Thursday, 30 August 2018

Trip to Pahang: Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Assalamualaikum

Disebabkan semester ni aku dan geng-geng hiking pharmacy (luls) jaranggg sangat masuk hutan, kitorang plan nak pergi Taman Negara Pahang lepas habis final exam. Yelah tak tahu lah lepas habis student life, dapat hiking lagi ke tak, ada geng ke tak nak hiking sesama. Sedih tauuu lepas ni dah tak selalu dapat masuk hutan lagi. So, ajak punya ajak dapatlah 6 orang yang join trip ke Pahang. Walaupun pada awalnya trip ini kelihatan seperti 'sembanggg' je, namun berjaya juga dilaksanakan!

Muka puas dah habis exam pastu dapat tengok nature!
Terima kasih kepada Athirah sebab bagi tumpang tidur kat rumah dia, siap buat BBQ, masakkan asam pedas ikan patin pulak tu. Rumah Tirah kat Temerloh. Kitorang tidur 1 malam kat Temerloh, then pagi esoknya baru bergerak ke Taman Negara yang terletak di Kuala Tahan. Perjalanan dari Temerloh ke Kuala Tahan lebing kurang 2 jam ++.

Yang tengah tu lah Tirah. Belah kanan adik Tirah. Lagi 3 orang dak laki tengah khusyuk drive & tido.
Kitorang? Layan kamera laaa hihi
Disebabkan kitorang ada 6 orang, macam kena bawak 2 kereta. Tup-tup dah sampai rumah Tirah, ayah dia offer kereta Grand Livina dia. Naik 1 kereta je, tak payah banyak-banyak kereta. Ya Allah terima kasih sangat-sangat kat family Tirah ni tau.

Yes! Sampai pun! Stay kat Nusa Holiday Village. Diorang dah sediakan pakej untuk aktiviti kat sana. Oh ya, kami stay 2D1N. Cukup lah. Ok aku nak pesan awal-awal. Kat sini line celcom takda ya. yang ada line maxis jeee. So sila berborak bersama rakan, tak payah tengok phone sebab internet takda!!!

Dah check in & letak barang kat bilik, masa untuk lunch! Lauk ni kitorang bawak dari rumah. Pagi-pagi dah bangun masak. Tapi bagus juga bawa bekal dari rumah, jimat. Kalau nak makan kat sini, confirm mahal sebab tengah-tengah hutan, mana ada kedai makan.

Pastu ada brader yang jaga tempat ni bagi kitorang makan rambutan. Pastu ada orang tak reti kopek rambutan HAHAHA. Bukan aku lah. Rumah aku dulu penuh pokok rambutan, sampai muak nak makan. Jom aku cerita aktiviti apa kitorang buat kat Taman Negara ni.

1. Mandi Sungai



First aktiviti kitorang: mandi air sungai. Al maklum lah baru habis exam, seronok lerrr. Selepas ini mari aku sajikan korang dengan view-view sekitar sungai ni.




Hai awak !
Haaa, chalet yang kecik-kecik kat situlah kitorang stay. Tak banyak pun. Ada dalam 10 biji je kot. waktu kami pergi, takde group lain pun. Memang kitorang 6 orang je yang stay situ. Sunyi, scary sikit lah.   

Zoom in sikit 

2. Night Walk


Next aktiviti kita adalah Night Walk!

Malam tu ranger kitorang bawak masuk hutan, dalam sejam lebih je. Tak jumpa gajah/harimau/singa. Nak tahu jumpa apa? Jumpa semut, labah-labah, katak, mentadak, apa entah serangga lagi. Hmm, boleh lah dari tak nampak apa-apa. Gambar kat atas ni aku tak ingat ada apa laaa hehe. Sila bawa torchlight ya. Melainkan kalau mata anda memang boleh nampak dalam keadaan gelap-gelita.

Nampak tak macam ranting kecil atas daun tu? Haaa itu adalah mentadak ya. Sebijik macam kayu kan. 
Yang kat atas ni aku tak ingat ada apa. Hmm sarang labah-labah kot?
Buah mengkudu !
Kumbang hijau !
Sebenarnya gelap gilaaa. Sila lah bawak torch light ya.
Excuse muka berlemuih
Done Day 1 
3. Jungle Trekking

Next aktiviti kita adalah jungle trekking !
Kitorang naik Bukit Indah, Lebih kurang 20-30 minit panjat. Dah nak sampai puncak, daun-daun di pokok semakin berwarna coklat. Ranting pun sama juga. Macam Mossy Forest. Walaupun belum pernah panjat Mossy Forest (#wishlist), aku dapat rasakan bibit-bibit Mossy kat Bukit Indah ni (LOL).
Tengoklah pokok kat belakang aku ni, mossyyy sangat! 



With Tirah. Tak tau macam mana boleh rapat dengan dia haha
Bila tengok gambar-gambar ni, rasa rindu nak hikinggg huaaa. Oh ya, aktiviti kitorang sepanjang kat sini adalah bersama ranger. Dia yang guide kami sepanjang berada di situ. Sambil hiking tu dia pun banyak share pasal tempat ni; jenis pokok, tempat tinggal orang asli, kegunaan daun-daun pokok, pasal haiwan & serangga di hutan...

4. Canopy Walk

 Walaupun gambar ni tak centre tapi lighting dia ONZ so kena masuk blog HAHA.
Nak naik canopy walk kena beratur panjang ok. Ramai foreigner kat sini. 
Anti-social. Waktu ni baru dapat line selepas semalaman tak dapat internet.
Ok done anti-social.
Letsss !




5. Perkampungan Orang Asli

Ini lah ranger tu. Banyak gilaaa dia citer pasal orang asli ni. Dah macam class kat lecture hall pun ada. Tersengguk-sengguk aku dengar. Dia citer pasal perkahwinan dalam orang asli. Kalau nak kahwin, lelaki kena pergi memburu di dalam hutan selama seminggu dan bawa balik haiwan buruan. Si wanita pula kena menyiapkan sebuah rumah. Kalau diorang pass dua ujian ni boleh lah kahwin. Umur maksimum untuk wanita berkahwin adalah 25 tahun, leaki 28 tahun. Kalau lebih dari umur ni, dorang bujang sampai tua lahhhh. Hmm...
 Tengah belajar nak menyumpit.
Nak try sumpit

Done sumpit !
Selesai sumpit, kita cuba nyalakan api tanpa menggunakan lighter / mancis / rokok / obor api. 
Sebelum
Selepas. Tadaaa! dah ada api! 
Hehe OOTD depan rumah orang asli.

Group photo with primitive orang asli :)
6. Rapid Shooting

Ok ini adalah aktiviti kami yang terakhir. Mula-mula aku ingatkan rapid shooting ni adalah kita lawan sumpit sape yang paling laju, dia menang. Rupa-rupanya aku salah. Sebenarnya rapid shooting ni adalah perlumbaan bot, di sungai. 
Naik bot.
Haaa, macam ni ya dia punya sungai.

Lepas turun bot, kitorang balik bilik, bersiap untuk balik. Sebab nak keluar cepat-cepat. Kalau lambat sangat, nanti jalan gelap malam-malam. Honestly aku puas gila dapat buat outdoor aktivities macam ni. Lebih-lebih lagi lepas ni dah habis study, susah nak jumpa member, dah kerja. 
Bila dah kemas barang semua, dah nak balik, tiba-tiba kereta tak lepas nak naik bukit untuk keluar dari tempat ni. Dia punya jalan belum ber-tar, berbatu-batu pulak tu. Cuak ok. Takut aku tengok kereta ni nak melepasi kawasan tu. Dah lah ni kereta ayah Tirah. Kang jadi apa-apa, habis lahhh.
Nasib baik ada member lelaki tolong tolakkan kereta. Itu pun lepas beberapa kali tolak baru boleh lepas. Sekian cerita aku untuk trip Taman Negara. Kami ada pergi gua lepastu. Tapi tak sure bila entah rajin nak update. Susah nau nak ada mood menulis sekarang ni. Bye !

5 comments:

  1. Bestnyaaa. Saya teringin pergi tempat-tempat macam ni tapi belum ada rezeki.

    ReplyDelete
  2. Fuh.. Puas hati buat aktiviti macam ni. Pergi ramai-ramai ok ada laki2. Kalau tak memang scary jugak rasanya.

    ReplyDelete
  3. tudiaa.. sakan depa geng farmasi..

    ReplyDelete