Friday 1 November 2013

Satellite Pharmacy

Assalamualaikum w.b.t.

Berita pagi ini. Selamat pagi saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya akan membentangkan laporan bulanan selama saya bertugas di Satellite Pharmacy@Farmasi Satelit. Jika anda berasa sedikit mengantuk untuk mendengar laporan ini, sila ambil chocolate cake & fresh orange sebagai sarapan yang telah saya sediakan di luar studio ini.

Apa itu satellite pharmacy?

 --->Ia merupakan sebuah farmasi yang lebih kecil yang terletak selain di farmasi utama.

Pada minggu lepas, selesai sudah satu daripada beberapa unit dalam attachment saya sepanjang praktikal di farmasi iaitu di satellite pharmacy. Di Hospital Melaka terdapat 3 satellite pharmacy iaitu satelit 3, satelit 4, dan satelit 5. Secara amnya, satellite pharmacy di hospital ini membekalkan ubat-ubat untuk kegunaan wad (inpatient) kecuali satelit 5 (consist of outpatient & inpatient).

Satelit 3

Sebelum itu, kenapa ia dipanggil satelit farmasi 3? Sebab dia berada di aras 3 (baca dengan nada comel). Di farmasi satelit, kami perlu membekalkan ubat-ubatan untuk 'floor stock' & 'unit-of-dose'. Ini secara generalnya sahaja, secara amnya, jika pihak wad memerlukan ubat bagi kes-kes tertentu, mereka boleh mendapatkan ubat di farmasi satelit ini ataupun di farmasi utama jika ubat tersebut tidak terdapat di satelit farmasi (apa lah pembaca berita ni, ayat belit-belit).

Anda nampak 2 troli di atas? Itu adalah troli di mana kami akan bekal ubat bagi unit-of-dose. Di aras tiga terdapat 'medical ward' & 'surgical ward'. Ada wad 3-1, 3-2, 3-3 & 3-4.

Biasanya, slip ubat bagi setiap hari akan dihantar pada sebelah pagi bersama troli & box floor-stock. Tapi kalau ada slip tambahan selepas itu, slip tersebut akan dihantar melalui kaunter ini.

Satelit 4

Kenapa ia dinamakan satelit 4? Saya yakin ada sudah tahu jawapannya kan. Tugasan di sini sama seperti di satelit 3. Ada wad 4-1, 4-2, 4-3, 4-4 from medical & surgical ward.

Ini box untuk 'floor-stock' items. Cukuplah saya hanya tunjukkan 2 boxes sahaja, sebab kalau nak tunjuk semuanya memang bertingket-tingket terutamanya di farmasi utama.

Pada sebelah pagi pihak wad akan menghantar box yang kosong dan mengisi senarai ubat yang dikehendaki di dalam buku indent (yang warna coklat). Kemudian kami akan beri ubat tersebut dan isi di dalam box ini. Gambar di atas adalah box yang telah siap diisi ubat.

Kedudukan & susunan ubat lebih kurang sama dengan satelit 3.

Satelit 5

Di satelit 5 terdapat 'outpatient' & 'inpatient' department. Tapi kerana terlalu fokus buat kerja, saya terlupa nak bergambar di satelit 5 (nampak tak dia punya gigih bekerja).




Hah, anda jumpa mamat korea? Haha. All photos taken from the same position. Yang pakai coat putih adalah pegawai farmasi. Yang uniform kelabu adalah pembantu pegawai farmasi. Yang lain-lain, practical student.

Itu sahaja laporan untuk bulan ini. Diharap anda terhibur dengan berita yang saya sampaikan walaupun terdapat sedikit kesalahan intonasi kerana saya adalah 'last-minute' pembaca berita. Sekian, berita untuk hari ini. Oh, makanan tadi ada banyak lebih, jadi sesiapa yang masih lapar boleh ambil chocolate cake & fresh orange di tempat yang sama anda ambil tadi. Hehe, makanan dalam fantasi pun jadi lah ye.

Hari ini result exam dah keluar. Saya dapat 4 flat (feel excited). Alhamdulillah. Okay, tak payah nak happy sangat sebab semester ini takde final exam pun, semua markah diambil daripada logbook sepanjang tempoh praktikal kami. Rasanya semua orang dapat 4 flat untuk semester ini. Anyway, ini first time saya dapat 'pukul rata'. Itu yang excited sikit.

P/S : akhirnya blog berupdate juga, ku kuatkan fizikal & mental untuk menulis walaupun dalam kesibukan ini. Maaf jika dah lama tak blogwalking ke blog anda.



Salam Maal Hijrah :)  


45 comments:

  1. are you a pharmacist?
    wahhh, i'm impressed :)

    ReplyDelete
  2. gigih menaip utk elak blog dr sunyi..aku buat yang sama juga..sibuk bagaimanpun mesti cuti masa utk update blog..

    nak tanya..x risau ke kalau salah bagi ubat kat pesakit eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kena curik masa untuk blog ni.
      Nak kata risau tu of course la ada risiko nya. Tapi setiap ubat tu perlu di'counter check' oleh pegawai farmasi & nurse yang mengambil ubat tersebut. Kadang2 terlepas pandang juga, kalau tersalah bagi ubat, kita kena pergi meeting, ada doc, pharmacist & staf2 lain yg terlibat. Selama pract di sini, ada dlm 2-3 kali aku dengar2 ada staff kena ke pergi ke meeting tu sebab medication error.

      Delete
  3. aefa dulu masok hospital ni sbb nak guna jalan pintas je. hihih.. masok gate depan keluar gate belakang -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, takpe, asalkan lalu di hospital pun jadilah ye :)

      Delete
  4. Pernah terlihat seorang farmasis yg berbadan agak gempal. Tertanya-tanya dlm hati, tidak ada ubat ke di farmasi bagi mengurangkan kegempalannya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jer, tapi rasanya lebih berkesan kalau dia pergi ke pusat kuruskan badan. Nak ubat hilangkan jerawat pun ada jugak. Hehe

      Delete
  5. Tahniah Teena...mudah2an terus cemerlang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Acik. Ini pun sebab takde final exam, tak perlu nak hafal ubat2 sume. Kalau tak memang susah nak dapat 4 flat.

      Delete
  6. nasib baik akak share pasal satellite pharmacy ni . kalau tak deeya tak tau . hihi . dulu pernah bercita-cita nak jadi pharmacist . tapi tak kesampaian . btw , gedlak tau akak ? :*

    ReplyDelete
  7. Thank you. Sebenarnya dulu tak terfikir pun apnak amik course ni. jodoh kot. So sekarang amik apa?

    ReplyDelete
  8. ingatkan depa hantaq pharmacy ni ke ISS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, itu pun boleh jugak. Dulu masa first time dgr kat kuliah ingat kan nak pergi aerospace. Hehe

      Delete
  9. Salam teena...

    Amboii...bukan main lagi namanya ye satelit lg tu....siap panjang lebar penerangannya tu...tanda teena dh mahirlah tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sy pun tak tau kenapa 'satelit'. Panjang lebar pun, ni belum citer pasal ubat2 lagi, kalau tak memang lagi panjang lebar nak citer. Tapi sy belum expert sgt berkenaan ubat. Masih merangkak.

      Delete
    2. Lambat laun nanti akan mahirla teena...sekarang dlm proses belajar memang begitulah....

      Delete
  10. Tahniah Teena =) nmpak best je kerja kt farmasi ni kan, tp pasti pening dgn label ubat yg pelbagai..awak xmuntah ke tgok ubat tu semua?? ho3..bguslah ada sistem satelit ni..nmpak skit tersusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak termuntah jer, nak demam, pening, sakit kaki. Mula-mula tu memang 'termuntah' juga, tapi lama2 dah biasa. Pengalaman tu yg penting kan.

      Delete
  11. bakal farmasi la ni. hehe
    syuk bakan medical lab :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyeke. Kat kampus sy pun ada course medical lab jugak, tapi diorang study sampai sem 5 jer, lepastu habis. Kitorang kena habis sampai sem 6.

      Delete
  12. Menarik. satu info yang bagus utk sharing. Lepas ni boleh explore hospital ampang ade tak satelite pharmacy ^^

    ReplyDelete
  13. nama satelit tu dah macam farmasi kat angkasa hehe...

    ReplyDelete
  14. info yang bagus dan penyampaian yang menarik.. thx for sharing.. :)

    ReplyDelete
  15. Perghhhhh ! Hospital pun ada satelit .. jgn main-2 kau jahhhh , haaa .. Congrats sis :)

    ReplyDelete
  16. bestnya dengar cerita awak kerja kat farmasi. dulu berangan jugak, tapi, tak kesampaian. haha

    ReplyDelete
  17. Tahniah :) moga terus berjaya yer :)

    ReplyDelete
  18. wahhh sonoknye baca kisah awak.. teringin gak nk keje bahagian farmasi/klinikal/kesihatan camni.. tapi takde rezeki sbb bab sains tak dpt A gamaknye.. kikiki

    ReplyDelete
  19. wahh menarik info .baru tahu :) thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome, tapi ini hanya 40% jer yang saya bagitahu. Panjang kalau nak citer. Hee

      Delete
  20. wahhhhhh.. kak mia baru tahu ni... thanks

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Eh, belum jadi pharmacist lagi...
      Salam maal hijrah juga

      Delete
  22. Assalamualaikum.

    Teena, tahniah ya 4 flat..walaupun markah from logbook, tpi of course kita dah cuba buat yg terbaik sepanjang praktikal ni kan.. :)

    Satu jela..tertanya juga kenapa dinamakan satelit. Sebab 'serpihan' kot, sebahagian dari yg utama? hehe, memandai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lah kot. Dulu mula-mula belajar pun pelik jugak nama dia macam ni.

      Delete
  23. wahh pharmacist ye.. leh la jijah tanya pasal ubat2 nanti ni..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh3. Tapi belum pharmacist lagi. Insya Allah kalau ada rezeki.

      Delete
  24. tahniah teena dapat 4 flat.. semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  25. pernah buat attachment kat satelit farmasi.. best, terutamanya bila dapat tengok handle psychotropic drug.. hehehe

    ReplyDelete
  26. Boleh tahu ini hospital mana? Under kkm ke kalau baju kelabu?

    ReplyDelete
  27. very nice post, i definitely enjoy this fabulous website, persist with it buy Hydroxychloroquine online

    ReplyDelete