah, kitorang kat dalam tu macam terpukau. Susah bagi aku nak solat sepertinya. Betul-betul menghayati.

Selepas solat, aku pun temankan dia menunggu kereta datang mengambilnya. Alhamdulillah, kereta itu dah sampai. 

Gambar ini diambil pada minggu lepas, semasa bulan purnama, di belakang rumah. Indah kan. Subhanallah...

Prof itu memang mempunyai jawatan yang tinggi. Kebanyakan Prof yang aku kenal memang selalu bagi nasihat kat kitorang, buat sesuatu bukan kerana duniawi sahaja malah yang lebih penting akhirat sana. Perlakuan Prof itu memang betul-betul membuatkan aku tersentuh. Sedangkan aku baru diberi nikmat sedikit, dah suka, lupa diri, kadang-kadang takut ter'riak' juga. Setiap patah yang aku cakap tak banyak diiringi dengan zikir. Refleks diri sekejap. Perjumpaan dengan Prof N hari ini sangat-sangat bermakna & memberi inspirasi kepada aku juga. Alhamdulillah, Allah mempertemukan kami. 

Written by,
Teena Tna



 Suka juga dengar kata-kata dari Prof Muhaya 

26 comments:

  1. wah.. anis xpenah lagi jumpe insan mcm nie..respect la.. :)

    ReplyDelete
  2. Bgusla teena dpt knl dgn Prof mcm tue..xrmai org yg humble mcm tue :)

    ReplyDelete
  3. Di Hospital Sultanah Bahiyah juga ada seorang Ketua Jabatan unit klinikal yg sangat humble. Selalu jumpa dia di Masjid, kadang2 dia ikut jemaah tabligh berdakwah. Baru-baru ini jumpa dia sedang berurusan di Bank Islam. Sementara menunggu namanya dipanggil nampak dia membuka beg dan mengeluarkan sebuah kitab...Subhanallah, orang lain membelek henset sementara menunggu nama dipanggil, dia membaca kitab....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah , baik sungguh Prof tu . Jelez la dgn dia . Kita kalau nak buat apa-2 , jgn fikir duniawi ja sebab duniawi ni kejap ja .. Bila kita fikir untuk hidup kita kat akhirat . In Shaa Allah , Dia permudahkan duniawi kita . :)

    ReplyDelete
  5. beruntungnya ko teena, dpt bertemu dgn prof. begitu,...semoga dpt mencontohi keperibadian prof...:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..bukan senang dpt jumpa insan contoh macam tu. moga kekal terkesan & dpt diamalkan dalam kehidupan kita...

    ReplyDelete
  7. respek! :D bukan senang ui nak dapat insan yang menduduki jawatan tinggi serta tinggi juga imannya.. terbaik.

    ReplyDelete
  8. Baca cerita teena ni. Byk sgt hikmahnya. Moga pembaca semua dpt ambil yg baik dari sini ;)

    ReplyDelete
  9. syukur dapat prof camtu..pelajar boleh jdkan contoh yg terbaik

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , ada prof sebaik itu. kalau dia boleh memberikan yang terbaik untuk kita tu tandanya kita boleh memperbaiki diri untuk lebih berjaya.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat prof macam tu..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik..syukur Alhamdulillah adik dapat berjumpa dengan Prof yang begitu tinggi nilai hati budi dan imannya...

    ReplyDelete
  13. Bertuah dapat jumpa Prof yg macam tu. itu lah cth yg terbaik utk pelajar2. huhu

    ReplyDelete
  14. baiknya prof ni..ssh nk cari org cmni skang kan..kim salam kt dia..hehe

    ReplyDelete
  15. whoa. memang kagum dengan org macam gitu.

    ReplyDelete
  16. subhanallah ,memang hormat dekat org mcm ni.

    ReplyDelete
  17. subhanallah. memang respect hbs prof mcm tu. jrg nak nmpk prof merendah diri mcm tu dkt sini.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, such an inspiring person. Semoga dapat dicontohi oleh kita semua :)

    ReplyDelete
  19. syahdunya baca kisah neh..

    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/medical-check-up-1.html

    ReplyDelete
  20. Salam rindu teena...rindu serindu2nya.....

    Sukanya akak bc entri nih...,pengalaman yg reena kongsikan di sini sememangnya sgt menarik...,,org besar berjiwa kecil ye teena.....

    ReplyDelete
  21. Waa.. sangat menarik. Zuhud btol Prof tersebut. Semoga redha Allah sentiasa mengiringi beliau.. =D

    ReplyDelete
  22. wahh..mesti seronok dapat jumpa Prof yang baik kan sis?.. erm teringat plak zaman2 akak praktikal dulu..:)

    ReplyDelete
  23. tiba2 teringin nak jumpa ngan lecturer tuh...

    ReplyDelete
  24. waa.. saya pun teringin nk jumpa prof tu..

    ReplyDelete
  25. susah nk jumpa Prof yg ada karekter cmni.. bertuah awk dpt kenal beliau ^^

    ReplyDelete