Wednesday 27 May 2015

Bukit Broga, Semenyih

Assalamualaikum

Haa, sekarang ni aku baru lepas habis jawab exam. Soalan dia sangat $#@*&!!! Setelah bermalam-malam tak dapat tidur dengan lenanya, hari ni aku nak qada' tidur puas-puas. Eh, itu pun perlu bagitahu ke? Haruslah...bukan senang ok nak cari waktu tidur sekarang ni. Dapat lelap 15 minit pun dah kira suatu nikmat yang sangat perlu kau syukuri. Kurang dari sebulan kita akan berpuasa dan final exam juga semakin dekat :(  Jadi, masa yang ada perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti hiking!

Baru-baru ni aku baru naik Bukit Broga. Dia punya semangat nak berhiking sampai sanggup keluar rumah pukul 3-4 pagi tau. Orang cakap kalau nak tengok matahari terbit kena naik sebelum subuh. Kitorang sampai sana dalam pukul 5.30 pagi setelah SESAT hampir 3 KALI pusing kat jalan yang sama jer. Ini perempuan tengok GPS pun boleh sesat maaa, geografi fail!! 


Yayyy !!! Kita dah sampai ke puncak pertama. Terharu sebab dapat sampai gelap-gelap macam ni, tahniah untuk diri sendiri =') Kitorang terus solat subuh dan kebetulan kiblat kitorang menghadap pemandangan yang kat atas ni. Kat sini takda toilet & surau, so kena survival kat atas ni. Aku dah siap-siap bawak botol air untuk berwudhu'. Entah, suka perasaan yang aku rasa waktu ni. Tak kiralah dalam apa jua situasi pun ALLAH nombor 1. Solat jangan tinggalkan. Lepastu dengar orang baca al fatihah masa solat subuh berjemaah kat atas bukit, beralaskan tanah, berbumbungkan langit, rasa selamat, rasa gembira. Pada masa yang terasa diri ni kerdil sangat.

Ini salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan, pergi pantai, mandi air terjun. Sebab dapat tengok keindahan alam semula jadi ciptaanNya & membuatkan kita berasa sangat kerdil. Takdelah kita datang situ untuk bersuka ria sahaja, perlu juga tengok semua perkara dengan mata hati. Wahhh Teena dah matang eh? Dah pandai cakap macam ni ye. Hehe, proses dewasa mungkin.

Alhamdulillah dah terang. Sebenarnya aku tertunggu-tunggu juga mana matahari ni. Tapi pagi tu mendung jer, dia menyorok agaknya. Sukanyaaa tengok hijau, sedap mata memandang. Pokok-pokok takda sangat, rumput yang banyak. 

Ditambah pula dengan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa, sejuk weh. Dapat tidur kat atas rumput-rumput hijau best nih. Haaa sukaa sangat :)

Bersama kawan-kawan hiking. Sebenarnya takdelah hiking sangat, sebab dia bukit kan, takdelah tinggi sangat. But the view is worth. Terima kasih MIJA bawak aku datang sini, konon nak release stress kannn. Comel ngat sanggup layan kawan dia sampai bawak kite naik Broga. alolo <3 <3 <3

Ni baru nampak matahari. Pagi tu tak ramai sangat orang. Mungkin bukan sebab public holiday. Masa kawan aku pergi dia cakap sesak sangat. Ni kira timing kitorang betul lah, walaupun last minute punya plan. 

Me & Mija enjoying the fresh air. While Qistina was struggling to find the coverage. Or are you did your selfie Qis? But why its too close with your nose? hahaha 

 And the other one....you can see what she's doing. Deeba, why soo cute :')




Uhh, love the view !!! 

Dah puas hirup udara segar kat puncak, apa lagi balik lahhh. Macam ni lah jalan kat puncak Broga, berbatu & berbukit. Deeba cakap ni kali terakhir dia naik sini, lepas ni taknak naik lagi. Aku? Haruslah nak datang lagi ! Best kot hiking. 

Dah penat turun, kita minum air kelapa dulu! 


Sebenarnya, aku dah penat asyik menghadap buku. Exam lagi. Stress tau. Bila dapat tengok nature macam ni, rasa 'ringan' sikit kepala. Daripada pergi shopping (nanti duit habis) atau pergi makan (nanti gemuk) baik kita tengok natural view. Badan pun sihat dapat bersenam walaupun lepastu kaki sakit nak naik tangga kat kampus pun tak larat. Tapi, bagi aku sangat berbaloi =) Ok, nak sambung qada' tidur. Daaaaa...



Love, 
Teena Tna


12 comments:

  1. Lamanya tak jenguk blog Teena... ingatkan dah letak pena?

    Seronokkan dapat hiking. Masa muda2 dulu kerap juga saya menakluki bukit, habis dari Langkawi sampai Johor. Tapi sekarang, sori dah tua.. kalau panjat bukit agaknya boleh luruh tempurung lutut!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Apa kabo teena,hehe ^^

    Best kan..berbaloi..memang tak tinggi mana, tpi untuk beginner, semput juga,hohho

    Dah nampak elok balik hijau kat atas bukit ya.. time musim pns asyik terbako yg bulan2 lepastu, kat belah atas bukit, bnyk kawasan terbako.. akk pegi dengan adik akk, habis rentung pokok2,huhu

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, cantiknya pemandangan bukit Broga. Banyak gambar. mesti full memory phone. ihikss.

    ReplyDelete
  4. Sama la , baru habis periksa hari ni. Nanti cuti sekolah,, memang selamat lah atas katil... :3

    ReplyDelete
  5. Ramai juga orang yang pergi lihat sunrise kat broa hill ni sebenarnya! Baru tahu. Seronoknya. Dah lama dalam wish list, tapi tak penah nk buat. Balik nnti iA :)

    ReplyDelete
  6. atas bukit ni memang best..pernah pergi sekali..tapi tak sampai pun kat puncak...semua orang nakbalik

    ReplyDelete
  7. wah..boleh geng dgn adik beradik sy la..sy je yg failed bab hiking nie..hihihi

    ReplyDelete
  8. cantiknya broga hill.. teringin nk pi sne gakk...

    ReplyDelete
  9. cantiknya pemandangan. melihat alam semulajadi macam ni memang membantu untuk hilangkan stress :)

    ReplyDelete
  10. Untunglah dapat tawan broga..
    Sobsobbb kita dah lama nak pegi sana tapi tak lepas2 pun lagi..
    sedihs

    ReplyDelete
  11. lawalaa vieww kat sana *O* teringin nak pegi hehe

    ReplyDelete
  12. lawalaa vieww kat sana *O* teringin nak pegi hehe

    ReplyDelete