Tuesday, 10 February 2015

Kisah di Padang Pasir, Pantai Klebang

Assalamualaikum

Hi bertemu lagi :) Sekarang ni aku tengah cuti sem. Awal-awal mak dah 'booking' aku jadi bibik kat rumah. Aku pun ok jer, well dah umur macam ni haruslah asah skill yang basic-basic ye dok. Kalau tak expert sangat pun at least retilah buat masak lemak cili padi udang, ikan goreng, nak sayur potong timun jer. Hahaha senang kerja aku!

So pagi tu lepas subuh, aku siapkan breakfast dak Abil sebelum dia ke sekolah. Budak ni apa aku buat dia makan jer. Goreng french fries jer pon. Serius macam tak caya je kak Teena kau buatkan breakfast untuk kau Abil. Pelik bin Ajaib. Lepas dah pergi sekolah aku bukak tv jap, layan siaran ulangan Maharaja Lawak Mega scene Johan nyanyi lagu Najwa Latif - 'empty...empty' &  hati karma by Noraniza Idris. Terus hilang mengantuk.

Dah terang sikit aku jemur baju yang ada kat dalam mesin basuh. Masak untuk lunch siap-siap sebab hari tu Jumaat, orang balik kerja & sekolah awal. Dah siap masak, kemas rumah sikit, sapu-sapu sikit. Pergh, mak-mak sangat tau. Sambil-sambil tu whatsapp kawan aku tanya diorang dah gerak ke belum.

Haa, 3 perenggan di atas baru pendahuluan jer. Ini cerita 2 minggu lepas. Sebenarnya kawan aku dari Kedah & Penang nak datang Melaka pagi tu. Diorang tidur kat rumah lagi sorang member kat Melaka jugak. Tu yang aku kena siapkan kerja-kerja rumah pagi tu. Dan aku & Azwa (member Melaka) jadi tour guide satu hari di sana. Destinasi pertama kami adalah Padang Pasiaq, Pantai Klebang! (orang utara mai sini, kenalah sebut pasiaq).


Okay, sekarang baru cerita yang sebenarnya. Kereta yang Azwa drive which means kereta family dia dah terkandas dalam pasiaq. Waaa, dahlah semua perempuan, mana reti kalau benda-benda ni terjadi. Apalagi kitorang keluar dan cuba tolak kereta. But things getting worse! Tayar kereta makin tenggelam ke dalam pasir. Kereta pulak tak bergerak langsung.

From left : Azwa, Sal, Me
Macam-macam cara kitorang dah cuba. Korek pasir, letak papan, letak botol, letak batu (refer to photo above please) semua tak jadi. Sejam lebih jugak terkandas di situ. Bila call orang lelaki diorang nak pergi solat jumaat, kena tunggu pukul 2 baru boleh sampai. Masa tu pukul 11.45 kot. Hmmm, ni memang betul-betul terkandas. Niat untuk berphotoshoot juga turut terkubur. Yang penting kereta. Tiba-tiba.....


Tiba-tiba datanglah sebuah trak ke arah kami. Tu trak untuk angkut pasir kat situ agaknya. Pakcik tu offer nak tolong kitorang. Serius masa ni rasa lega gila. Syukur Alhamdulillah. Rasa terharu pun ada. Huhu.

Finally, kereta dapat dikeluarkan. Bagaikan seorang hero, terima kasih pakcik! Sebenarnya dia Indonesian sebab sleng dia pelik sikit. Yang penting kereta selamat, yeah!! Okay cerita belum habis lagi. Pakcik ni bawak kitorang naik trak dia. Sebabnya padang pasirnya nuunn jauh ke sana.

Excited uolls first time naik trak. On that day, i gained new experience. 

So, here we are. At Padang Pasir Pantai Klebang. And lemme introduce our photographer of the day, Kak Jah. Masa trak tu belum sampai dia dah round satu kawasan amik gambar lalang yang seperti sudah putus talinya. Eh lalang atau layang-layang? Ah tak kisahlah.

Me : merenung masa hadapan dan berfikir kulitku semakin gelap  -_-


Me and Dijah is busy selfie-ing. Padahal henpon tu takde front camera pon, hahahah. Hey teena, tangan kiri dah kenapa macam tu? #$%^&

While the other two masih berlari-lari anak mengejar kami yang bila nampak pasir berbukit-bukit terus rasa nak panjat seperti orang yang tidak pernah bermain pasir.

Tengah-tengah panas terjumpa pula buah kelapa tapi takde parang nak belah. Ini aku dah tak larat, nak bercakap pun tak larat. Nasib baik pakai sunglasses, kalau tak mungkin akan pengsan di situ jugak.

See. I was left behind while drinking water. Baru jalan sikit nak duduk balik. Yang peliknya macam mana aku boleh larat nak hiking tempoh hari. hmmm....

Lepastu apalagi, kitorang sejukkan tekak di coconut shake klebang. Pergh lega gila gua cakap luu... Then, round Banda Hilir sampai ke malam. Esoknya pulak, pergi kenduri classmate kitorang kat Muar, Johor. Penat tapi best!

To: Dijah, Sal, Azwa: Seronok giler jalan ngan korang aritu. Sorry kalau breakfast yang aku buat aritu tak berapa nak sedap. hihi. Jumpa lagi next sem ok.

Azwa cakap gambar ni lawa, aku nak masuk kat sini lah....bye...


32 comments:

  1. pergi kenduri kak ainur ke? bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, cantik tau kak ainur. Husband dia tentera, siap ada pedang2 lagi. Hehe

      Delete
  2. memang betul-betul nampak macam padang pasir tu. tinggi betul pasir dia. ohh, coconut shake klebang yg famous sampai org beratur panjang-panjang tu kan. :D

    ReplyDelete
  3. Cantik aih tempat ni! Masa study dulu takde pula tempat ni kat Melaka. Hampeh! haha

    ReplyDelete
  4. kalu akak mmg tak pegi lah tempat tuh, udahla tgh2 pns huhuhui... tp view olrite jgk...

    ReplyDelete
  5. Padang pasir ni baru ke? Saya tak pernah tahu yang Melaka ada padang pasir.

    ReplyDelete
  6. kereta tenggelam dalam pasir. Time disuruh tunggu sampai pukul 2 tu, mesti mati kutu kan,,, hahha Nasib baik ada juga insan yang berhati mulia macam pakcik tu. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi kat anak anak dara kat dalam gambar tu. Hahaha :3

    ReplyDelete
  7. nanti boleh try sliding kat situ. nampak mcm tinggi jugak hehe. :D

    ReplyDelete
  8. Cantikk! Macam kat Mesir dah haa rupe dia. Share location kak! Ana nak gi wat shooting kat situ. :D

    ReplyDelete
  9. Kalau dekat bestnya kalau dapat amik pic wedding kat situ. Berangan boleh lar.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah!!!! Oitt! Boleh pulak terkandas kan. Tu nasib baikkkklah ada orang baik hati nak tolong. Hehe. Kelakar pun hafo. Mesti panic gila kan tengah tengah alam panas panas cemtu. Haihh lah. Kite rinduu sangat nak baca cter awak kat sini! Silap sendiri jgk, bila dh lamaaaa gila tak blogging. Kite terlupa nama blog awak! Kie ingat nama awak je, tna! Haisy. Nasib baik awak komen kt entry saya, dapat juga jejaki. K, dh bookmark. Pasni tak risau hilang dah gelabah tak tentu pasal. Hehe.. 😘

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, memang nice view laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T Seriouslyyy. Teringin nyaa nak gi T_T Lahaiiiiiiiiii .

    ReplyDelete
  12. teena kereta tenggelam sempat lagi possing he ? hahaha cantik,. ptut selalu dengar padang pasir melaka, tapi tak faham pebenda. haha

    ReplyDelete
  13. Best nyer la awak , teringin nak pergi

    ReplyDelete
  14. serius kelakar gilaaa HAHAHAHAHHAHA

    ReplyDelete
  15. waaa, seronoknye dpt pergi Klebang, wanna go too. huhuh :'(

    ReplyDelete
  16. oh klebang ke padang ni, ic ic. ramai sangat photoshoot kat sini. thanks :)

    ReplyDelete
  17. haishhhh ahahaha, ika yg selalu ke klebang pun tak sampai lg tw padang pasiaq tu ahahaha..xde org nk teman kita selfie2 kat situ..katanya mengarut je nak p ahahaha i is sad!

    ReplyDelete
  18. kejam tak kalau sy rasa mcm nk gelak je dgn cerita kereta tu ? hehehe. btw tak tau pon malaysia ada tmpt mcm ni

    ReplyDelete
  19. gain experience naek trak. best gak tuh.

    ReplyDelete
  20. Sebenarnya dah konfius masa terkandas tu tengah panik ke tengah seronok ?

    Tak sangka Malaysia ada tempat macam nie

    ReplyDelete
  21. Salam. Hee apasal main padang pasir klebang sibbaik takde kapal selam datang menolong ;p

    ReplyDelete
  22. Hehe cemasnya kan bila kereta tgh problem camtu.. dh lah tkda org laki time tu.

    Anyway bestnya dpt keluar ngn kngkawan!

    ReplyDelete
  23. teddiiaa.. macam padang pasiaq sunggoh.. hehehe

    ReplyDelete
  24. Nama kwn sm ngan nama ank cik mah..hehe...cantik tgok pasir tu berbukit2...baik hati pak cik tu tolong kan..

    ReplyDelete
  25. Wah bestnya..sebenarnya rumah naza kat pantai klebang tu je..tapi serius tak pernah gi situ..orang luar berpusu-pusu nak ke klebang..hahahha anyway selamat datang ke klebang

    ReplyDelete