Monday 5 January 2015

Bunga

Assalamualaikum

Ada satu waktu aku rasa kehidupan aku sangat bosan. Bangun tidur-pergikelas-balikkelas-tidur. Keluar 8 pagi balik 5 petang (eh macam orang bekerja pulak). Duduk dalam bilik pun study-tidur-study-tidur ( selalunya study 1 jam, 3 jam lagi tidur, haaaaahh ). 

Bila penat balik dari kelas / lab, tentulah aku nak suasana bilik aku kemas & ceria. So that, berkuranglah sikit rasa penat tu. Ini kalau balik tengok rumah tunggang-langgang bertambah pening kepala jadinya. Bakal mak mertua kalau tengok pun terus cancel nak ambil jadi menantu tahu?


Jadi untuk mewujudkan suasana yang lain sedikit, aku telah meletakkan bunga dalam bilik aku. Setiap hari bangun dari tidur aku akan melihat pemandangan tingkap kelihatan lebih berseri-seri dengan kehadiran bunga-bungaan ini. Bila pulang ke bilik dan tengok bunga yang sedang mekar & berwarna-warni, sejuk mata mata memandang. Rasa tenang jer.

Bila bunga yang lama sudah layu, aku akan gantikan dengan bunga yang lain pula. Contohnya, aku gantikan dengan bunga yang dapat masa konvo itu hari. Sampai satu ketika aku akan rasa sedih, sedih bila bunga itu mati. Penat aku cakap setiap hari :

"Bunga janganlah mati, nanti kite sedih. Nanti kalau nak study mesti rasa nak tido jee kalau awak takde"

Namun aku terpaksa buang juga bunga itu :( Nak buat cemana kat area sini tak jumpa mana-mana kedai yang jual bunga hidup + tanah + pasu. Sekarang tingkap aku hanya kelihatan bangunan-bangunan sahaja. Sampailah pada satu senja, aku terlihat pemandangan dari tingkap itu yang sungguh indah.

Subhanallah, langit dia...Sebenarnya pemandangan dari kampus aku cantik-cantik. Waktu pagi selalu berkabus. Ada satu pagi aku terbangun dan sangat terperanjat! Yela biasa akan nampak bangunan ni dari arah tingkap. Tapi pagi tu, aku nampak putih jer, takut pun ada. Adakah dunia sudah tiba ke 'penghabisannya'? Aku bangun dan tengok rupa-rupanya ia hanyalah kabus yang tebal. 


Terus rasa insaf pagi tu...


Dan alhamdulillah kita masih dapat bertemu pada tahun 2015  =)

26 comments:

  1. wahhh cantiknya dear...kat mana kampus ni? betulll tu...kena ada pokok2 utk jadi teman :)

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya bakal suami dpt isteri pencinta keindahan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum teena. wahh cantiknya bunga. akak pun suka bunga tapi susah nak letak bunga hidup dalam pasu. takut tak terjaga. hehehe

    ReplyDelete
  4. wahhh cantiknya view. Btw teena kampus mana? :3

    ReplyDelete
  5. memang cantik view dekat kampus awakk :D

    ReplyDelete
  6. hari2 tengok bunga pun tak jemu...

    ReplyDelete
  7. try ltak bunga plastik.. konfom x mati.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Subhanallah. cantiknya view :D

    ReplyDelete
  9. Hahaha. Kesian bunga tu terpaksa dibuang. Mesti rasa serba salah kan time nak buang bunga tu. :3

    ReplyDelete
  10. cantik view campus. mesti best bgn pagi2 tgk pemandangan indah.

    ReplyDelete
  11. seminggu sekali memang kena 'buang tebiat'( buat benda baru).... barulah seronok :-)

    ReplyDelete
  12. Cantiknye bunga-bunga tu! Suka sangat dengan fresh flowers..... Kalau dapat tengok tiap2 hari cantik sangat. Cantik Teena :)

    ReplyDelete
  13. Sapalah tak suka bunga....kumbang pun suka bunga SS.... Betul tu, kalau rumah kemas balik penat pun tak terasa....

    ReplyDelete
  14. Opss....silap bukan SS....tp TT.....

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. cantik pemandangan...teringat masa duk kat puncak perdana..masa tu puncak alam belum siap..ehehe

    ReplyDelete
  17. I feel u sis. Pernah rasa kepenatan kuar pagi balik petang. Study tidur study tidur. Last last tak tahan,bagi diri rest 5min jadi 5jam Hahaha

    ReplyDelete
  18. Salam kenal. Sy pon suke fresh flower tp kita sama.Hehehe area rumah ni mmg susahlah nk cr fresh flower.Lg satu harganye pon blh gak tahan ehhehee.Pakai bunga plastik je la dik non heeeeeeee

    ReplyDelete
  19. wahh...cntik sgt hias bilik ngn pokok bgai...tlg hias bilik tiqi skali..kikikki

    ReplyDelete
  20. setakat ni yaya xpernah hias apa2 dengan bunga. hehe..
    tapi part yg sedih tu memang buat yaya tersentuh. ceh

    ReplyDelete
  21. cantik bunga dekat tingkap tu. cuma when it comes to real flowers ni leceh sikit nak maintain. xpa nanti boleh try cactus.

    ReplyDelete