Thursday 1 May 2014

Siblings...

Assalamualaikum

Hai korang ! Rasa macam dah lama tak jenguk blog insanbiasabiasa ni. Hee. So hari ni tetiba rasa nak citer pasal siblings. Sejak aku dah stay kat rumah ni, rasa lebih rapat walaupun selalu gaduh. Sebelum ni semua duduk asrama, belajar pulak kat utara. Tak banyak masa kitorang dapat jumpa.

Kalau korang nak tahu (kalau tak nak tahu pun aku nak bagitahu jugak) aku ada 4 beradik and i'm the second. Semua perempuan kecuali yang bongsu tu. Nak tahu lagi satu citer tak? Dulu masa aku sekolah, aku berharap sangat nak ada sorang abang. Bukan abang angkat atau abang skandal eh. Nak abang kandung sendiri. Gua tak main la nak 'abang sekejap-sekejap' ni, tak secure aku rasa. Konon-konon kalau ada orang kacau kat sekolah tu, aku nak report kat abang suruh dia kerjakan budak tu. Innocent sangat kan, haha.

So, this is my siblings. Can you guess sape kakak, sape adik?

Eh macam sama jer tempat posing kitorang. Dua-dua gambar masa raya tapi lain tahun. Amboi dak Abil pose maut, aku pulak dah kenapa senyum camtu? excited nak dapat duit raya maybe.

Alolo, carik ape jer kat bumbung tu? Carik bintang ek? Sekarang akak dah kahwin, tinggal la kitorang bertiga. Dah kurang sorang geng nak buli dak Abil. Takpe, nanti cepat-cepat dapat baby, tambah lagi geng.

Haaa, ini adik bawah aku, Ati, baru ambil result spm aritu. Dia ni sangat advance. Masa tengah boring-boring duduk kat rumah, sebab budak baru habis sekolah kan, dia  cakap nak buat novel. Ni novel bukan sebarang novel tau. Dia nak citer pasal sistem kat dalam badan manusia. Macam mana red blood cell (rbc) tu bergerak dari vein pergi ke jantung. Pasal nerve system & kaintannya dengan human brain. Tapi bukan dalam bentuk jurnal, dia nak sampaikan dengan lebih santai, macam rbc tu nak bagitahu kat korang lepas ni ke mana dia nak pergi selepas bergabung dengan haemoglobin. Harap korang faham apa yang aku cakap ni. Giler kan dia boleh nak buat novel camtu?

Aku panggil dak Ati ni 'professor' sebab bila dalam kereta dia akan bagitahu banyak fakta menarik. Contohnya: 

'kau tahu tak kalau atom itu sebesar bumi, benda ni (aku tak ingat apa dia) sebesar bola ping pong'

Maksudnya ada benda yang jauh lebih kecil dari atom yang memang sangat halus & tak boleh dilihat dengan mata kasar. Banyak lagi la benda yang dia bagitahu. Kadang-kadang dia macam kakak, aku adik. Sebab aku rasa loser gila, semua benda aku tak tahu. Kalau nak buat apa-apa mesti aku tanya dia 'betul kan camni?'. Ini budak aku harap betul-betul jadi seorang professor di masa depan.

Ni pulak dak Abil, adik yang bongsu. Tahun ni dia akan hadapi UPSR. Memandangkan dia takde tuisyen, aku buatkan jadual study untuk dia. Masalahnya 10 kali aku buat jadual, 10 kali jugak jadual tu hilang. Kononya, hilang lah, tape tak kuat nak tampal kat dinding, gam takde lah. Last-last aku amik kertas sebesaar A4, aku tampal sebelah tv. Memandangkan kitorang sume suka lepak depan tv, so semua dapat ingatkan dak Abil untuk study subjek apa hari tu. Dah takde alasan lagi lepas ni ye Abil.

Yelah, dia sorang jer yang masih bersekolah. So, tak boleh nak ikut kakak-kakak dia yang sangat leisure. Tapi kitorang bertiga ada satu minat yang sama : suka main game Clash of Clan. Asal dia balik sekolah dia akan tanya 'dah upgrade ape jer?'. Kalau nak attack clan orang, dak Ati pulak suruh attack clan yang banyak duit. Boleh dikatakan 24/7 jugak lah kitorang menghadap game tu jer. Nanti bila sume dah sambung belajar, mesti rindu nak main game ni sama-sama. Huuu.

Tudiaa. Macam budak-budak jer aku rasa layan game ni. Lantak r, best pulak dah main lama-lama. Guna nama dak Abil, tapi sume main sesama. Ada tak antara korang yang layan game ni?

Okay, setakat ni jer dulu citer pasal siblings aku. Pesanan aku, hargailah keluarga kita selagi mereka masih ada. Hehe, macam cikgu-cikgu jer nak bagi pesanan kat anak murid. Hari ni dah masuk bulan Rejab, jom sama-sama amalkan doa ni setiap kali lepas solat. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan yang penuh berkat.




 Ingatlah yang tersayang  :) 

14 comments:

  1. nnti bile sume dh kawen, lagik la rindu..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya acik ina baca entri awak harini :)

    ReplyDelete
  3. Untungnya si-bongsu tu, ada 3 kakak yg comel-comel take care dirinya.....

    ReplyDelete
  4. Adik bongsu tu mesti manjaa kann. Adik syira yg bongsu tu pun lelaki. manja kemainn lagi. hee sebelum ni silent readers je. hehe

    ReplyDelete
  5. hehhe...best men game reramai... hehhe

    ReplyDelete
  6. Huntung ramai adk bradik :)

    ReplyDelete
  7. adik beradik..gaduh2 mcm mane pun tu jugak yg dicari nnti... seronok kan adik bradik ramai...

    ReplyDelete
  8. Seronok sangat bila duduk rumah dgn famili. Buli2 tu perkara biasa. Hehe.

    ReplyDelete
  9. tetiba homesick teringat kat adik2 kat kampung.. huhu.. kalo zizie, takde la sampai main game sesama.. berebut nak main game ada la.. hehehe.

    ReplyDelete
  10. famly is no 1...
    susah senang mesti cari famly.merka adalah tulang belakang kita..

    ReplyDelete
  11. pada ika family laa segala2nya buat ika....uhuhu

    dan abah selalu sangat3 pesan kat kami adik beradik pasal to be close to each other...dan alhamdulillah...ika pun sememangnya sangat3 rapat dengan adik2...dorang laa kawan ika...dorang laa adik...dorang laa tempat gosip cerita pasal awek dorang etc etc ahahahahaha...

    sama laa kita...ika banyak spend masa luar dari rumah sebab belajar jauh..and medic tahu laa kan teena macam mana haa...huuuu...so masa yang ika ada kat rumah, itu laa yang ika spend sehabis sebaik mungkin ngan family..

    p.s : adik teena tu sebaya adik lelaki ika laa maknanya kan...18tahun sekarang ahahahaha

    p.s lagi : teena, email ika number teena nanti, mana tahu boleh lelepak ke ihiks ;P

    ReplyDelete
  12. salam. hee..comel+ semuanya :)

    ReplyDelete
  13. Adik beradik kalau gaduh pun x lama, biasalah...
    Apa2pun, family keutamaan kita... & macam k nrl walaupun adik beradik lelaki semua, tapi kami semua rapat... tapi tulaa, bila dah bekeluarga, macam terhad sikit... jarang dapat berkumpul semua bersama kecualilah bila hari raya... Rasa seronok bila dapat kumpul bersama semua...

    ReplyDelete
  14. sama la.. pha is 4 beradik jugak, tapi 2 laki 2 pompuan.. dulu kecik2 slalu gaduh, sekarang dah besar, semua dah matang.. hehehe

    ReplyDelete