Monday 24 July 2017

Hospital Attachment at HAT Mizan

Assalamualaikum

Hai, kita bertemu lagi! Dah lama tak cerita pasal pharmacy. Oh ya, Alhamdulillah aku dah habis 3rd year! Sem depan dah final year hoorayyy!!! Banyak cerita sepanjang menjalani liku-liku nak menghabiskan 3rd year. Tapi itu nanti kita cerita lain kali ye.

Semester 6, kami pelajar farmasi (UiTM) perlu menjalani latihan praktikal selama 2 minggu di hospital-hospital yang terpilih. Group kami telah ditempatkan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan atau pun lebih dikenali sebagai HAT Mizan. 

Bila dapat tahu kami akan ditempatkan di HAT Mizan, benda pertama yang aku terfikir adalah cerita DOTS (Descendant of The Sun). Entah, sebab waktu tu maybe cerita ni tengah famous, so ter-berangan kejap lah haha.

 Beberapa bulan sebelum nak masuk sini kami kena isi borang keselamatan. Hospital ni special sikit sebab tu kena ada tapisan keselamatan. Aku rasa ada lah dalam 4-5 kali aku kena isi borang ni, sebab ada je yang tak kena dengan borang tu, gambar tak sama lah, kena capital letter, kena pen hitam, etc...At last lepas jugak nak masuk, fuhhhh!

  Untuk praktikal kali ni, kami ditempatkan di 4 departments; Outpatient Pharmacy, Inpatient, Store & DIS (Drug Information Service). Sebelum ini aku pernah praktikal di department ini (zaman diploma dulu) cuma kali ini walaupun berada di department yang sama, tapi exposure dia tak sama. Kali ini kira 'up' sikit level nak kena belajar ubat dengan lebih detail. Jika dulu...

'Oh, ubat ni...'
'Ubat ni kat sini'
'Ubat ni kena minta pegawai tolong amikkan'

Tapi sekarang, aku dapat rasakan tanggungjawab semakin berat. Tak boleh sesuka hati bagi ubat. Kena tengok betul-betul senarai ubat yang doktor tulis kat slip. Dos tu sesuai ke. Ada interaction dengan ubat-ubat lain tak. Kalau ubat tu out-of-stock, nak kena ganti dengan ubat apa, etc...

Kat HAT Mizan ni sistem dia berlainan sedikit dengan sistem hospital di KKM. Mula-mula masuk aku agak kekok sebab tak biasa sebab dulu sistemnya lain. Lepastu kat sini kan staff terdiri daripada tentera jugak. Cuak jugak. Masing-masing muka garang, tegas. Serious, aku rasa kalau aku stress pun bukan sebab kerja, tapi sebab takut kat staff hahaha. Tapi kalau kitorang tanya, diorang sangat membantu :)


Part yang aku paling suka kat hospital ini adalah KAFE dia. MashaAllah makanan kat sini sedap-sedap. Setiap pagi aku tak sabar nak breakfast kat kafe sini nak makan lontong dia. Ya Allah aku makan pagi sambil tutup mata sebab nak menikmati rasa sedappp dia. Lauk waktu lunch pun sedappp. Serious kalau nak masuk hospital ni senang je (kawalan ketak kat pintu pagar hospital) bila-bila aku rindu lauk sana, confirm aku akan datang lagi.

Baru lepas kemas stor. Muka selebet!

TabletsszzZZ

 More tabletss!

Counting machine. Okay yang ni aku baru first time tengok. 

 Groupmates sepanjang 2 minggu attach kat sini. Thank you!

Ehem, 2 minggu jer ada kat hospital tentera, pastilah ada 'misi' tersendiri lol!

Dah macam sijil graduate la pulak. Basically, pengalaman kat HAT Mizan ni memang takkan aku lupakan terutama dengan V. Satu pengalaman yang sangat 'mahal' bagi aku. Mungkin ini kali pertama dan juga kali terakhir aku merasa bekerja (kind of) di suasana tentera. Memang lain sangat perasaan dia. Semester kami ada attachment lagi, tapi mungkin bukan di hospital yang sama. Dan semestinya final year akan lebih mencabar. Clinical year kot!

Terima kasih Hospitan Tuanku Mizan sudi terima kami di sini. Terima kasih juga Miza & family bagi kami tumpang rumah hang :)

#photooftheday

#dots


HAHAHAHAHA! Ada persamaan tak?????



9 comments:

  1. bestnya dapat attachment dekat HAT. Teringin juga nak masuk HAT, heheh tapi bukan sebagai pesakit la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina tak tahu ada HAT, first time masuk bekerja di sini rasa lain sikit haha

      Delete
  2. Best kerja dengan askar2 ni... mereka sgt berdisiplin dan sentiasa membantu sebab mmg itu sikap yang sentiasa diamalkan dalam pasukan beruniform.

    Teena dah dekat sangat dengan rumah untie dgn spital tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, mereka sangat berdisiplin. Seronok tengok environment mcm ni. Rumah auntie dekat area wangsa maju ke? Saya praktikal kat sini sebelum puasa haritu. Sekarang tgh cuti sem.

      Delete
  3. Hi, nak tanya, HATT mizan terima biochemistry student tak untuk intern? 😅

    ReplyDelete
  4. Ramai tak pesakit? inpatient ada take?

    ReplyDelete
  5. hahahaha cute sebab tetiba ada dots hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam. Tahun ni saya ada LI, saya hendak mohon LI di hospital angkatan tentera di tempat saya, saya sudah call dengan pentadbir tentera di hospital berkenaan dan dia beritahu saya perlu rujuk pada pusat hq Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK). Tapi setiap kali saya call guna no BPK dia mati macam tu saja. Adakah cara permohonan akak sebelum ni sama juga kena melalui BPK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tanya awk dapat ke LI dekat HAT? And kalau dapat boleh tahu tak cara nk apply LI dekat sana thank you

      Delete