Sunday 22 December 2013

Throwback : Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini nak feeling pergi vacation. Walaupun cuti sekolah kali ini tak pergi mana-mana, dan takde member yang nak ajak pergi holiday T_T, so saja nak letak gambar masa pergi Cameron Highland beberapa bulan dulu.
Selepas berhempas-pulas menjawab kertas terakhir final exam, tiba-tiba dapat mesej "mak dah sampai kat kolej ni". Kali pertama family datang hantar aku kat UiTM Pulau Pinang masa mula-mula daftar (perasaan 'terpaksa' sangat time tu). Kali ni aku nak tinggalkan universiti, mereka datang sekali lagi dari Melaka ke Penang (perasaan gembira).

Best tau belajar jauh-jauh, walaupun takdelah jauh mana tapi cukuplah bila dapat bawak famili round area tempat kita belajar macam kat Penang. Macam-macam makanan aku suruh diorang rasa, Penang kan kaya dengan pelbagai jenis makanan. 

Seharian di Penang, keesokannya kami ke Cameron Highland pula. Terasa sangat relieve sebab dapat hilangkan segala tekanan perasaan semasa final exam.

Betul-betul rasa otak ini segar & sudah ringan setelah melihat bunga-bunga yang dah macam dalam citer hindustan. Tiba-tiba nak joget kat tengah-tengah tu, bajet si heroin & si hero.

Ditambah pula bila disajikan strawberry chocolate, hmm inilah nikmatnya bila dapat berholiday after final exam. Rasa nak amik final exam sekali lagi lepas tu nak berholiday lagi sekali. Ok aku tipu, tak kuasa lah nak menjawab soalan pharmacology lagi sekali. i dont want. i dont want.

 Tengok tu, semua orang dah habis makan, dia tak habis-habis lagi. Nak menikmati strawberry katanya.

Abil with the sista 

salad ni kalau dapat tanam kat belakang rumah, hari-hari boleh makan nasi ayam. 

 Tempat yang paling aku suka kat sini adalah Ladang Teh, sebab dia hijau jer semua. 

Mommy Daddy. alolo sweet jer.

 Eh, mak bagi daun teh jer kat ayah? 

Lawa kan pemandangan kat belakang tu

Subhanallah. Indah sungguh ciptaanNya. Kalau kerja kutip daun teh pun best jugak. Hari-hari bangun dapat lihat pemandangan macam ni. (bukan ke petik  daun teh, instead of kutip  daun teh, lol)

 Sekarang kita berada di Ladang Strawberry pulak.

Yes ! Dak abil sudah disumpah menjadi strawberry. Kalau betul lah Abil kau jadi strawberry mesti semua orang tak nak makan kau kan sebab pahit sangat. Hahaha.

Ala Abil, jangan a marah. Kalau marah kena jual. Haha. I dont know why, but aku suka kacau dak Abil sampailah aku kena marah dengan mak baru aku tak kacau dia. Tapi 5 minit lepas tu sambung balik kenakan dak Abil.

Abil, me, mak, ayah. Kenapa muka 2 lelaki itu macam tu? Tak macam 2 perempuan itu yang manis tersenyum. hee. Manis kan mak kite senyum =)

Dah datang jauh-jauh haruslah beli something untuk dibawa pulang. Sayur jer berapa plastik mak aku beli. Murah katanya. Kalau ayah pulak nampak jer jeruk strawberry terus beli. 

Aku pulak shopping bunga. Walaupun hanya mampu bertahan selama seminggu jer di rumah, tapi aku gembira. Gembira dapat hadiahkan diri sendiri dengan bunga-bunga (nak tunggu orang bagi memang tak laahh).

Nak beli kaktus, macam tak colorful. Walaupun dia bertahan lama, namun aku memilih bunga yang berwarna-warni. Jadi untuk seminggu tu hatiku dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Tapi untuk seminggu jer  ye. Selepas tu dia pun layu di pusaraaa (eh, termenyanyi pulak).

Oh ye. Ini dia hotel tempat kami menginap. Rasanya duduk kat Cameron boleh jimat bil air, tak payah nak mandi selalu sebab sejuukk.

Nah amik kau, selonggok barang-barang yang sempat kami rembat sepanjang berada di Cameron Highland.


P/S - tak perlu nak ke luar negara untuk merasai suasana yang sejuk, kat Malaysia dah ada tempat-tempat begini. cuma sekarang dah tak berapa nak sejuk lagi. Next time nak pergi Kundasang pulak lah. dapat feeling macam berada di New Zealand pulak. Hehe. 

43 comments:

  1. Nice.. Teringat plak memori indah percutian tahun lepas kat Cameron.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun tengah teringat memori dulu2, tu yang tetiba nak buat throwback :)

      Delete
  2. rindu pulak nak pergi cameron lagi...hari tu plan tapi tak pergi pun sebab cuaca tengah tak ok, ntah bila dapat pergi lagi ni.....rinduuuu ahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rasa rindu nak pergi lagi. Kat sana rasa tenang jer, sejuk mata memandang, cuaca pun nyaman jer. Ika pun pergilah kat sana.

      Delete
    2. ika nak pergi...tapi tu laa...cuaca lak tak menentu...sekrang nak pi ika dah nak dekat clinical phase...mmg tak sempat nak berjalan miahahaha

      Delete
  3. Salam teena..

    Br dua minggu lepas akak ke sana...yg ada kereta antik tu..nama tmptnya lavender ardenkan..?masa akak pergi,nak masuk ke situ kena bayar tiket,rm5 utk dewasa,rm3 utk kanak2...yg ladang teh tu..akak ke ladang teh boh..tp ada byk ladang teh di sanakan...akak pergi sana tiga ari dua mlm wpun sebenarnya dekat je dr tmpt akak ni,cuma dua jam perjalanan n boleh pergi blk hari...betul kata teena tu..kat malaysiapun ada suasana yg sejuk..blh la rasa mcm kat oversea tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, lavender garden tu memang kena bayar kalau nak masuk. Kalau tengah stress, memang sesuai pergi sana, tenang jer. Best lah akak sebab dekat jer. Tiap2 minggu boleh pergi sana :)

      Delete
  4. wahhh strawberry cekelat :D.... tak jem kah jalan c.h???wan yang duduk kat simpang nak masuk c.h ni pom takut nak pergi c.h sebab takut ada jam... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam takde jam. Lahh, dah duduk dekat simpang tu awat tak pegi? Kat sana tak jam. Pergi jer, tak mau takut2. Haha

      Delete
  5. Alaaa . akak tunggu ja hari konvokesyen nanti . Nanti dapat la bunga . Mueeheheehe

    ReplyDelete
  6. Kali terakhir saya ke Cameeron adalah 20 tahun lepas, masa tu Teena belum lahir lagi agaknya, hehehehe....

    ReplyDelete
  7. bestnyaa...aten last pergi masa 2011 hihih :p

    ReplyDelete
  8. Saam teena...

    Terimaksih ye teena....akak rasa teenapun blh menjahit tu...kalau dh boleh jahit butang atau kain terkoyak tu...mesti blh buat yg lebih baik lagi kalau mencuba.....

    ReplyDelete
  9. wahh tetibe teringat vacation dengan member - member pergi cameron highland beberapa bulan lepas, hehe.

    ReplyDelete
  10. masa pi cameron tengah taun aritu tak dan nak pi tengok lavender tuu..terkilan dik...

    ReplyDelete
  11. pijak lantai bilik pon sejukk ini kan pulak bila nak mandi.. kalah kesejukan air perigi..hihi :)

    ReplyDelete
  12. best kan CH.. tengok pict ni rindu nak pegi lagi.. actually br je pegi bulan lepas.. hihi..

    ReplyDelete
  13. tak berkesempatan pon lagi pergi.. huhu.. mcm best jer ..):

    ReplyDelete
  14. jelesnye belum dapat pegi sana lagi

    ReplyDelete
  15. Seronoknya ke CH...
    kak belum pernah smpai lagi ke sana.. aduh! strawberry coklat tu mesti sedappp kan...hehe

    ReplyDelete
  16. bestnya dah sampai cameron.. hari ada trip pegi sana tapi masa tu hujan so malas la nak pegi.. hehe..
    kundasang wajib pegi, sana memang sejuk..hehe

    ReplyDelete
  17. teringat masa pi cameron hari tu.. best..

    ReplyDelete
  18. best nye korang bercuti hehe...zyra dah lama tak pergi cameron padahal rumah dekat je.teringin nak kpergi penang lagi dlu pergi tp tak sempat nak merasa makan mcm2

    ReplyDelete
  19. bile lah akak nk naik CH lg nih dik oiiiii.... teringin nyer pg sana lg

    ReplyDelete
  20. alamak 3 -4 org dok crita psl CH ni..mcm suh iols pergi je hahaha

    ReplyDelete
  21. rasenye macam pernah nampak awak kt hospital melaka la..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.

    Salad tu sangt menarik perhatian akak dik,haha, sangat hijau, segar bugar :D

    Last pergi dalam 3 tahun lepas..pergi dengan classmate, praktikal waktu tu. Dah tak berapa sejuk..

    ReplyDelete
  23. wow.. sweet family.. hhaaahha.. untungnya pergi Cameron.. hurmm.. bila la agak agak nya kaki ni nak jejak kat sana yer.. huhu.. :D

    ReplyDelete
  24. Bestnya :') Teringin nk g sana. Umo dh 22, harap tahun dpn dpt g sana..
    Huhuhu. Untung adik dapat family cmtu. Gudluck with ur study adik.. ^^

    ReplyDelete
  25. awak student kisas kn? praktikal kt hosp.melaka ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, praktikal kat sana. Eh, macam mana tahu kita student kisas?

      Delete
  26. wahh bestnyaa. Dah lama tak pergi. Kalau cuti2 ni confirm keta banyak nih. hehe

    ReplyDelete
  27. TT hari tu Okje pergi Penang tp tak byk makanan pun....hehe tak reti mencari kot....cuma CH je tak sempat gi

    ReplyDelete
  28. wah bestnyer jalan2 cameron highland..belum pernah smp sana lg..wuu~

    ReplyDelete
  29. lama rasanya tak pi cameron.. memang cantikkan

    ReplyDelete
  30. Aku pasang impian nak g bercuti kat Cameron Highland one day. AKu nak jejak lagi kaki kat situ. Meet someone there. Haha.

    ReplyDelete
  31. sy pnah stay kt CH wktu kecik2 dulu ^^

    salad + nasi ayam.. mmg best combo kn, hikk...

    ReplyDelete
  32. pergghh cantiknyee... ade feeling ombak rindu takk? hehehe. tak pun ombak dendam . =)

    ReplyDelete
  33. bestnya..pergi dulu tak sempat nak lebih-lebih

    ReplyDelete