Monday 18 August 2014

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part I

Assalamualaikum 

Disebabkan sekarang aku sedang bercuti dan berada di rumah, selalu jugaklah aku ber-online. Dan pada suatu hari aku ternampak promosi tiket-tiket flight. Apa lagi, aku pun dengan lajunya bagitahu kat kawan-kawan dengan harapan kami dapat pergi holiday sesame. Bincang punya bincang, kami sepakat pergi ke Pulau Perhentian.



Sekali lagi, disebabkan aku sorang je yang free, diorang yang lain masa tu tengah sibuk nak final exam, maka akulah yang jadi wedding planner. Lebih kurang 3 bulan jugaklah merancang. Dengan tiba-tiba ada yang tak jadi pergi, kena tambah duit, flight takde masa yang sesuai, tak cukup orang lagi. Akhirnya pergilah kami (5 girls) ke Pulau Perhentian menaiki bas ekspress. Kami bertolak pukul 8.30 malam, dan tiba di Stesen Bas Kota Bharu pada pukul 6.15 pagi. Dari KB, kami menaiki teksi ke Jeti Kuala Besut. Sebenarnya aku tak tengok map betul-betul, tu yang ter-panjang sikit perjalanan. 

Tiba juga kami ke Kuala Besut setelah penat berjalan kaki mencari teksi, membeli makanan di tesco, pastu tersesat sikit, dengan masing-masing bawak beg yang berat. Huhh, adventured woo.

Air dia sangat jernih ! 

All i can say is SUBHANALLAH...

Inilah chalet yang kami bermalam, Fatimah Chalet yang terletak di Coral Beach, Pulau Perhentian Kecil. Aku pilih full package. So dari penginapan, makan, bbq, bot & snorkelling semuanya berharga RM 290/seorang.

Sungguh mendamaikan bila dapat makan berhadapkan lautan luas, awan biru & angin yang sempoi-sempoi bahasa.

Selepas makan tengahari yang berlaukkan udang tomyam, telur dadar & air sirap (walaupun simple tapi sangat sedap sehingga menjilat mangkuk tomyam) kami berjalan-jalan sekitar pulau itu. So, inilah kawan-kawan backpacking aku. Semua stok otak gila-gila yang bila berborak tak ingat dunia. Sampai kawan aku yang duduk kat bilik sebelah boleh dengar apa yang kitorang borakkan. 

Ni aku nak bagi satu tips, kalau korang nak pergi travel dengan penuh seronok, sila pergi dengan kawan-kawan yang korang rasa selesa dengan diorang agar nanti tak awkward bila nak bergambar, berborak, dan yang penting sekali boleh go on dengan apa yang kita dah rancang. Sebab bila kita berada di tempat orang, banyak benda yang kita tak expect boleh berlaku.

Acah-acah ombak rindu sekejap. Jernih kan air dia, Rasa nak menangis pun ada sebab cantikkk angat pulau ni. Siapa yang tak pergi lagi tolonglah pergi, pasti terpukau dengan keindahan pulau ini. Itu belum tengok hidupan laut lagi. Subhanallah...
So petangnya kitorang mandi-manda di laut sambil manunggu matahari terbenam. Apa yang aku perasan, masa kami kat sini, kami jer yang berpakaian tutup : seluar panjang, tshirt lengan panjang, tudung. Yang lain semua mat saleh yang berjemuran. Tapi diorang beradab : senyum, bertegur sapa. Gambar atas ni pun diorang yang amikkan. kitorang tak minta pun, tapi dia nampak kitorang susah nak berselfie dalam air, dia tiba-tiba datang dan offer nak amik gambar kitorang.

Finally its sunset !!!

Pada sebelah malamnya pula kami melihat pertunjukan api di Long Beach. Pada 10 malam, acara ini semakin meriah dengan banyaknya api yang dimainkan. sorry, kamera tak berapa jelas. Sekali lagi disebabkan kami bertudung, ramai peniaga di sana menasihati kami "nak tengok jer boleh, nak ikut tak boleh". Almaklumlah, budaya kita tak sama dengan budaya mat saleh ni kan.

Pemandangan pantai di Long Beach pada waktu malam seperti sebuah teater. Kebetulan bulan purnama ke-oren-an pada malam tu, dan bayang-bayangnya terpantul di air laut lalu menjadikan laut berwarna oren jugak, langit kelihatan terang, dan bot-bot memenuhi kawasan pantai. Satu jer yang mampu aku sebut : SUBHANALLAH. Walaupun kamera kami tak mampu nak capture that moment, tapi aku akan sentiasa ingat pemandangan itu. Hmmm, sangat-sangat cantik.

So kat sini aku nak share sikit bajet percutian kali ni. So bolehlah kumpul duit sikit-sikit. Rasanya boleh dapat lagi murah kalau pandai plan.

Full Package : RM290/pax (3D2N) (inc. penginapan, bot, makan, bbq, snorkelling)
Bus Ticket : RM57 x 2 (pergi & balik)
Taxi from KB to Kuala Besut : RM70/5pax
Money burnt (sebab tak cukup orang) : RM100/5pax
Miscellaneous (lain-lain) : +/- RM50
TOTAL : +/- RM488

Kalau korang nak ke sini boleh hubungi Kak Fatin : 013-943 1162. Cakap korang kawan Fatina, nanti dia kenal kot. hehe



Nak tengok aku bersnokelling tak? Tunggu aku citer Part II pulak eh!

20 comments:

  1. Assalamualaikum teena, beli pakej dekat siapa? atau buat sendiri je? baru je malam tadi suami akak cakap nak g pulau. dia suka tengok pantai. tenang je. akak tak sabar nak planning, hihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat contact no dari kawan2. Pastu orang tu yang uruskan semua. Saya rasa ini agen. Cepat plan! Best3! Hihi.

      Delete
  2. Wahh..bestnye gi bercuti jenjalan gitu. Wuuu~ masa tak mengizinkan pegi sane. Tengok gambar pun jadi laaa.. Hehe :D

    ReplyDelete
  3. ok jugak bajetnya
    teringin nak pergi pulau
    nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Wah Teena , lama tak nampak . huhuhuuu .. Terengganu best , Dayah suka tapi tak pernah sampai Pulau Perhentian .. Betul , kalau pergi ngn kengkawan yang sama kepala , nak buat aktiviti apa pun best .. ;D

    ReplyDelete
  5. Pergi pulau mmg best Teena..tapi kau kena tahu masa dan pilihan yg terdapat di pulau tu duly baru puss hati kits bayar mahal pun berbaloi je..

    ReplyDelete
  6. Salah satu tempat yang perlu diterjah ni. Memang tak tahan tengok air laut jernih macam tu.

    ReplyDelete
  7. pernah pergi 6 tahun lepas..hehe

    ReplyDelete
  8. Awatif pun pernah gi..... Memang cantik sangat... Rasa tan nak balik... hehe

    ReplyDelete
  9. wahhhh bestnya, memang teringin rasa di hati nak singgah ke pantai yang airnya bersih macam ni. Bilalah masanya? hahahaa. =D

    ReplyDelete
  10. Syok gila..tak pernah sampai lagi terengganu..

    ReplyDelete
  11. Salam kenal :)

    Waaa bestnya gi Perhentian. Sy yg duk Terengganu pun tak pernah lg sampai dkt perhentkan hehehe

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan sis :)

    tengok gambar je memang confirm best. tak pernah jejak terengganu :)

    ReplyDelete
  13. Oooo tengok gambar2 yang menarik pun dan tertarik nak kesana.. Memang seronok bercuti apalagi kalau pergi beramai2...huhu

    Komen No 73
    http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2014/08/jom-blogcomments-4.html

    ReplyDelete
  14. fuyohh bestnyaaaa.. saya pun xpernah jejak sana lagi.. huhu

    ReplyDelete
  15. bestnyeee. dah lama plan nak holiday macam ni. tapi tak pernah jadi pon hahahaha.
    jelesnyeeeeee. T^T

    ReplyDelete
  16. seronoknya pergi ke pulau!:-)

    ReplyDelete
  17. lahaiiii..syoknyerr. part sunset tu paling iols suka

    ReplyDelete
  18. Assalam...bestnya dapat pergi ke pulau!:-)
    Jom singgah blog saya...newbie dalam berbloging hehehe..saya dah follow awk ye..Thanx... http://globalazcollection.blogspot.my/ Thanx for ur support...

    ReplyDelete