Sunday 13 March 2016

Cerita Cuti Saya: Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum

Hai ! Aku rasa hari ni sangat produktif. Bangun jer tidur lepas solat subuh, terus amik bakul baju nak bawak basuh (terima kasih washing machine!). Sementara nak tunggu baju siap dibasuh, aku teringat Deeba (roomate aku dulu tapi sekarang dah tak roomate sebab dia dah duduk kolej tapi kipas dia ada kat rumah aku) suruh basuh kipas dia. So, aku pun mulalah operasi membasuh kipas pula. Deeba, lepas ni kau pulak kena 'kipas' aku ok?

Dah basuh kipas, teringat pulak Sal cakap bilik dah berhabuk. Terus capai penyapu nak sapu bilik. Yeah bilik dah bersih, tapi rasa macam hari ini terlebih rajin, jom laa sapu satu rumah terus. Fuhh, settle bab sapu. Oh, baju tadi dah siap lah, jom jemur baju pulak. Bukak jer pintu rumah, si Debab terus serbu aku nak mintak makanan ler tu. Oh Debab ni kucing yang selalu datang makan kat rumah kitorang. Sampai hari ni aku tak tau siapa lah tuan si Debab tu hahaha.

Ok, baju dah siap jemur. Aku naik ke bilik, tengok Anis. Malam tadi dia cakap demam, panas lah jugak badan dia tapi pagi ni dah kurang sikit. Aku tanya dia ok tak, dia cakap dah ok. And, dia nak balik rumah makpak dia tengah hari tu. 

Sementara Anis tengah siap-siap, aku pergi ke dapur tengok makanan apa yang boleh dimasak untuk lunch nanti. Terus ternampak Nasi Ambeng Ain & Pah. Diorang datang rumah aku pukul 11.30 malam tadi sebab nak kasi nasi tu. Katanya jiran dia bagi sebab ada lebih. Terkejut aku siapalah malam-malam buta datang rumah ni, bagi salam, siap ketuk pintu lagi. Nak bukak pintu pun takut-takut. Rupanya diorang yang datang.

Lepas dah siap panaskan nasi, dah makan semua, aku siapkan lab report pulak. Masa ni Anis dah keluar rumah. So tinggallah sekarang aku keseorangan di rumah. Huaaaa!!!! Aku baru jer 2 minggu masuk sem baru. Masa cuti sem haritu, boleh tahan lah jugak aku berjimba haha, ni yang bila duduk sorang-sorang rasa macam tidak tahu mahu buat apa. Jadi, jom kita tengok aku pergi mana waktu cuti sem lepas.

BUKIT TINGGI, PAHANG




Kat bukit tinggi ada Japanese Village. Kawasan dia cantik-cantik, ada kolam air terjun, ada rumah jepun, nak pakai kimono jepun tu pun ade (kimono ke nama dia?)

Haa, aku siap google kan untuk korang. Betul lah nama dia kimono =)

Untuk cuti ni, aku adalah kapten! Sebabnya, adik aku yang tudung pink tu dia study kat Sarawak, balik semenanjung waktu cuti sem jer, so kitorang cadang nak pergi holiday sesama. Maksudnya setiap kali cuti sem kitorang akan pergi holiday lah, sebab waktu tu jer adik aku ada kat rumah. Errr, kan mak???

Le captain !!!

PULAU BESAR, MELAKA


Seumur hidup aku tinggal kat Melaka, ni first time aku datang Pulau Besar ni. Kena naik bot untuk ke pulau. Bagi aku pulau ni cantik, tapi sayang sebab tak dikomersialkan. Banyak kot banglo & resort kat sini yang cantik-cantik tapi macam takde orang jaga...

Pantai dia pun lawa, pemandangan cantik, tapi aku geramm, kenapa dia tak jaga tempat ni ???

MALACCA PREMIUM OUTLET (MPO)

MPO ni baru buka baru-baru ni. Orang cakap MPO lagi besar dari JPO (Johor Premium Outlet). Aku tak pernah pergi JPO so tak boleh nak comparekan cemana. Oh ye, haritu sempatlah jugak grab satu kemeja Voir berharga RM 15. Waalaupun kat sana barang-barang branded, tapi kalau pandai pilih, banyak jer harga dia murah & berpatutan :)

KLCC

Aku rasa loser gila sebab baru tahu rupanya kita tak boleh suka-suka jer masuk KLCC ni. Selama ni waktu kecik-kecik yang aku pergi Petrosains, shopping kat sini tu bukan dalam 2 bangunan ni. Serius, dah 23 tahun hidup baru tahu. Nasib baik dah tahu sekarang :') *sigh*

PENGKALAN BALAK, MELAKA

Mandi laut yeayy! Tapi aku nak mandi air terjun sebenarnya, tapi air terjunku musnah... 
(haha, panjang ceritanya)

Picnic & muka burnt

PENANG

Miza, Deeba, Teena. Tersesat di menara KOMTAR.

 Dalam feri. Beliak nyaaa mata aku!


Bukit Bendera !!! Dapat student price: RM 5

View dari atas =)

ESCAPE PARK, PENANG

One of my wishlist is unlocked! Weh, seronok pergi sini. Aku suka aktiviti adventurous macam ni. Terletak di Batu Ferringhi. Kitorang bermalam kat Batu Ferringhi, pagi tu pukul 9 dah menapak kat depan escape.

Baru lepas naik flying fox. Besttttt giler! Panjang dan tinggi pulak tu! Mula-mula tu takut jugak, tapi dah kat atas tu dapat jerit & rasa macam terbang, perghh bestttt! Aku siap naik 2 kali tau. Kalau nak tau boleh tengok kat website www.escape.my

Hey, aku baru jumpa gambar ni kat facebook escape. Nampak tak tarikh tu, 23 Feb 2016. Kat sini ada point yang tak boleh bawak phone. Tapi jangan risau, diorang ada photographer yang akan ambil gambar korang. Nanti check jer kat facebook escape. Mesti jumpa, macam aku ni hehe. Btw, flying fox ni yang pendek jer dan tak tinggi, yang aku cakap best tu kat point lain.

Yang ni pun aku suka. Ni level 2 kot. Ada kat level 3 tu aku rasa paling benci! Kena peluk batang-batang kayu. Serious kat point kayu tu aku rasa macam "Ya Allah, apa lah dosa aku, kena naik benda ni". Hahaha, but at the end of the day, rasa puas sangat.

Ni muka takut atau muka excited? errr, i'm not sure


Tak tahulah ada lagi ke tak tempat yang aku pergi yang aku tak sebut lagi. Tapi cuti haritu best lah jugak. Selain berjalan-jalan, aku duduk rumah amik abin balik sekolah, hantar mak pergi kerja, bawak adik-adik tengok wayang, main masak-masak kat dapur, jadi babysitter. 

Ni dah start kelas, mimpi jelaa nak berjalan sakan. Tapi kan sem ni jadual kitorang macam tak busy sangat. Kalau sem lepas, nak kentut pun tak sempat. Busy gilerrrr. Kalau tak, hari minggu macam ni mesti duk study sebab exam berlambak, buat assignment laa. 

Tapi hari ni aku rasa macam housewife sikit bila dapat siapkan kerja-kerja rumah. Rumah sewa jer pun lol. Okay, aku rasa baju yang aku jemur tadi dah kering dah. Nak pi angkat. Byeeee. Adios!!! 

5 comments:

  1. Bukit Tinggi tak pernah smpai lagi. Escape dah lama nak pegi sana, tapi xsampai2 lagi jugak. Uwaa~

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah di sini, singgah2 penuh dengan destinasi menarik. Semua tempat menarik ada, kecuali Kedah. Kecik hati orang Kedah tau...hehehehe...

    ReplyDelete
  3. penuh aktiviti dia... dr melaka sampai ke pahang pastu nun ke penang....
    tp paling best aktviti ngn family kan...

    ReplyDelete
  4. Pernah nak pergi escape park tu.. tapi dia ada limit berat.. And im overlimit.. Sedih gilaaaaaa

    ReplyDelete
  5. wauuuuu syok betollll. baru cadang nak p escape bulan depan. Cuba share sikit tempat tinggal masa p escape tu. Tengah dok survey jugak ni mane tempat tidur yang murah dan okey. Hehehe.

    ReplyDelete