Wednesday 9 October 2013

Apa Dah Jadi Dengan Aku?

Assalamualaikum w.b.t.

(i)

Petang itu selepas pulang dari kerja aku makan nasi dengan penuh nikmatnya. Kalau perut lapar, makan apa-apa pun pasti sedap. Alhamdulillah dah kenyang. Malam pula, ayah beli makanan dari pasar malam. Roti john, tauhu bakar, koew teow goreng, ABC dan apa lagi aku dah tak ingat. Dah berkurun jugak tak makan benda-benda macam ni. Sekali ada depan mata, tak menang mulut nak makan mana satu. Sampai aku cakap macam ni, "laaa, nak makan lagiii, tapi perut dah penuh :( " (sambil buat muka sedih tak dapat nak makan sampai habis). Lepastu mak jawab "kalau perut tengah kosong nak makan lagi boleh laa, ni dah penuh macam ni pun tak cukup lagi". Serius, nafsu nak makan time tu memang tahap maksimum. 

Gambar lama - gelojoh gila budak ni makan

(ii)

Keesokan harinya. Seorang member call "Teena nak join kitorang makan Dominos lunch ni?" "Nak nak nak". Ada 5 jenis pizza semuanya, dan akulah orang paling excited tengok semua pizza tu. Ada ayam, aku amik sikit jer dulu. Pastu member tanya "ni ayam sapa?" "Aku" "ko dah gigit tak" "belum, eh dah dah". Dia tergelak, faham lah tu yang aku tak bagi dia ambil padahal baru sentuh sikit jer. Kemudian, semua dah habis makan, tapi aku masih menguyah. Apasal diorang makan laju sangat ni. Sakit kot mulut aku nak kunyah banyak2+cepat2. Diorang tengok aku sambil, "takpe kau makan jer dulu, kitorang tunggu". Then ada sorang cakap, dia ni badan jer kecil, perut besau.

(iii)

Malam ni, dinner. Macam biasa makan nasi, lepastu ada bubur lambuk, aku makan lagi. Habis makan terasa macam perut dah jadi belon. (Kalau cucuk jarum pasti meletup). Aish kenapa ni, tak puas makan lagi, kenapa dah tak boleh nak masuk lagi. Ni bukan perut besau tapi dah semakin kecil ada lah.

Baru-baru ni ada pergi kenduri kahwin, makan ayam masak merah. Tiba-tiba rasa fobia pulak.

P/s - petang tadi makan ais krim, nak sejukkan badan. Kononnya.

20 comments:

  1. Kalau full, baling sini sikit ;)

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok org bernafsu makan, kerana saya bila makan sikit saja dah rasa sangat kenyang....

    ReplyDelete
  3. Salam teena...

    Apa dah jadi...?hehehe...akakpun kdg2 mcm tu juga teena..ikut nafsu mkn pdhal nabi kita anjurkan,makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang tp akak selalu terlupa..bila dh kenyang sgt...mula la menyesal,lebih menyesal lg bila bj dah mula sendat....hehe

    ReplyDelete
  4. Sementara berselera nak makan ni, makan je. Yang penting kena senaman. Jongging ke.

    ReplyDelete
  5. kadang2 hormon kite dik, kadang nk period ke apa.... mcm teena tuh bdn kecik mkn banyak pun sama je akak tgk... jenis metabolisma tinggi

    ReplyDelete
  6. bestnya teena..banyak mkn tak berisi..:)

    ReplyDelete
  7. sy pun nafsu mkn mcm godzilla skrng ni..stress sma kot..tu yg asyk nk mkn je..

    ReplyDelete
  8. Acik ina kalau makan camtu kompom esok lusa makin bulat..he he..

    ReplyDelete
  9. apa dah jadi..apa dah jadi... hihihih.... haritu nafsu makan zaza menjadi2..asyik nak makan je...skg ni je 1hari sekali hihihih. :D

    ReplyDelete
  10. menu ayam masak merah menjd igauan ngeri
    takut pulak yumida nk pg mkn kat kenduri

    ReplyDelete
  11. tina bila nk blnja sy nasi goreng pattaya ngn abc?

    ReplyDelete
  12. Hamboi...ha3, ngeri gak bile baca..bnyak btol mkan ye =) xpe..yg pntg ttp maintain

    ReplyDelete
  13. pha is pun sam.. kadang2 perut dah penuh, tapi mulut rasa nk makan lagi...

    ReplyDelete
  14. wah banyaknya makan..tak pa makan je..rezeki jgn ditolak kan..

    ReplyDelete
  15. Amboih kemain melantak makanan ! Kenapa tak ajak saya sekali XD Chill lah akak~ Saya pun macam ni jugak~ Kisah apa pendapat orang kan? Perut kembang, hati senang~

    ReplyDelete
  16. uish, teringatkan one of my colleague..pompuan, engineer plak tuh. Kalau bab makan, die mengatasi segalanya..haha. Peduli apa, bukan perut orang lain pun..ye dak?

    ReplyDelete
  17. hihihi.. kadang2 ada satu hari teman pun cenggini gak.. asyik maaaaaakaaan je kojenyeee.. kui3..

    ReplyDelete
  18. hahaha.. sedap betul semua maknan tu.. arghh, perut saya dah lapar pula @_@
    Badan akak tengah membesar tu... heheh

    jemput singgah ke blog saya =D

    http://madihahdaisy.blogspot.com/

    ReplyDelete